#3

3.7K 83 1
                                    

Hi uols, for your info versi cetak tak available buat masa ni. Tapi jangan risau, korang boleh grab versi ebook from E-Sentral.
Just download apps E-Sentral di playstore and korang perlu reg kat apps tu tau before making your own purchase.

Do leave your vote here darlings. Really appreciate it.💞
.
.
MATA fokus pada jalan yang sesak. Kepala pula sibuk memutarkan bicara Puan Nisrina ketika sarapan tadi. Bicara yang kerap diulang-ulang seperti radio buruk menyesakkan fikiran.

Dia mengeluh berat. Walaupun di hadapan mama dia tidak membalas, hakikatnya kepala serabut jika hari-hari terpaksa berdepan dengan persoalan yang sama.

Dia tidak faham kenapa dia perlu berkahwin hanya kerana usianya sudah lanjut. Perkahwinan bukan soal main-main. Sekali terikat, tentu mahu bersama hingga ke hujung nyawa.

Memilih bakal suami bukan seperti pilih ikan di pasar. Kalau semudah itu, dia tidak perlu digelar anak dara tua.

Dia hanya perempuan biasa. Mahu hidup yang normal. Punya kerjaya. Punya suami. Dan tentunya mahukan zuriat sendiri.

Hanya jodoh sahaja belum tiba. Dia juga tidak memberi keutamaan dalam mencari jodoh. Biarlah jodoh itu datang sendiri. Kalau sudah jodoh tak ke mana.

Yang peningnya mahu melayan bebelan Puan Nisrina yang tak pernah jemu cuba mencarikan jodoh untuknya. Bosan!

Dia takkan sesekali menyerahkan soal jodohnya pada Puan Nisrina. Kesilapan mamanya dalam memilih takkan terjadi padanya. Cukuplah hidup mamanya begitu. Dia lebih rela sendiri dari menerima nasib yang sama seperti mama.

Memikirkan nasib mama buat amarahnya membara. Cepat-cepat dipadam api itu sebelum marak membakar.

Tak guna melayan marah. Tiada apa yang akan berubah walau betapa hebat pun dia menyatakan protes. Mama sendiri yang merelakan apa yang terjadi. Tidak pernah cuba membela nasib sendiri.

Terletus tawa sinis dari bibir. Tangan menghentak stereng seperti cuba melepaskan apa yang berbuku di dada. Kemarahan yang tak mampu diluahkan.

"Bodoh kau ni!"

Bibir mula mengutuk diri. Apa perlunya mengocak ketenangan hati sendiri? Soal mama biarkan sahaja. Tak perlu fikir. Tak perlu masuk campur!

Pedal minyak ditekan bila trafik mula lancar. Lebih baik fokus pada kerja di kilang dari memikirkan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan. Kepala mula merencanakan senarai tugas untuk hari ini. Workaholic!

NAARAWhere stories live. Discover now