·˚ ༘ RM | 7 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

88 5 0
                                    

Terkebil-kebil mata Aralyn menatap Emir yang sedang memasukkan pakaian ke dalam bagasi. Emir menoleh memandang Aralyn.

"Ah, kau. Kemas barang cepat,"

"Hah? Nak buat apa? Kita nak pergi mana?"

"Ikut je. Nanti kau tahu," ujar Emir. Aralyn akur. Dia mula memasukkan pakaiannya ke dalam bagasinya.

Setelah itu, gadis itu menukar pakaian seperti yang diarahkan oleh Emir.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta Tesla milik Emir.

"Awak, kita nak pergi mana ni?" soal Aralyn namun dibalas sepi oleh Emir. Jejaka itu fokus memandu dengan wajah dinginnya.

Aralyn memandang luar tingkap. Dia agak terasa dengan layanan dingin jejaka itu tetapi tidak mengapa.

Dia sudah biasa.

Tetapi hatinya tetap sakit dengan jejaka itu.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Emir yang merasakan keadaan sunyi menoleh sekilas memandang Aralyn yang sudah lena sebelum fokus kepada pemanduannya. Kalau kemalangan nanti ada juga yang meninggal sebelum bulan madu mereka bermula.

Ya, Emir hendak membawa mereka berdua berbulan madu. Tetapi dia tidak mahu memberitahu Aralyn. Dia mahu membuat kejutan.

Emir mengeluh perlahan.

"Harap semuanya berjalan lancar," gumam Emir.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

"Ara, bangun. Kita dah sampai,"

Perlahan-lahan mata Aralyn terbuka saat suara garau Emir mengejutkannya dari lena.

"Dah sampai?" soal Aralyn dengan suara serak. Tubuhnya direnggangkan.

"Hmm," balas Emir. Jejaka itu keluar dari kereta lalu menuju ke belakang kereta. Bonet dibuka sebelum tangannya mengeluarkan bagasi miliknya dan Aralyn.

"Keluarlah cepat. Kau nak tunggu situ sampai bila?" soal Emir kepada Aralyn yang masih mamai termenung di dalam kereta. Aralyn tersentak sebelum segera keluar dari kereta itu.

Langkah Emir diekori dari belakang. Setiba di kaunter pendaftaran, seorang penjaga kaunter itu tersenyum ke arah mereka.

"Mr Emir Zayn?"

"Hmm,"

"Here's your key," huluran penjaga kaunter itu disambut. Emir melangkah ke lif diikuti oleh Aralyn.

"Erk--awak,"

"Hmm,"

"Kita--buat apa dekat sini?"

Emir memandang Aralyn melalui ekor matanya. Jejaka itu mengeluh perlahan.

"Lembab jugak kau ni," gumam Emir. Aralyn terdiam.

Dia baru kata aku lembab ke?

"Honeymoon-lah. Kau yang nak sangat, kan?" soal Emir semula dengan nada malas. Tak sangka isterinya boleh tahan lembab. Muka dah cantik. Hmm. Eh?

Ting!

Pintu lif terbuka. Pantas Emir dan Aralyn melangkah keluar dari lif. Langkah mereka terhenti di hadapan bilik bernombor 101.

Aralyn menguak pintu tersebut. Mulutnya ternganga.

"Wah, cantiknya bilik ni!" Aralyn berlari anak masuk ke dalam bilik itu diikuti Emir bersama dua buah bagasi di tangannya.

Aralyn merebahkan dirinya di atas katil bersaiz King itu. Tubuhnya digulingkan di atas tilam yang empuk. Mata Aralyn terpejam meniknati kelembutan tilam itu.

"Selesanya katil ni!"

Emir hanya memerhati isterinya yang teruja itu. Dia merebahkan tubuhnya di sofa. Keluhan panjang terlepas dari bibirnya. Akhirnya, dia dapat berehat setelah beberapa jam memandu.

Aralyn yang melihat suaminya yang kepenatan duduk dari pembaringan.

"Awak, mehlah baring dekat katil,"

Diam. Emir tidak bergerak mahupun memberi respon. Kedengaran dengkuran halus membuatkan Aralyn tertawa kecil.

Sah tidur. Selimut miliknya di dalam bagasi dikeluarkan sebelum gadis itu menghampiri Emir. Tubuh suaminya diselimut dengan kain itu. Tanpa sedar, tangannya naik mengusap rambut jejaka itu. Aralyn tersenyum.

"Sweet dream, my husband,"

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now