·˚ ༘ RM | 20 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

136 12 4
                                    

"Kau tahu tak pasal Farah Kartini tu?"

"Perempuan Sarawak yang mati tu ke?"

"Ha'ah! Kau tahu tak aku dengar dia mati dibunuh oleh boyfriend dia sendiri!" ujar seorang gadis bernama Alisha bersemangat. Sahabatnya yang di hadapan hanya mendengar.

"Takutlah zaman sekarang ni. Kena bunuh dengan boyfriend sendiri pun boleh," ujar Alisha takut.

"Sebab tulah kita yang perempuan ni kena jaga diri. Sesiapa sahaja boleh jadi pengkhianat, walaupun darah daging kita sendiri. Kalau keluarga kita sendiri boleh khianati kita, apatah lagi orang luar," nasihat gadis kedua yang bernama Ayla itu.

Emir memasang telinga mendengar perbualan dua sahabat itu. Tangannya tidak lepas dari memegang telefon pintar.

"Hai, awak! Lama ke tunggu? Maaflah,"

Tersentak Emir dengan sergahan daripada Raysha. Automatik bibir mengumtum setangkai senyuman.

"Tak apa, saya pun baru sampai," balas Emir.

Raysha duduk di hadapan Emir. Dan waktu itu juga, makanan tiba. Bersinar mata Raysha.

"Wah, white chicken pasta! Awak ni macam tahu je saya tengah craving benda alah ni,"

"Of course. I'm Emir, okay?" Emir senyum senget. Raysha sengih dan mula membaca doa diikuti Emir. Setelah itu, mereka mula menjamu selera.

"Kawan? Kawan ke bakal isteri kedua?'

"Kau tu dah ada isteri, Emir. Jaga hati dia,"

"Kalau ya pun, jagalah hati dia sebagai isteri kau walaupun kau tak cintakan dia, Emir. Dia akan terasa hati kalau dia tahu kau selalu keluar lunch dengan perempuan lain,"

"Emir?"

"Huh?"

"Awak kenapa? Okey ke?" soal Raysha prihatin. Emir menggeleng perlahan.

"Saya okey,"

Raysha mengangguk faham kemudian menyambung suapan. Emir pula hanya menerhati sambil otaknya menerawang ke arah lain.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Pintu dikuak, menyerlahkan figura Hadif bersama bekas makanan di tangan. Terjongket kening Emir.

"Kau nak apa?" soal Emir sedikit kasar.

Hadif tidak membalas, dia berjalan ke meja Emir dan meletakkan bekas tersebut di hadapan lelaki itu.

"Makan. Isteri kau bagi," ujar Hadif dingin.

Emir diam memandang bekas itu. Anak matanya naik ke wajah ketat Hadif.

"Aku tak nak. Kau bagi je bekal tu pada sesiapa. Kalau takde sesiapa nak, kau buang je mana-mana. Bagi anjing tepi jalan pun boleh," tanpa perasaan Emir mengucapkan ayat. Hati Hadif semakin panas dibakar api kemarahan.

"Kenapa susah sangat kau nak hargai isteri kau? Fine. Kalau kau tak nak hargai effort isteri kau, biar aku je yang hargai!" bekas itu kembali diambil kemudian Hadif melangkah keluar dari bilik pejabat Emir diiringi dengan lirikan mata Emir.

Emir mengeluh.

"Masalah betul," gumamnya.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now