·˚ ༘ RM | 6 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

74 5 0
                                    

Figura Emir yang baru pulang menghiasi pandangan Aralyn. Pantas gadis itu menghampiri Emir. Tangan dihulurkan buat suaminya.

"Assalamualaikum, awak," ujar Aralyn lembut. Emir menyambut huluran Aralyn. Belakang tapak tangan Emir dikucup.

"Waalaikumsalam,"

"Macam mana kerja hari ni? Okey ke?"

"Hmm," balas Emir. Anak tangga didaki satu-persatu menuju ke bilik tidur utama. Aralyn hanya memerhatikan Emir sebelum gadis itu duduk di atas sofa berangkai dua. Keluhan lemah dilepaskan.

Sampai bila mereka harus kekal begini?

Aralyn tersentak apabila Emir melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Eh, sekejapnya awak mandi,"

"Kau yang termenung lama sangat," ujar Emir tanpa nada. Alat kawalan jauh dicapai lalu televisyen dihidupkan.

Aralyn terdiam. Pandangannya dialihkan ke arah televisyen yang menyiarkan drama Andai Itu Takdirnya.

Kesunyian memenuhi ruangan. Aralyn mula berasa janggal. Gadis itu bermain jari-jemarinya.

"A--aw--awak,"

"Hmm?" balas Emir tanpa menghalihkan pandangan.

"A--apa kata kalau kita pergi honeymoon?"

Emir tersentak. Pantas jejaka itu menoleh memandang Aralyn. Namun pantas sahaja Aralyn menunduk. Malu!

"Asal tiba-tiba ni?" soal Emir.

"Em--s--saja. M--mana tau boleh rapatkan hubungan kita. K--kita kan dah kahwin. Jadi apa salahnya kalau--kita cuba kenal antara satu sama lain lebih dekat?" ujar Aralyn dengan gagap akibat rasa gementar dan gugupnya.

Sepi.

"Tengoklah macam mana," balas Emir. Aralyn memandang Emir yang kembali menonton drama di televisyen. Tanpa sedar, gadis itu tersenyum.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Jam sudah menunjukkan pukul 2:00 pagi. Tetapi Emir tidak dapat melelapkan mata. Isterinya sudah lama dibuai mimpi.

Entah mengapa permintaan gadis itu terngiang-ngiang di telinganya dan tidak berhenti bermain di fikirannya.

Seperti radio rosak.

"Kenapa dia tiba-tiba tanya benda tu?" soal Emir sendiri. Aralyn di sebelahnya ditenung beberapa saat sebelum Emir memandang siling kembali.

Keluhan lemah dilepaskan. Mata dipejam.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Hadif hanya memerhati Emir yang termenung memandang makanan di hadapannya.

"Bro, kau okey?" soal Hadif. Emir tersentak.

"Hmm,"

"Tipu,"

"Pahal pulak aku nak tipu?"

"Manalah aku tahu. Aku tengok kau termenung je. Masa meeting tadi pun. Kau banyak termenung. Kau buat-buat faham je kan sebenarnya? Kau fikir apa, Emir?"

"Honeymoon,"

Hampir tersedak air liur Hadif mendengar jawapan Emir.

What the--?

"Semalam bini aku tanya pasal benda alah tu. Entahlah--benda tu--mengganggu fikiran aku sejak semalam sampai aku tak boleh tidur malam tadi,"

"Jadi, keputusan kau?"

"Entahlah,"

Hadif berfikir sejenak.

"Aku rasa better kau pergi honeymoon dulu dengan bini kau. Korang kan dah kahwin. Tapi kau pulak busy kerja. Kalau kau buat kerja kat office je takpe. Masalahnya kau tu workaholic. Melekat je dengan kerja tu mengalahkan bini kau. Kau rest je dulu beberapa hari. Mungkin honeymoon tu dapat rapatkan hubungan kau dengan bini kau?" ujar Hadif panjang lebar.

Tetapi Emir tidak membalas. Hadif hanya membiarkan jejaka itu berfikir.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

"Awak--" Aralyn terdiam melihat Emir yang kelihatan kepenatan itu.

Rambutnya serabai. Tiga butang teratas sudah terbuka. Wajahnya juga jelas kepenatan.

"Are you okay?" soal Aralyn.

"I'm okay. Don't worry. Just need a little rest," ujar Emir sebelum merebahkan tubuhnya pada sofa berangkai tiga.

Aralyn menghampiri Emir.

"Awak pergilah mandi dulu," ujar Aralyn sambil melabuhkan punggung di sebelah Emir.

"Hmm," gumam Emir. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Aralyn. Kemudian pinggang gadis itu ditarik ke arahnya.

Aralyn kaku.

Kedengaran dengkuran halus di tepi telinga Aralyn. Sah jejaka itu tidur.

"A--awak," Aralyn cuba merungkaikan pelukan itu namun tidak berjaya malah pelukan itu semakin erat.

"Hmm," dahi Emir berkerut. Seakan tidak suka lenanya terganggu.

Pada akhirnya, Aralyn membuat keputusan untuk membiarkan.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Perlahan-lahan Emir membuka mata. Wajah lena Aralyn menghiasi pandangannya. Terbeliak mata Emir. Pantas pelukan dileraikan.

"Apa yang--"

"--jangan kata aku--"

"--peluk dia?"

Emir menekup wajahnya yang merah. Mampus! Nanti apa yang Aralyn akan fikir tentangnya nanti?

"Argh, mampus aku!"

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now