HONDA CBR yang ditunggang diperlahankan kala mata mendarat pada imej gadis berbaju hitam sedang khusyuk memandu. Bibir merekah senyuman.
Tidak sangka mampu bertemu di jalan raya begini. Jodoh antara mereka agak kuat rupanya. Dia tertawa kecil menyaingi kereta si gadis yang tidak perasan kehadirannya.
"Apasal kau slow?" soal Naim yang menjadi pembonceng di belakang.
"Awek kat depan tu," balas Akid bersahaja.
"Mana? Mana?" soal Naim kalut mencari kelibat awek yang dimaksudkan.
"Dalam kereta tu."
Mata Naim jatuh pada gadis yang sedang memandu tenang. Satu perkataan muncul di kepala. Comel!
"Kau kenal?"
"Manager," balas Akid pendek.
"Kau biar betul? Comel macam ni manager? Macam mana boleh jadi manager?" soal Naim susah mahu percaya.
Muka si gadis seperti budak sekolah baru tamat SPM. Itu pun nasib baik rambut yang disanggul menampakkan gadis itu lebih matang. Jika tidak pasti kelihatan seperti baru tamat PMR. Muda remaja.
"Manager." Akid mengangguk perlahan menyatakan kebenaran.
"Umur 30?" soal Naim masih lagi tidak percaya.
"Tahun ni 30."Naim tergeleng-geleng sendiri. Patutlah Akid menganggap usia sekadar angka. Siapa sangka gadis itu hampir menjadi anak dara tua?
"Comel," puji Naim.
"Bukan untuk kau," tegas Akid. Dia lebih dulu melihat.
"Macamlah kau serius."
"Siapa tahu," balas Akid selamba.
Dia membunyikan hon membuatkan si gadis terus berpaling ke arahnya. Bertaut dahi itu memandangnya. Tangan selamba melambai dengan senyuman nakal di bibir. Dia memberi isyarat agar si gadis menurunkan cermin tingkap.
Naara tertawa bisu. Kecil benar dunia. Di jalan pun terjumpa. Dia menurunkan cermin kereta ingin mendengar bicara lelaki itu. Kebetulan lampu isyarat merah memaksa dia menghentikan kereta.
"Kuat jodoh I dengan you," ucap Akid bersahaja.
"Sorang?" soal Akid walaup jelas di mata gadis itu sahaja di dalam kereta. "Ke mana?" soalnya ingin tahu.
Naara diam tidak membalas. Soalan yang dilontarkan tidak perlu dijawab. Membazir air liur. Suaranya dianggap seperti emas. Berbicara bila perlu sahaja.
"I ikut," ucap Akid tidak silu.
Naara jeling lelaki itu. Selamba sahaja lelaki itu mahu mengikutnya. Tak diajak pun.
"Kau nak ikut?" soal Naim perlahan.
"Kau tak nak... aku turunkan kau kat sini," balas Akid mengugut.
Dia keluar untuk melepak tanpa tujuan. Merempit dengan motor. Alang-alang berjodoh dengan Naara, apa salahnya menemani gadis itu.
"Eh, aku nak," balas Naim akur. Tak salah ikut si gadis comel.
Naara tidak melayan permintaan Akid. Cermin tingkap dinaikkan semula. Lampu bertukar hijau. Kereta dipandu laju menuju ke Mydin.
Bila hari cuti, dia akan mencuri masa membeli barang keperluan rumah. Lebih senang pergi sendiri. Jika pergi dengan mama, sakit telinga terpaksa mendengar soal lelaki yang tak pernah sudah. Sendiri lebih tenang.
YOU ARE READING
NAARA
RomanceSINOPSIS ======== Nur Inaara Tajul. Si andartu comel yang mampu meruntun hati lelaki untuk dekat. Luarannya nampak comel dan lembut. Dalamannya begitu tegas dan diktaktor. Sekali bibir itu berbicara, pastinya ada mangsa yang malang. Terlalu biasa me...