·˚ ༘ RM | 4 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

97 7 0
                                    

Emir merenung Aralyn yang sedang menyapu losyen di hadapan meja solek.

"Kau jaga kakak ipar aku tu elok-elok. Jangan lukakan hati dia. She's too precious. Kau lepaskan dia, ibarat kau buang permata yang berharga,"

"I just want to say that, she is too precious to let go,"

Tanpa dipinta kata-kata Erfan terngiang-ngiang di telinga. Terlepas keluhan di bibir Emir.

"Awak okey?"

Emir mendongak memandang Aralyn yang turut memandangnya sebelum gadis itu mengalihkan pandangannya. Pipinya merona merah.

"Hmm," Emir mengeluarkan ipad lalu membuat kerjanya.

Aralyn berbaring di sebelah Emir. Wajah suaminya ditenung.

"Tidurlah. Tak payah tenung aku macam tu," ujar Emir mengejutkan Aralyn. Alamak, kantoi.

Pantas Aralyn memejamkan mata. Tak lama kemudian, gadis itu lena diulit mimpi.

Emir mengeluh perlahan. Ipad diletakkan di meja sebelah katil. Kemudian, lampu ditutup sebelum jejaka itu turut lena.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Belakang tangan Emir dikucup.

"Aku pergi dulu," ujar Emir lalu masuk ke dalam perut kereta. Aralyn melambai kecil ke arah Emir namun tidak dibalas. Aralyn hanya tersenyum.

Gwenchana.

"Bye, Emir!" Aralyn melambai dengan senyuman lebar sebelum kereta Tesla jejaka itu keluar dari perkarangan rumah banglo.

Aralyn melangkah masuk ke dalam rumah. Ruang tamu yang tiada penghuni dipandang. Erfan sudah pulang sebelum Emir bergerak ke tempat kerja. Kini, dia sudah tiada teman berbual.

"Sekarang, aku nak buat apa?"

Terhinjut bahu Aralyn apabila mendengar telefon pintarnya berbunyi. Gajet nipis itu dicapai sebelum Aralyn mengukirkan senyuman lebar.

Raysha 🤡

Pantas panggilan itu dijawab.

"Ray!"

"Astaghfirullah! Pekak aku nanti woi! Aku ni muda lagi! Salam mana salam? Tertinggal bawah katil?" bebel Raysha.

"Sorry. Sengaja hehe," Aralyn tersengih.

"Ada apa call ni?"

"Aku on the way balik!"

"Wah, seriuslah?!"

"Yes!"

"Argh! Tak sabar nak jumpa kau!"

"Aww, mesti kau rindu aku, kan?"

Aralyn menggulingkan anak matanya ke atas. Ceh, perasan!

"Eh, aku nak sambung buat kerja ni. Bye, Ray! Nanti aku datang rumah kau,"

"Ar--"

Tut. Tut. Tut.

Aralyn ketawa jahat. Tak salah jahat dengan sahabat sendiri, kan?

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Tok! Tok! Tok!

"Come in,"

Klak!

"Hey, bro!" sapa Hadif ceria. Tanpa rasa segan, bilik pejabat Emir dimasuki.

"Kau nak apa?"

"It's already lunch time. Jomlah!"

Emir melihat jam Rolex di pergelangan tangan. Benar, sudah waktu makan tengah hari. Sekejap sahaja masa berlalu. Terasa seperti baru sahaja dia masuk ke pejabat.

"Sikit je lagi,"

"Ah, takde! Kau ingat aku baru kenal kau semalam? Kau tu sekali hadap kerja tak nak lepas. Dah, jom!" Hadif mengheret Emir keluar dari pejabat. Emir hanya mengikuti jejaka itu dengan pasrah. Nak atau tak, terpaksa dia mengikuti jejaka itu.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Are you ready for the cornflakes?

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now