#16

3K 67 1
                                    

KETUKAN di pintu memaksa Naara mencelikkan mata. Pandangannya kabur. Kantuk masih bersisa. Semalam tidur lewat menyiapkan kerja. Lalu pagi ini dia ingin menggantikan tidur yang tak cukup. Diganggu pula.

​Pintu yang tidak berkunci ditolak perlahan dari luar. Afwan terpacul di balik pintu dengan sengihan panjang.

​"Kakak dah bangun ke?" soalnya berhati-hati. Takut mengejutkan harimau tidur. Silap hari bulan dibaham tanpa meninggalkan tulang.

​"Ada apa?" soal Naara dengan kerutan di dahi. Jika tiada apa yang penting, adik-adiknya tidak akan berani menganggunya tidur.

​"Ada tetamu datang. Mama panggil kakak turun."

​"Tetamu?" soal Naara sinis. Dapat ditebak tetamu yang dimaksudkan itu.

​"Calon suami," jelas Afwan menayang gigi. Mengharap si kakak tidak meletup di pagi hari.
​Naara mendengus kasar. Jika ikutkan hati dia ingin terus berkurung di dalam bilik. Namun dia tahu jika dia tidak turun, mama sendiri akan naik mencari dengan bebelan panjang yang menyakitkan telinga.

​Rambut panjang disanggul ringkas lalu dia melangkah keluar dari bilik dengan wajah baru bangun tidur. Langsung tidak kisah penampilan diri.
​Afwan tergeleng-geleng melihat tingkah si kakak. Selamba sahaja. Tidak sudi bersiap di hadapan bakal suami.

Pun begitu wajah kakaknya masih mampu memikat siapa yang melihat. Malah ada aura seksi terpancar di wajah comel itu.

​Rasa bangga terbit di hati seorang adik. Kakaknya tak perlu pun berusaha untuk kelihatan cantik. Tak susah pun untuk membuat lelaki tertarik. Jika bukan kerana kakaknya yang tidak sudi, ramai sahaja lelaki yang ingin menyunting sebagai isteri.

​"Tengok apa?" soal Naara dengan jelingan tajam.

​"Kakak pilih la sorang jadi suami. Selesai satu masalah," usul Afwan.

​"Ingat pilih suami macam pilih baju ke?" selar Naara lambat-lambat melangkah menuruni tangga.

​Afwan gelak besar. Dia tahu Naara tidak mahu tersalah pilih. Pengajaran terbesar boleh dilihat pada suami yang dipilih mama sendiri. Dibuatnya dapat lelaki seperti itu, menyesal seumur hidup pun tiada guna.

​"Turun pun," tegur Puan Nisrina bangun mendapatkan anak sulungnya.

​"Kenapa tak bersiap sikit?" bisik Puan Nisrina bila melihat penampilan Naara yang baru bangun tidur. Sakit betul hati dengan kedegilan anak sendiri.

​"Nak Naara naik atas balik ke?" soal Naara separuh mengugut. Malas melayan permintaan bukan-bukan si ibu.

​Puan Nisrina mendengus perlahan. Menahan amarah di dada lalu menarik Naara bersalaman dengan tetamu yang datang.

​Naara memandang sekilas pada wajah yang dikenalinya. Jiran di taman mereka tinggal. Dia hanya pernah membalas sapaan wanita separuh abad itu. Nama pun dia tidak tahu.

​Kemudian matanya jatuh pada lelaki yang kelihatan sebaya dengannya. Rupa tidak menyakitkan mata memandang. Tenang menyejukkan hati.

​"Maaf sangat. Si Naara ni kerja sampai lewat malam. Tu yang baru bangun tu," jelas Puan Nisrina cuba membina imej baik Naara di mata tetamu.

​"Eh, tak apa. Baru bangun pun comel lagi," balas sang tetamu dengan senyuman lebar.

​Naara duduk di sebelah Puan Nisrina. Wajahnya tiada riak suka. Serius sahaja. Tidak seperti tetamu lelaki yang tersenyum senang melihat calon isteri.

​"Naara ni memang comel orangnya, Cik Mah. Kerja pun jawatan besar. Untung kalau buat isteri," sambut Puan Nisrina mengerling pada anak muda yang duduk bertentang dengan Naara.

​Anak muda itu mengangguk setuju. Tidak kisah jika dipadankan dengan gadis comel seperti Naara. Tidak sia-sia mengikut ibunya ke mari.

​"Fitri," ucap sang teruna memperkenalkan diri.
Naara sekadar mengangguk tanpa suara. Tidak perlu memperkenalkan diri bila ibunya sedari tadi memujinya tinggi melangit.

"Hari ni Naara cuti. Bolehlah Fitri nak ajak Naara keluar. Kenal-kenal dulu," usul Puan Nisrina terus mengambil peluang.

"Kalau Naara sudi," sahut Fitri senang.

Dia tidak punya calon. Usia yang makin meningkat dengan kesibukan kerja membuatnya sukar untuk bertemu gadis yang sesuai. Melihat karakter Naara buatnya tertarik.

Naara tersenyum sumbing. Dia tidak sampai hati menolak begitu sahaja lelaki yang kelihatan matang seiring usia. Nampak berbudi bahasa. Calon suami yang boleh dipertimbangkan sebenarnya.

Bila bertemu calon begini, biasanya dia menggunakan pendekatan yang lebih lembut. Tidak dingin seperti selalu. Bukan salah mereka. Salah ibunya sendiri yang tidak jemu mencarikannya jodoh.

"Saya tak free," balas Naara senada. Tidak kasar. Tidak juga lembut.

Fitri tersenyum lebar. Tidak marah dengan penolakan si gadis. Malah dia senang bila Naara tidak terus menerima. Gadis seperti Naara bukan semudah itu untuk ditawan.

Walaupun usia kian menginjak dewasa, tidak bermaksud gadis itu kalut menamatkan zaman anak dara.

Jika Naara mahu bila-bila masa sahaja ada yang sudi masuk meminang. Dia sendiri pun sanggup andai diberi lampu hijau. Sekali pandang terus terpikat.

"Kalau Naara tak free hari ni... hari lain pun boleh. Kita jiran dekat. Bila-bila pun boleh jumpa," ulas Cik Mah tidak terasa hati. Malah teruja untuk memadankan anak terunanya dengan anak dara Puan Nisrina. Elok budaknya.

"Yang penting hari ni jumpa dulu, kan?" sahut Puan Nisrina tersenyum lebar.

Lega dengan layanan Naara hari ini. Tidak sedingin selalu. Masih tahu menjaga air muka. Ditambah pula dengan penerimaan si teruna dengan ibunya.

Dia hanya perlu memujuk Naara baik-baik untuk memastikan anak sulungnya itu menamatkan zaman anak dara. Malu dengan kutukan yang dilemparkan terhadap Naara.

Anak daranya bukan tidak laku. Hanya Naara yang degil. Terlalu sibuk dengan kerja. Lebih suka menghabiskan masa di kilang dari di rumah. Macam mana mahu belajar bercinta? Kali ini dia akan pastikan Naara tidak menolak!

NAARAWhere stories live. Discover now