·˚ ༘ RM | 5 ₊· ͟͟͞͞꒰➳

95 7 0
                                    

"Chicken salad and lemonade, please,"

Pelayan itu mengangguk lalu mencatat pesanan buat Raysha sebelum pelayan itu berlalu pergi meninggalkan Raysha sendirian di meja itu.

Raysha mengeluarkan telefon pintarnya. Perhatiannya difokuskan pada gajet itu.

Setelah beberapa minit bermain telefon pintar, Raysha bangun lalu menghayun langkah untuk ke tandas namun di pertengahan jalan, dia terlanggar seseorang.

"Oh, sorry,"

Raysha yang sedikit menunduk mendongak memandang pemilik suara yang meminta maaf itu. Raysha terkedu.

Handsome.

"Miss, are you alright?"

Raysha tersedar saat jejaka itu melambaikan tangan di hadapan wajahnya.

"Huh? Y--yeah I'm alright. Don't worry. I'm fine,"

"Glad to hear that," ujar jejaka itu sebelum berlalu pergi. Raysha hanya memerhati belakang tubuh jejaka itu. Dalam diam, Raysha tersengih sendiri lalu masuk ke dalam tandas wanita.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

"Kau tahu tak Ara, tadi aku terlanggar seorang mamat ni, handsome weh! Argh! Sumpah dia handsome gila nak mati! Macam bidadara jatuh dari langit! Argh! I'm going crazy!" bahu Aralyn menjadi mangsa goncangan Raysha. Tika ini mereka berdua berada di rumah ibu bapa Raysha.

"Iya, Ray. Aku faham. Dah, lepas! Sakit kepala aku ni," ujar Aralyn. Pegangan pada bahunya dilepaskan. Kepala yang terasa berpusing dek goncangan Raysha dipegang.

"Sakit kepala aku,"

Raysha tersengih.

"Hehe. Sorry, aku excited gila tadi," ujar Raysha. Aralyn menggeleng perlahan.

"Ada-ada jelah kau ni,"

"Okey, tukar topik! Kau dengan laki kau macam mana? Bila nak honeymoon? Aku tak sabar ni nak jadi aunty,"

"Bukan kau memang mak cik ke? Baru sedar ke?"

"Hei, mana ada!"

Aralyn ketawa.

"Betullah,"

"Ara!"

"Okey, okey,"

"Ish, jawablah soalan aku!"

"Manalah aku tahu Ray. Suami aku busy kerja takde masa nak honeymoon bagai ni," ujar Aralyn. Bibir Raysha sedikit tercebik.

"Lagipun, aku tak rasa dia nak anak buat masa sekarang," ujar Aralyn. Nadanya sedikit rendah berbanding tadi. Dahi Raysha sedikit berkerut.

"Asal?"

"Malaysia,"

"Ish, jangan main-mainlah!"

"Hehe. Sebab--em--keadaan kitorang sekarang ni tak mengizinkan,"

"Maksud kau?"

"Dia macam--tak ada perasaan pun dekat aku,"

"Kau cintakan dia?" soal Raysha membuatkan Aralyn terdiam. Agak sukar untuk akui tetapi--

--ya, dia cintakan Emir. Entah bagaimana dia jatuh cinta dengan suami aisnya itu. Walaupun layanan jejaka itu terhadapnya dingin, tetapi hatinya tetap mencintai suaminya itu.

"Ara, jawablah. Jangan diam je,"

Aralyn mengangguk perlahan.

"Ya, aku cintakan laki aku. Tapi dia tak cintakan aku,"

"Mana kau tahu? Mungkin dia cintakan kau tapi dia tak tunjuk. Mungkin dia jenis yang tak tunjuk sangat perasaan dia atau mungkin dia tak pandai tunjuk. Tak pun, kau ngurat dia. Mana tahu sangkut," seloroh Raysha di akhir ayat. Dia ketawa kecil.

"Ish, tak nak aku! Gila! Memang taklah aku nak mengurat laki aku," pantas Aralyn menggelengkan kepala. Tidak dapat dia bayangkan dirinya mengurat Emir. Gila!

"Aku gurau je. Serius sangatlah kau ni,"

Aralyn memincingkan mata memandang Raysha.

"Raysha! Ara! Jom turun makan!" laung Puan Zulaika dari dapur. Serentak mereka berdua menoleh.

"Jom, makan. Nanti-nantilah kau fikir pasal laki kau tu. Aku lapar ni," ujar Raysha. Dua sahabat itu melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur.

Regrettable MarriageWhere stories live. Discover now