#8

3.2K 94 6
                                    

Hi uols, for your info versi cetak tak available buat masa ni. Tapi jangan risau, korang boleh grab versi ebook from E-Sentral.
Just download apps E-Sentral di playstore and korang perlu reg kat apps tu tau before making your own purchase.

Korang jangan lupa cekidout my other works Pertemuan Kali Ini. Muna akan kasi full version tau special for this march. Masuk je April Muna akan unpublish balik tau. So follow rapat-rapat for this month punya update.

Do leave your vote here darlings. Really appreciate it.💞

NAARA tersenyum sumbing kala derap tapak lelaki berhenti betul-betul di sebelahnya. Dengan selamba lelaki itu mengambil tempat di sisinya seperti sudah kenal lama pula.

Dia bukan buta. Sedari tadi lagi dia tahu ada mata yang tertunak memerhatikannya. Nalurinya tak pernah salah.

Sepasang mata itu hingga kini merenungnya tanpa silu. Seperti cuba mengkaji dan meneliti. Entah apa yang dicari agaknya.

Tidak terdetik rasa marah direnung begitu. Dibiarkan sahaja. Jarang sekali ada mata yang berani meniliknya begini. Lagi jarang untuk datang dekat begini.

Naara tidak mempedulikan lelaki itu. Hanya meneruskan suapan seperti lelaki itu tidak wujud. Tidak luak pun jika lelaki itu mahu terus memandang.

Akid tersenyum nakal. Gadis comel yang dikatakan garang itu langsung tidak melenting dengan kehadirannya. Malah gadis itu menganggapnya seperti angin lalu. Tidak wujud pun.

Matanya terus menjamah seraut wajah tanpa cela milik si gadis. Berkulit putih kemerahan dengan hidung mancung yang terletak indah, serta bibir merah jambu yang meminta untuk dipagut membuat senyuman di bibir kian melebar.

Gadis secomel ini tak perlu memegang status anak dara tua. Sedap mata memandang. Mungkin personaliti yang garang menjauhkan lelaki untuk dekat. Terutamanya lelaki yang tak cukup jantan.

Rambut kerinting halus tersanggul rapi membuatkan wajah comel itu nampak serius dan lebih matang. Kemeja hitam yang dipadankan dengan skirt hitam mencipta imej yang sukar didekati.

"Dah puas pandang?" soal Naara sinis menjeling lelaki yang masih khusyuk membuat penilaian.

"Belum," balas Akid selamba.

Terletus tawa sinis dari bibir merah jambu itu. Belum? Berani benar. Wajah lelaki itu tidak pernah dilihat sebelum ini. Mungkin lelaki ini yang disebut Iman agaknya?

Tawa sinis yang bergema umpama melodi indah di telinga. Enak di pendengarannya. Akid mencapai minuman di dalam tin yang dibeli si gadis. Air minuman dituang ke dalam gelas yang berisi ais batu.

Terjongket kening Naara dengan tingkah lelaki itu. Terlalu bersahaja. Seperti mereka sudah berkawan lama. Ish, dia ni!

"Dahaga?" soal Akid menghulur gelas untuk si gadis.

Naara menyambut dengan jelingan  tajam. Diteguk air di dalam gelas menghilangkan dahaganya. Sekejap sahaja gelas itu dikosongkannya.

Akid bingkas bangun. Masa rehatnya sudah tamat. Perlu kembali bekerja. Matanya masih melekap pada seraut wajah  itu. Rasa berat untuk pergi. Wajah serius itu seperti banyak misteri untuk disingkapnya.

"Akid Zulfan," ucapnya lembut menyapa telinga si gadis. Tanpa menanti balasan dia terus melangkah pergi.

Akid Zulfan? Bibir merah jambu itu terketap sendiri.

NAARAWhere stories live. Discover now