.
.
.
/
Iris yang mendengar serta melihat dengan jelas kejadian itu kerana posisi mereka berada di seberang meja yang ditempatkannya.
'Ganggu permandangan betul' Rungut Iris kerana dia tidak dapat melihat ke arah taman di luar cafe itu.
Iris malas nak masuk campur tetapi ketika melihat perempuan yang bernama Angela yang didengar oleh murid-murid sekitar yang hanya menjadi penonton itu berada dekat dengan bucu meja pun berdiri dan kebetulan dirinya sudah habis makan.
Iris pun dengan cepat dan tenang menjadi penghalang Angela dari meja itu yang membuatkan hasilnya pinggangnya yang terkena bucu meja itu.
SSSTT
'Aku dah agak dah tajam..aiii kenapalah aku masuk campur..' Jengah Iris pada meja dan dirinya.
Dia pun bergerak kehadapan Angela.
Tanpa menghiraukan kawasan sekeliling cafe yang bising tentang mereka sekarang.
"Dia dah minta maaf." Katanya jelas dan singkat.
Gracey yang masih berdiri diam pun mengalihkan pandangan dari pinggang Iris lalu melihat ke mata Iris yang seperti menatap malas ke arah mereka.
"Kau siapa nak masuk campur?!!" Marah Ivy dan Everly setelah tersedar dari keterdiaman mereka ketika melihat sosok Iris yang boleh dikatakan pendek dari mereka semua.
Iris hanya diam lalu ingin pergi kerana tujuannya hanya ingin mengelakkan Angela terkena bucu meja itu.
Tetapi dia ditarik oleh perempuan bernama Everly.
SREK
Badan Iris tertarik kerana tarikan Everly yang bukan main lagi.
'Aiii tak cukup sakit kat pinggang and now kat tangan...well done Iris.' Rungut Iris lagi malas dengan situasinya sekarang.
"Kau ingat bila kau dah masuk campur, kau boleh pergi macam itu je ke?" Herdik Everly pada Iris.
HUH
Iris pun menghelakan nafasnya malas.
"Tangan." Kata Iris malas dan singkat.
Mereka yang berada disana pun mengerutkan dahinya pelik.
Satu saja dalam fikiran yang Iris seperti murid most wanted sekolah mereka yang kedekut perkataan..
.
.
Tanpa fikir pun murid most wanted yang mereka sedang fikirkan sebenarnya sudah dari awal melihat kejadian itu bersama-sama kawannya.
"Fuh! Gila mantap Iris tak takut dengan group si Gracey." Semangat Zeyki.
"Tak tolong ke?" Soal Kelvin tiba-tiba.
"Bila masa pula kita ni masuk campur hal macam tu. So memang ta....ehh.." belum sempat Zeyki habis cakap dia pun bergerak mengikut Emir, Farhat dan Rayhan serta diikuti Kelvin.
Mereka semua hanya berhenti berdekatan dengan Iris dan geng Gracey kerana murid-murid yang lain hanya memberikan mereka ruang jalan dan pelik kerana geng most wanted sekolah mereka itu tidak pernah peduli dengan masalah seperti ini.
"Tangan." Suara lembut yang terdengar malas dan singkat itupun terdengar oleh mereka.
"Macam pernah aku rasa je ...oh haha Farhat. Iris cakap macam kau." Sibuk Zeyki yang hanya didengar oleh mereka berlima sahaja.
Farhat hanya diam.
Emir mengerutkan dahinya tidak tahu apa yang difikirkannya.
Rayhan yang masih dengan wajah tenangnya tetapi dia tanpa sedar merendah kaca matanya dan melihat ke depan tanpa kaca mata dan tanpa yang sedar warna matanya yang semulanya warna coklat pekat sekarang menjadi warna sangat gelap dan seperti warna hitam.
Kelvin hanya melihat dalam diam sahaja.
.
.
.
Masih lagi memegang tangan Iris. Everly hanya tersenyum mengejek dengan kata singkat yang diucapkan Iris.
"Kau tak payah nak berlagak cool and jadi hero kat si..."
"TANGAN" Iris memotong Everly yang dirasakan Iris banyak cakap itu.
"Everly..., lepaskan tangan dia. Dia tak salah." Angela yang terdiam seketika tadi pun dengan cepat ingin melepaskan genggaman Everly pada tangan ramping Iris.
SRAK
Genggaman yang dilepaskan secara paksa membuatkan sesiapa sahaja dapat melihat bekas merah keungguan di tangan Iris.
'Kan aku dah agak dah...lebam huh' fikir Iris setelah melihat pada lengan kanannya.
"Alahai lebam sikit je pun, kau tak payah nak tunjuk muka kesian sangat lah. Lemah. Lain kali ka..... ARGHH! " Belum sempat Everly ingin mengherdik Iris, dia menjerit kesakitan.
Tiba-tiba sahaja mereka mendengar Everly menjerit dan yang mengejutkan mereka termasuk geng most wanted ketika melihat Iris yang sepatutnya masih melihat ke arah lengannya yang berbekas seperti lebam itu sudah menggenggam tangan kanan Everly serta pandangannya yang masih malas tapi tambahan menjadi tajam melihat ke arah Everly.
Mereka semua menahan nafas melihat kejadian itu.
"Everly!" Jerit Ivy tiba-tiba dan ingin menolong Everly.
"Gerak. Patah." Kata Iris singkat tanpa mengalihkan pandangannya.
"ARGHHH!! Jangan! Lepaslah!!" Balas Everly yang seperti faham jika Ivy datang ke arahnya maka tangannya menjadi taruhan. Dia percaya yang dikatakan Iris itu kerana tangannya sememangnya amatlah sakit.
"LEPASKAN TANGAN EVERLY!!!" Marah Ivy tidak berani mendekat.
Gracey yang sedari tadi diam pun ingin gerak mendekat tetapi tersentak dan terhenti ketika Iris tiba-tiba sahaja mengalihkan pandangan dan melihat tepat pada mata Gracey.
"BELAJAR TEMPAT TERNAMA TAPI TAK ADA BUDI BAHASA. BULI JADI TV SHOW. TAK ADA YANG NAK MAJU KE DEPAN. LELAKI. PEREMPUAN. SAMA. PENGECUT. AKU MALAS NAK MASUK CAMPUR TAPI TAK SENGAJA LALU SEBAB SINI SAJA JALAN NAK KELUAR. AKU NAK PERGI TAPI PEREMPUAN NI HALANG AKU AND FOR MY FIRST F*CKING DAY KAT SINI AKU DAH DAPAT MARK. HEH MARK. HERO? AKU TAK PERLU JADI HERO SEBAB KAT SINI SEMUA PENGECUT. KAYA. MISKIN. BEZA MEMANG TAPI KITA SAMA. MANUSIA. AKU PINDAH SINI. AMAN. TAPI KORANG DAH ROSAKKAN PLAN STUDY IN PEACE AKU MACAM ORANG BODOH TAK TERPELAJAR. NAK BENCI. NAK MAKI. NAK SAMAN. NAK CARI MASALAH. GO AHEAD. "
"........."
.
.
.
.
jangan lupa vote ya kalau rajin😌
Next.
YOU ARE READING
THE PAIN OF TEARS 🚫
Roman d'amour🚫 🚫 🚫 HI!!! GUYS!!! This story tak sama like before, rate 18 +++. Tapi nak tahu apa yang beza? Try baca dulu... Semua cerita just from my own create on my own imagination. 😘 . . . IRIS HADLEY seorang perempuan yang hanya ingin hidup normal sepe...