·˚ ༘ RM | 9 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

90 5 0
                                    

Raysha merebahkan tubuh di atas katil. Keluhan dilepaskan. Penat yang dirasakan hilang begitu sahaja apabila tubuhnya merasakan keempukan katil rumah sewanya.

Raysha tersenyum.

"Tak sangka aku akan jumpa dia lagi," gumam Raysha.

"RM 697. Tadi nampak macam dia bagi lebih. Mungkin dalam RM 800 ke RM 900 lebih," Raysha mula mengira.

"Macam mana aku nak bayar balik duit dia?" Raysha memegang kepalanya. Bingung. Jejaka itu terlalu kaya. Senang sahaja berikan wang sebanyak itu kepada seorang gadis yang tidak dikenali semata-mata untuk menolongnya.

"Mesti dia kaya," gumam Raysha lagi. Kemudian, keluhan kuat dilepaskan.

Beberapa minit kemudian, gadis itu lena diulit mimpi akibat kepenatan.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

"Wah, dah sampai," ujar Aralyn sebelum merebahkan diri ke atas katil. Beberapa saat kemudian, gadis itu duduk.

"Oh, ya! Awak! Saya ada beli something untuk awak," ujar Aralyn teruja. Tak sabar mahu berikan tali leher yang dibelinya kepada si suami.

Emir menghampiri Aralyn yang memegang sebuah beg kertas. Punggung dilabuhkan di birai katil berdekatan Aralyn.

"Nah!"

"Apa benda ni?" soal Emir.

"Bukalah sendiri,"

Emir akur sahaja dengan permintaan isterinya. Tali leher berwarna kelabu dibawa keluar dari beg kertas itu.

"Awak suka tak?" soal Aralyn dengan senyuman.

"Hmm," balas Emir membuatkan senyuman Aralyn mati.

Tidak cantikkah? Atau ia tidak sesuai dengan minat Emir?

"Tak cantik ke?" soal Aralyn cuba mengawal nada suaranya.

"Okey je,"

"Cuma, aku tak minat warna kelabu," sambung Emir. Aralyn terdiam.

Oh.

"Sorry, awak. Saya tak tahu awak tak suka warna kelabu,"

"Aku tak kisah. Tie je pun. Bukannya aku jadi toyol bila pakai warna yang kelabu," ujar Emir. Aralyn meramas jari-jemarinya.

Teruklah kau ni, Ara. Suami kau tak suka warna apa pun tak tahu.

Di dalam hati, tidak berhenti Aralyn mengutuk dirinya sendiri. Dia rasa bersalah menghadiahkan barang yang berwarna kelabu.

It's okay, Ara. Bisik hati Aralyn.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Hi readers! Sorry pendek je.

Author tak sure bila boleh update lagi. Sebab author busy sikit. Mungkin author akan start update balik bulan Januari nanti.

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now