·˚ ༘ RM | 8 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

111 7 2
                                    

Aralyn membelek tali leher yang berwarna kelabu. Emir sudah menghilang ke kedai makan. Lapar katanya.

Ting!

Kedengaran telefon pintarnya berdenting menandakan mesej masuk. Pasti itu daripada Emir.

"Cantik juga yang ni," bisik Aralyn pada diri sendiri. Tag harga dilihat.

RM 359.90

Tertelan air liur Aralyn melihat harga tali leher kelabu itu. Mahal nak mampus. Tie ni diperbuat daripada emas ke apa?

Takpelah, demi suami yang tercinta.

Ceh.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Emir menyimpan telefon pintarnya setelah menghantar pesanan kepada Aralyn. Lantaklah dia baca ke tidak.

Keluhan panjang dilepaskan.

Bosan.

"I'm really sorry. Saya betul-betul tak sengaja,"

Tertoleh kepala Emir mendengar satu suara lunak sedang merayu.

Looks like there's a free drama.

"Saya tak kira. Saya nak awak bayar ganti rugi. Baju ni mahal tahu tak?"

"Tapi saya--"

"Excuse me. May I know what's the problem here?" celah Emir. Serentak kedua-dua gadis itu menoleh.

"Awak jangan menyibuk. Ni antara saya dengan dia,"

"Tapi masalahnya awak dah tarik perhatian satu restoran ni, tahu tak?" soal Emir tenang. Gadis bertudung bawal itu menoleh. Benar, semua pelanggan dan staf di situ menumpukan perhatian ke arahnya. Serta merta dia menunduk. Malu.

"Berapa harga baju awak tu?" soal Emir sambil menatap baju gadis itu yang terdapat kesan tompokan kopi.

"RM 697,"

Emir tersenyum sinis. Celah gigi dia saja.

Beberapa keping not RM 100 dikeluarkan dari dompet lalu dihulur kepada gadis bertudung bawal itu. Ternganga luas mulut gadis itu.

"Ambiklah. Kalau lebih tu, anggap je sedekah," ujar Emir tenang. Lambat-lambat gadis itu menyambut huluran Emir.

"T--terima kasih," ujar gadis itu sebelum berlalu pergi.

Emir mengeluh perlahan.

"Menyusahkan," gumam Emir. Matanya tertancap pada gadis bertudung shawl yang memandang ke arahnya. Gadis itu menoleh apabila pandangan mereka bertemu.

"T--terima kasih sebab tolong. Nanti saya bayar balik duit awak,"

"No need," ujar Emir tanpa nada.

"Eh, mana boleh macam tu! Banyak kot duit awak bagi kat perempuan tu tadi,"

"Tak bagi apa-apa kesan pun. Bukannya saya jadi miskin lepas sedekah dekat perempuan tu,"

Gadis itu menyelongkar beg silangnya sebelum mengeluarkan sehelai kertas kecil dan sebatang pen. Gadis itu mencatat sesuatu di atas kertas tersebut. Emir hanya memerhati.

"Nah, saya akan bayar duit awak nanti. Saya janji," ujar gadis itu lalu menyerahkan kertas itu kepada Emir tetapi tidak disambut.

Gadis itu memasukkan kertas itu ke dalam poket seluar slack Emir. Terkejut Emir dibuatnya melihat tindakan berani mati gadis itu.

"Terima kasih, awak. Bye!"

"Eh--" Emir terkaku apabila figura gadis itu sudah menghilang. Emir mengeluarkan kertas kecil yang diberikan oleh gadis itu tadi. Terdapat nama dan nombor telefon. Lama mata Emir tertancap pada nama di atas kertas itu.

Raysha Ilyani

Tanpa Emir sedar, bibirnya tersenyum. Hatinya tercuit melihat tingkah gadis bernama Raysha itu.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

"Hai. Lama ke tunggu?" soal Aralyn sebaik sahaja melabuhkan punggung di hadapan Emir.

"Waalaikumsalam," perli Emir. Aralyn tersengih.

"Setakat sejam tu takdelah lama sangat, kan?" perli Emir lagi. Aralyn hanya tersenyum. Biasalah, bila perempuan shopping, sejam pun tak cukup. Kalau tidak mengingatkan Emir sedang menunggunya, pasti dia masih sibuk mencuci mata di kedai-kedai lain.

"Sorry, awak. Saya sibuk cuci mata tadi," ujar Aralyn.

"Hmm," balas Emir. Dia terus menumpukan perhatian pada telefon pintarnya. Matanya tertancap pada sebuah beg di sebelah Aralyn.

"Punya lama kau shopping, kau bawak balik satu beg je?" soal Emir.

"Hehe," Aralyn tersengih.

"Saya cuci mata je. Saya mana mampu beli barang-barang tu semua. Mahal macam diperbuat daripada emas saja,"

"Aku dah bagi kau black card, kan?"

"Saya tak sampai hati pakai,"

"Tak luak pun,"

"Tapi awak susah-susah kerja. Takkan saya nak habiskan duit awak macam tu je? Memanglah awak kaya tapi tak baik membazir,"

Emir mengeluh pasrah.

Lantak kaulah.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Korang ada bau apa-apa tak?

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now