Perlahan pintu dibuka perlahan agar tidak ganggu lena Emir. Aralyn melangkah masuk dan melabuhkan punggung di atas katil. Wajah lena si suami ditatap lalu Aralyn turut berlayar ke alam mimpi.
Beberapa minit kemudian, Emir membuka mata. Keluhan lemah terlepas dari dua ulas bibir merah itu. Wajah Aralyn ditenung sebentar. Tenang. Tidak semena-mena wajah Raysha pula menerpa di minda.
Hatinya disuntik keliru. Otaknya disapa ombak celaru.
Aralyn atau Raysha?
Siapa yang dia cinta?
Siapa pemilik sebenar hatinya?
Lama Emir termenung. Tanpa dia sedar, jam telah menginjak angka 1 pagi. Wajah lena isterinya masih ditenung.
Perlahan-lahan tangan Emir bergerak mengusap pipi lembut Aralyn. Ibu jari kasarnya dilarikan di atas pipi gebu itu.
"Aku minta maaf," bibirnya dilabuhkan di atas dahi Aralyn, lama. Rambut ikal mayang isterinya pula dielus jemari kasar Emir.
"Selamat malam," bisik Emir lembut di telinga Aralyn lalu memejamkan matanya.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
Perlahan-lahan Aralyn membuka mata. Wajah Emir menghiasi retina pandangan membuatkan mata Aralyn terbeliak akibat terkejut. Hidung mancung mereka hampir berlaga.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Lidah Aralyn kelu. Dia tidak tahu harus berbuat apa.
Gerakan yang terhasil daripada Emir menyentakkan Aralyn. Kedua mata itu terbuka, menyambungkan pandangan mereka berdua.
Hangat. Itu yang Aralyn rasakan di dalam pandangan Emir. Aralyn yang berasa kekok bergerak ingin bangkit daripada katil tetapi Emir pantas menarik pinggang isterinya itu ke arahnya.
"Stay," bisik Emir perlahan sambil memegang erat pinggang Aralyn. Gadis itu kaku.
"Aku penat," adu Emir perlahan di telinga Aralyn. Aralyn hanya diam, menerima perlakuan Emir terhadapnya. Emir suaminya, dia layak untuk menyentuhnya.
Allahuakbar allahuakbar~
Tersentak Aralyn seketika apabila azan kedengaran.
"Uh... awak, dah azan,"
"Hmm," Emir melepaskan tautan lalu duduk tegak. Aralyn memerhati tubuh tegap itu turun dari katil dan menghayun langkah ke dalam bilik air.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
"Kerja elok-elok," pesan Aralyn sambil mencium belakang tapak tangan Emir.
"Hmm," Emir menapak keluar daripada rumah banglo itu.
Aralyn mengeluh perlahan. Matanya tunduk menatap pinggangnya sendiri. Dia masih ingat kehangatan yang dirasakan waktu subuh tadi. Untuk seketika pipinya terasa hangat.
"Aku rasa aku nak masak lunch untuk dia lagilah. Mesti dia suka masakan aku semalam. Sampai licin bekas tu," tersengih Aralyn memikirkan peristiwa semalam.
Ah, bahagianya!
Kaki menghayun langkah ke dapur sambil bernyanyi kecil.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
Emir tunduk memandang tangannya sendiri. Wajah Aralyn bermain di fikiran. Entah apa yang merasukinya, tiba-tiba sahaja dia bersikap romantik terhadap isterinya itu.
YOU ARE READING
Regrettable Marriage
Romance╰┈➤ Book 2 Emir Zayn & Aralyn Danielle "I love you, but you're not mine anymore," ✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧ "Aku pesan dekat kau awal-awal, aku kahwin dengan kau sebab mak aku, bukan sebab lain, jadi jangan terlalu berharap yang aku akan cintakan kau. Dan kalau...