·˚ ༘ RM | 16 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

102 7 0
                                    

"Kerja elok-elok, awak," ujar Aralyn sambil belakang tapak Emir dikucup lembut.

"Kalau ada apa-apa mesej aku,"

Aralyn mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman manis buat Emir.

Emir meletakkan tapak tangannya yang besar itu di atas kepala Aralyn. Aralyn diam, bingung. Dapat dirasakan tangan Emir bergerak perlahan di atas kepalanya, seakan sedang mengusap kepalanya. Wajahnya bertukar merah.

"Awak--" baru sahaja Aralyn ingin menegur perbuatan suaminya itu, sesuatu yang lembut melekap di dahi mulusnya. Semakin merah wajah Aralyn ketika itu.

"Aku pergi dulu," Emir melangkah keluar dari rumah banglo itu.

Sebaik sahaja tubuhnya masuk ke dalam kereta Tesla itu, keluhan lemah terlepas. Belakang tapak tangannya yang dikucup oleh Aralyn ditenung seketika sebelum bibirnya disentuh.

"Apa yang aku baru buat tadi?" gumamnya.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Pantas kepala digeleng laju. Jantungnya yang mula berdegup kencang diabaikan lalu Emir memulakan pemanduan.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

"Emir!"

Tersentak Emir apabila terasa sentuhan di bahunya. Kepala ditoleh ke arah Hadif yang tersenyum ceria itu.

"Apa?" sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya. Semakin melebar sengihan Hadif.

"Macam mana honeymoon? Best tak?" kening dijongket dengan sengihan senget.

"Hmm,"

"Memang itu je ke yang kau boleh cakap?" Hadif menggulingkan anak matanya ke atas, menyampah dengan jawapan rasmi Emir.

"Tak payah sibuklah. Kalau nak tahu sangat pergi kahwin," lengan Hadif ditepis perlahan, Hadif hanya membiarkan. Dia faham Emir tidak menyukai sentuhan fizikal.

"Calon pun aku tak ada lagi. Kau tak nak carikan?"

Emir hanya diam, malas hendak melayan Hadif. Terlebih hiperaktif pula jejaka itu hari ini. Entah makhluk mana yang merasukinya sekarang. Langkah diatur ke bilik pejabatnya. Hadif hanya memerhati.

"Beku betul mamat ni. Nasib baik handsome,"

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Laju jarinya mengetik papan kekunci komputer ribanya. Kadang-kala anak mata hitamnya melirik ke arah fail yang bertimbun seperti gunung di atas mejanya. Wajahnya kekal beku dan serius.

Bunyi pintu terbuka langsung tidak menarik perhatiannya. Dia sudah tahu siapa gerangan yang berani menerjah bilik pejabatnya dan orang itu ialah--

"Emir, jom lunch! Aku laparlah!" ujar Hadif teruja. Dia tersenyum lebar, menampakkan lesung pipitnya di pipi kanan.

"Sikit lagi,"

Tanpa mempedulikan jawapan ringkas Emir, lengan jejaka itu ditarik oleh Hadif dan digoyangkan seperti kanak-kanak. Emir mengeluh.

"Fine," komputer ribanya dimatikan lalu mengikuti langkah Hadif. Tersengih suka Hadif dibuatnya.

"Yeay!"

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now