#20

141 7 0
                                    

SESEKALI Naara akan meluangkan masa untuk melihat sendiri perjalanan kilang. Bukan sekadar terperap di dalam bilik menyiapkan kerja seorang pengurus.

    Dia bermula dari minah kilang. Setiap proses pernah disentuhnya. Bukan mudah. Namun ianya menjadi kekuatan bila dia menggantikan pengurus yang menyeleweng.

    Matanya sengaja diliarkan. Bila dia muncul, ramai yang menunduk takut. Cuba mengecilkan diri agar matanya tidak jatuh pada mereka. Lucu.

    Langkah Naara terhenti kala ekor matanya menangkap kelibat lelaki tinggi lampai yang bermain di fikiran sejak dua hari lalu.

Lengan kekar lelaki itu tidak dapat dilupakan. Suhu tubuh lelaki itu juga masih terasa menular ke segenap inci tubuh genitnya. Tanpa sedar wajahnya merona merah.

Lelaki itu khusyuk bekerja. Tidak culas. Membuat matanya ingin terus memandang. Lelaki itu bekerja seperti kilang ini miliknya. Satu perkara yang patut dipuji.

Bagaikan tahu ada mata yang tunak memerhati, Akid berpaling mencari punca. Sepasang mata hazel beradu dengan mata hitam yang menggamitnya dekat.

Kaki melangkah sendiri merapati. Bibir merekah senyuman. Kehadiran si gadis memberi kejutan yang menggembirakan. Hari ini dia terlalu sibuk. Tak punya kesempatan memunculkan diri di hadapan pengurus comel.

"You're here," ucap Akid menyambut si gadis dengan tangan terbuka. Lebih baik lagi jika dapat mendakap kemas tubuh genit itu seperti di Mydin tempoh hari. Keinginan itu membara di dada.

Naara memandang wajah kacak yang tercemar dengan tompok hitam di bahagian pipi kiri. Serentak itu tangan menyeluk ke dalam poket skirt separas lutut yang dipakai. Mengambil sehelai tisu lalu diserahkan kepada Akid.

Akid menyambut tisu itu sedikit keliru. Naara menuding jari telunjuk ke pipi lelaki itu. Dia tidak menanti di situ. Terus melangkah meninggalkan Akid sendiri.

Akid tersenyum lebar seraya menggosok tisu di pipi yang ditunjukkan Naara. Kotoran hitam yang melekat di tisu menjelaskan maksud si gadis.

"Caring, huh?" komen Akid senang hati. Matanya melekap pada belakang tubuh genit yang kian menghilang di mata.

    Baru berada di dalam dakapan, si gadis sudah mula prihatin. Kalau sudah dapat mencuri hati itu, bagaimana pula layanan yang bakal diterima?

    "Interesting," gumamnya sebelum meneruskan kerja yang terbengkalai.
.
"APA cerita?" soal Naim dengan dahi bertaut kala melihat gumpalan tisu di tangan Akid. Bagaikan tisu kotor itu berharga sangat.

    "Awek comel kasi," beritahu Akid selamba. Bukan selalu si gadis menunjukkan rasa prihatin. Sayang mahu buang tisu gadis itu.

    "Naara?" soal Naim.

    "Kau rasa?"

    "Siapa lagi kalau bukan dia. Kalau awek lain tak adanya kau nak simpan tisu tu," kutuk Naim tergeleng-geleng tidak percaya.

    "Awek lain senang sangat dapat."

    "Kau ni serius ke?"
    Akid tidak terus membalas. Dia sendiri tidak pasti apa yang dimahukan daripada si gadis. Yang pasti dia ingin terus mendekat. Jika ada kesempatan ingin diluangkan masa bersama Naara.

    "Aku tak tahu," balas Akid jujur.

    "Kau jangan main dengan api, bro. Awek macam tu kalau kau tak serius buruk padahnya," pesan Naim mengingatkan.

    Akid tidak membalas. Matanya tunak pada gumpalan tisu di tangan. Serentak itu wajah pengurus genit terlayar di mata.

    Serius atau tidak bukan soalnya. Gadis seperti Naara tidak akan tumbang tanpa menjerut hati lelaki. Andai benar dia mahu mencuri hati si gadis, dia kena sanggup mengorbankan hati sendiri.

    "Kalau kau serius pun okey. Untung kalau dapat perempuan macam tu. Matang. Bukan macam yang selalu himpit kau. Elok untuk masa depan kau."

    "Masa masih panjang," tutur Akid perlahan. Biar masa sahaja yang menentukan.

    "Betul. Kena kenal-kenal dulu. Baru tahu sesuai ke tak dengan kau," sahut Naim setuju.

NAARAWhere stories live. Discover now