“Iris…”
/
.
.
.
Rupanya Iris memberikan beberapa keping duit RM 50 pada wanita tua itu.
“Cik..kita nak ke mana?” Soal Iris pelik kerana melihat arah Iris lalu.
Jalan suram dan kotor.
Iris yang masih berjalan tanpa suara hanya diam dan tiba-tiba berhenti di lorong yang sedikit lebih terang.
EHEM
Iris berdehem kuat.
SREK
SREK
“Siapa..tu?..”
“Tak tahu…”
“Siapa?…”
“Sstt diam nanti dia dengar…”
“Iskkk..”
Iris tersenyum kecil mendengar bisik-bisikan itu.
“Hey….ada orang ke?…” kata Iris lembut dan Mirza yang berada dekat dengan Iris tersentak seketika.
Termasuklah dengan lima orang lelaki yang memang mengikuti Iris dari tadi.
Bukan apa. Walaupun sebelum ini Iris berbicara dalam nada dingin, tenang dan perlahan, mereka tidak pernah mendengar nada suara Iris yang lembut seperti kali ini.
“Hmm…tak ada orang rupanya. Tak apalah, ingatkan nak bagi makanan tak habis em bua….” Iris bercakap dengan nada lembut yang main-main.
Srek
“Nan..ti…”
GOTCHA
Iris tersenyum geli ketika melihat ada seorang budak lelaki yang berpakaian lusuh.
“Ka..kak jangan buang…makanan tu” kata budak lelaki itu dengan suara bergetar takut.
Dan dibelakangnya ada empat orang lagi budak.
“Tapi…akak dah kenyang.” Kata Iris main-main sambil tersenyum kecil.
“Kakak jangan. Saya nak.” Ucap panik budak lelaki itu kerana takut Iris akan pergi untuk membuang makanan seperti yang dia dengar tadi.
“Hahaa..mari sini semua sekali.” Gelak Iris kecil lalu memberi tanda untuk mereka semua datang ke arahnya.
Dengan takut-takut mereka semua bergerak ke arah Iris sambil memegang tangan kecil mereka antara satu sama lain dan sesekali memerhatikan Iris. Comel saja.
“Mirza.” Panggil Iris tanpa menoleh ke belakang.
Mirza yang seakan faham pun bergerak ke arah Iris dan meletakkan bungkusan-bungkusan nasi campur dan ingin memberinya ke budak-budak itu tetapi terhenti ketika melihat tangan kanan Iris terangkat tanda untuk berhenti.
Mirza hanya mampu diam lalu perlahan kembali ke posisi sebelumnya.
“Sini.” Kata Iris lembut pada budak-budak di hadapan dia itu.
“Kakak…”
“Hehe ambillah semua ni, kongsi sama-sama dengan yang lain, ya.” Kata Iris.
“Hah?! Tapi…ini banyak..” ucap budak lelaki itu kerana terkejut ketika melihat begitu banyak bungkus makanan yang diberikan oleh Iris.
“Tak apa, makanlah sepuasnya, okay?” Balas Iris lalu dengan lembut mengusap rambut budak lelaki yang berdebu kotor itu tanpa rasa jijik.
HAP
TES
“Kenapa, hm?” Soal Iris lembut ketika melihat budak lelaki itu menitiskan air mata sambil mengenggam erat kedua tangan kecilnya.
“Ka…kak..iskk…rambut….ko..tor…isk..” beritahu budak lelaki itu terisak-isak dan Iris hampir tidak faham tetapi akhirnya Iris hanya terseyum kecil.
TAP
TAP
“Tak kotor pun. Jangan nangis, okay? Akak nak tahu nama boleh?” Balas Iris setelah menepuk kecil kepala kecil budak lelaki itu.
“Ric…ky..isk..iskk..”
“Siapa yang kat belakang Ricky?” Soal Iris lagi sambil menganggukkan kepalanya faham dengan balsan budak lelaki itu, Ricky.
“Itu Putri dengan Putra. Itu Isabele dengan Ihsan.” Jawab Ricky sudah selesa dengan Iris sambil menunjuk ke arah seorang budak perempuan dan budak lelaki yang mempunyai muka yang sama lalu menunjuk ke arah seorang lagi budak perempuan yang sedang memegang seorang budak lelaki yang sepertinya paling kecil dari semua.
“Boleh aka tahu kenapa Ricky ambil ayam goreng kat pasar malam tadi,hm?” Soal Iris tiba-tiba.
“Kakak?!” Ricky terkejut kerana Iris tahu apa yang telah dia buat dan takut Iris akan sama seperti mereka semua yang membenci dirinya dan kawan-kawannya.
“Hey…akak tak marah. Akak cuma nak tahu je.” Kata Iris lembut kerana dia sepertinya tahu apa yang dipikirkan Ricky.
“Hm…Ihsan dari semalam tak makan. Kita orang nak bagi Ihsan makan..jangan marah dia orang, ini salah Ricky.” Terang Ricky dengan gementar sambil menunduk.
“Kan akak dah kata yang akak tak marah. Lagi satu akak nak tanya Ricky, Korang semua tinggal dekat mana je?” Balas Iris lagi.
“Erkk dekat bawah jambatan sebelah taman sana.” Jawab Ricky kekok.
“Cik Iris…dah lewat malam ni. Saya rasa kita kena balik.” Kata Mirza tiba-tiba.
Iris mengerutkan dahinya.
Huh
“Ricky, akak kena pergi dulu. Nnati kita jumpa lagi, okay?”
“Bye…, Putra, Putri, Isabele, Ihsan.” Ucap Iris lalu bergerak pergi dari situ dengan pandangan sayu dari budak-budak itu.
Di pihak Farhat dan yang lain masih memerhatikan Iris dengan pandangan yang sulit untuk difahami.
VROMM
VROOM
‘Sisi mana diri Iris yang sebenarnya? Yang mana….?’
Fikiran mereka semua bercelaru hanya kerana memikirkan tentang seorang gadis yang tanpa mereka sedar sudah menjadi kepentingan dalam hati mereka.
.
.
.
.
jangan lupa vote ya kalau rajin😌
Next.
YOU ARE READING
THE PAIN OF TEARS 🚫
Romance🚫 🚫 🚫 HI!!! GUYS!!! This story tak sama like before, rate 18 +++. Tapi nak tahu apa yang beza? Try baca dulu... Semua cerita just from my own create on my own imagination. 😘 . . . IRIS HADLEY seorang perempuan yang hanya ingin hidup normal sepe...