·˚ ༘ RM | 11 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

82 5 0
                                    

Sedar atau tidak, sudah tiga hari mereka berbulan madu. Tika ini, mereka berada di kafe untuk minum pagi.

"Awak, saya pergi tandas kejap, tau,"

"Hmm," balas Emir tanpa memandang ke arah Aralyn. Aralyn melangkah pergi.

Maka, tinggallah seorang Emir Zayn sendirian di tempat duduknya. Namun Emir tenang sahaja bersama telefon pintar di tangan. Apa lagi? Kerjalah.

Bak kata Hadif, Emir seorang yang workaholic. Di mana-mana sahaja, kerja. Walaupun sudah diingatkan oleh Hadif untuk tidak melakukan kerja dan fokus dengan bulan madu mereka, namun Emir tetap melanggarnya.

Larangan adalah arahan. Tak gitu?

Emir mendongak apabila merasakan seseorang memandang ke arahnya.

Dan pandangan mereka bertemu.

"Raysha,"

Raysha tersentak.

"Awak ingat saya?"

"Hmm,"

Raysha tersenyum nipis. Matanya tertancap pada kerusi di hadapan Emir yang kosong.

"Ada orang ke? Boleh saya duduk?"

Emir diam merenung kerusi di hadapannya. Atau lebih tepat, kerusi yang dihuni oleh Aralyn beberapa saat lalu.

"Hmm. Duduklah,"

Raysha duduk. Dia memandang wajah Emir yang kosong tanpa reaksi.

"Umm," Raysha meramas jari jemarinya. Emir mengangkat kening melihat Raysha yang seperti ingin beritahu sesuatu.

"Awak, nah," Raysha menghulurkan sampul yang berisi duit kepada Emir.

"Apa ni?"

"Duit,"

"Untuk apa?"

"Hutang hari tu,"

"Saya dah cakap tak payah," Emir menolak sampul tersebut kepada Raysha semula.

"Eh, awak ambiklah. Saya dah kata saya akan bayar," Raysha menolak semula sampul itu kepada Emir.

"Dan saya dah kata tak payah," Emir menolak semula.

"Tapi--" ujaran Raysha terhenti apabila telefon pintarnya berdering. Gajet tersebut dibawa keluar daripada beg silangnya lalu ditekap ke telinga.

"Helo?"

"Ya ya. Aku datang. Tunggu dekat mana?"

"Kejap lagi aku sampai. Bye," panggilan dimatikan. Emir dipandang.

"Awak ambillah. Saya ikhlas bagi awak. Jumpa lagi. Bye!" Raysha pantas melangkah pergi. Sempat sampul duit itu ditolak ke arah Emir semula.

Emir terdiam. Sampul duit bergambar Barbie dipandang. Timbul senyuman lucu di wajah beku itu seketika.

"Sorry lama, awak. Toilet tadi rosak. Itu yang lama sikit saya kat tandas tadi,"

Terus senyuman Emir mati apabila suara lunak Aralyn menyapa pendengarannya. Pantas sampul duit itu disimpan di dalam poket seluar slack miliknya.

Aralyn tersenyum ke arah Emir.

"Lama ke awak tunggu?"

"Hmm," Emir menumpukan perhatiannya pada telefon pintarnya. Tajam anak matanya melihat skrin namun mindanya tidak berhenti teringatkan Raysha. Suara lunak itu terngiang-ngiang di telinganya.

"Saya dah kenyang. Jom balik,"

Emir hanya mengangguk. Dia bangun dari duduknya dan membuat pembayaran di kaunter. Setelah itu, mereka menaiki kereta.

Laju kereta Tesla itu meluncur di atas jalan.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

I'm really really really sorry kalau cerita ni bosan. Maaf jugak kalau penulisan saya tak menarik. Huhu I'm really sorry.

Nak tanya soalan boleh?

Apa pendapat korang pasal cerita ni setakat ni?

Storyline laju sangat ke?

Sorry again sebab banyak tanya huhu. Tolong maafkan kentang ni atas salah silapnya secara zahir atau batin huhu.

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now