·˚ ༘ RM | 1 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

331 9 0
                                    

"Sah!"

Hanya perkataan itu yang dapat ditangkap oleh Aralyn. Bibir diketap seraya memainkan jarinya.

"Ara, salam Emir,"

Aralyn tersentak mendengar teguran ibunya, Puan Syamila. Matanya tertancap pada figura Emir yang memandang dengan pandangan kosong. Tiada perasaan di dalam anak mata hitam jejaka itu.

Tangan Emir dicapai lalu dikucup beberapa saat bagi memberi ruang kepada jurugambar untuk mengambil gambar mereka. Kemudian, Aralyn mendongak sebelum merasakan bibir Emir melekap pada dahinya. Wajahnya merona merah. Pertama kali seorang lelaki ajnabi yang bergelar suaminya mengucupnya.

Mereka berdua berbalas pandangan beberapa saat sebelum Aralyn mengalihkan pandangannya.

Mak, Ara malu!

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Aralyn hanya memerhati figura Emir yang sibuk melayan tetamu. Figura Emir yang memakai baju melayu putih bersama songkok hitam di kepala kelihatan sempurna di mata Aralyn.

"Tahniah, Ara! Semoga Ara berbahagia dengan Emir sampai je jannah. Ikut cakap Emir selagi tak melanggar syariat ya, sayang? Tak sabar mak nak timang cucu," seloroh Puan Syamila di hujung ayat. Wanita itu ketawa kecil. Aralyn tersenyum nipis.

"In Sha Allah, mak. Terima kasih sebab jodohkan Ara dengan Emir. Ara takkan lupakan mak. Nanti ada masa Ara lawat mak," ujar Aralyn.

Puan Syamila hanya senyum lalu mengusap kepala anak tunggalnya.

"Mak harap Ara tak rasa terbeban sebab mak jodohkan Ara dengan Emir,"

"Ara tak kisah. Kalau itu dapat bahagiakan mak, Ara rela kahwin dengan siapa pun,"

"Walaupun dengan pak cik tua gatal?" seloroh Puan Syamila. Aralyn ketawa kecil.

"Kalau pak cik tu kaya, boleh kot," seloroh Aralyn kembali. Puan Syamila ketawa.

"Ada-ada je kamu ni. Pergilah makan. Mesti kamu dengan Emir lapar. Ajak Emir makan sekali,"

"Baik, mak,"

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

"Cantiknya bini kau," puji Hadif. Bibirnya tersengih memandang figura Aralyn yang berbual dengan Puan Syamila.

"Tak payah usha lebih-lebih. Aku bagi mandul karang," ujar Emir.

"Eleh, jealous-lah tu,"

"Tak kuasa aku," ujar Emir. Hadif mencebikkan bibirnya.

"Weh, bini kau datang! Ciao lu!" Hadif pantas berlalu pergi. Sempat bahu sahabatnya ditepuk perlahan. Emir hanya membiarkan.

"Awak, jom makan,"

"Hm,"

Mereka berdua melangkah ke meja makan. Tempat duduk yang disediakan untuk mereka diduduki sebelum menjamu selera.

Aralyn memandang Emir melalui ekor mata. Jejaka itu sedang menjamah makanan di hadapan mata. Entah apa di fikiran jejaka itu. Senyap sahaja dari tadi.

"Kenyang ke tengok orang makan?" soal Emir mengejutkan Aralyn. Dia berdehem perlahan.

"M--mana ada saya tengok awak. Saya tengok sepupu saya tu ha," bohong Aralyn. Nasi minyak disuap ke dalam mulut.

Tulah kau, Ara. Usha orang lagi. Tapi dia suami aku juga. Ah, gatallah kau! Dahlah aku tipu dia tadi. Argh! Tolong Ara, mak!

Emir hanya memerhati Aralyn yang sedang menahan malu.

Nak menipu pun janganlah nampak obvious sangat.

"Kenapa tengok saya macam tu?" tegur Aralyn. Dia menelan air liur apabila Emir memandangnya tajam.

"Perasan. Aku tak tengok kau pun," ujar Emir sebelum menyambung suapannya.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

"Hey, Ara! Sorry dowh aku tak dapat datang wedding kau. Ada hal family pulak tiba-tiba kat kampung ni," kedengaran suara ceria Raysha dari hujung talian.

"It's okay, Ray. Aku tak kisah pun. Semoga baik-baik sahaja di sana,"

"Yalah. Kau pun. Jangan lupa bagi aku anak buah cepat. Tak sabar nak main dengan dia nanti,"

"Eh, kau ni. Aku baru kahwin dah mintak anak buah--"

"Tata! Goodnight!"

Tut. Tut. Tut.

Aralyn mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Raysha, Raysha.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian Aralyn. Figura Emir yang masih berbaju melayu putih dipandang. Songkok hitamnya sudah tiada di kepalanya.

Emir hanya memandang Aralyn di atas katil sesaat sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Beberapa minit kemudian, jejaka itu keluar dari bilik mandi bersama tuala di pinggang. Pantas Aralyn yang berada di meja solek mengalihkan pandangan dari memandang Emir di cermin.

Selesai menyarungkan baju, Emir memandang Aralyn yang ralit menyapu losyen di lengannya.

"Ara, aku nak cakap something,"

"Apa dia?" soal Aralyn lembut.

"Aku pesan dekat kau awal-awal, aku terima kau sebagai isteri aku sebab mak aku. Bukan sebab lain. Jadi, jangan terlalu berharap yang aku akan cintakan kau. Dan kalau boleh, jangan berharap langsung. Aku tak nak kau kecewa nanti," ujar Emir sebelum merebahkan tubuhnya di atas katil.

Aralyn diam. Lama dia termenung sendiri di hadapan cermin.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Hi, my dearest readers!

Untuk pengetahuan semua, cerita ni sad romance. Jadi, jangan terlalu berharap dalam story ni, okey?

Sediakan mental dan fizikal untuk cerita ni. Sebab cerita ni akan mengganggu mental para readers. Termasuk author sendiri.

Sekian.

Enjoy!

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now