#12

2.8K 65 0
                                    

IMAN terkedek-kedek masuk ke bilik Naara. Mulutnya memuncung lagak orang merajuk. Matanya mengecil memandang pengurus yang tidak berperasaan.

​"You diam-diam aje, kan?" tuduh Iman melabuhkan punggung di kerusi bertentangan pengurus genit itu.

​Naara jongket kening menanti penjelasan. Bibirnya seperti selalu tidak suka membazir air liur jika tiada apa yang penting. Hanya telinga yang sudi menadah gosip terkini di kilang.

​"You ingat you diam I takkan dapat tahu la, kan? You tahu tak gosip kat kilang ni semua dalam tangan I. You diam macam mana pun I mesti dapat tahu jugak," bentak Iman garang. Tidak sayang nyawa sendiri. Lupa agaknya dengan siapa dia berhadapan sekarang ini.

​"Iman," deram Naara memberi amaran. Kurang senang dengan nada yang digunakan Iman.

Biarpun lelaki lembut itu dianggap kawan, tidak bermakna Iman boleh meninggi suara di hadapannya. Selagi dia bergelar pengurus di sini, tiada siapa boleh berlaku biadap di hadapannya.

"Ops!" Iman menekup mulut sendiri. Marah pada teman yang diam-diam sahaja memikat mamat kilang baru hingga terlupa menjaga 'adab' di hadapan Naara.

Mata Naara jelas berapi biarpun wajah itu langsung tidak berubah riak. Kekal serius. Seolah riak serius itu sudah dipaku kemas hingga tidak boleh berubah lagi.

"You la. Diam-diam aje pikat handsome boy. Tak cakap kat I pun. I bukan cemburu. Tapi I kawan you. You patut kongsi gosip ni dengan I. Bukan biar I dengar dari orang lain," adu Iman tidak puas hati. Muncungnya makin panjang.

Walaupun Naara tidak pernah berlembut dengan rakan sekerja, dia sudah menganggap Naara teman baiknya. Teman baik wajib berkongsi rahsia.

"Handsome boy?" soal Naara sinis.

"Akid Zulfan. I baru dapat tahu nama dia. You mesti lagi awal tahu, kan?"

'Akid Zulfan,' desis hati seorang Naara. Nama itu lagi yang muncul.

"So?"

"Dia cuba mengurat you, kan?"

"So?"

"I dengar dia duduk sebelah you kat kantin. Lepas tu pagi tadi dia tolong bukak pintu kereta untuk you," jelas Iman cuba membaca riak di wajah comel Naara.

"So?"
Iman mengeluh berat. Hanya itu sahaja reaksi Naara? Mengecewakan betul!

"You... tak suka handsome boy tu ke?" duga Iman.
Ingin sekali dia melihat lelaki jenis apa yang mampu menarik perhatian Naara. Sampai hari ini gadis itu masih single but not available.

Bukan soal rupa yang menjadi masalah. Karakter gadis itu yang buat lelaki menjauh sendiri. Tiada yang cukup jantan!

"You tak ada kerja ke hari ni?" soal Naara. Nadanya cukup sinis. Jika pembantunya tidak punya kerja, dia punya cara untuk membuat lelaki lembut itu sibuk hingga tak cukup masa.

Mendengar soalan itu, Iman bingkas bangun lalu melangkah keluar tanpa sepatah kata lagi. Takut dilambak dengan kerja bertimbun. Menyesal tak sudah nanti. Scary!

"Akid Zulfan." Bibir merah jambu si gadis menyeru nama yang kerap muncul itu. Nama yang tentunya akan lebih kerap mengganggu.

NAARAWhere stories live. Discover now