#22

97 6 1
                                    

PEMAIKAIAN ringkas tidak menjejaskan kecomelan si gadis. Masih menangkap perhatian dengan pakaian serba hitam. Skirt hitam dipadankan dengan blaus hitam. Sangat kontras dengan kulit putih bersih si gadis. Menyerlahkan kecantikan, memukau mata yang memandang.

    Fitri membasahkan tekak yang terasa kering. Mata terpaku kemas masa sesusuk tubuh genit milik Naara.

Sebelum ini dia hanya pernah mendengar tentang Naara daripada bibir ibunya. Tidak pernah pula terserempak dengan gadis itu walaupun mereka berjiran.

    Terasa rugi pula tidak bertemu lebih awal. Jika tidak sudah lama gadis itu menjadi surinya. Bukan baru mencuba nasib seperti malam ini.

    Hati berdetak risau. Takut di gadis tidak terbuka hati untuk bersamanya. Dia sudah terpikat. Mengharap Naara membalas rasa yang sama.

    "Let's go," ujar Naara tidak selesa bila mata Fitri terus 'menjamah' sesusuk tubuhnya tanpa silu. Tidak menjaga mata. Melihat boleh. Jangan sampai begitu liar.

"Okey," sahut Fitri menyaingi langkah Naara menuju ke kereta.

MAKAN malam bersama Fitri tidak boleh dikatakan bosan. Tidak juga menghiburkan. Sudah terlalu lama sebenarnya dia tidak bersama lelaki. Sekali terluka dia tidak lagi mencuba.

    Fitri tenang orangnya. Matang. Jauh berbeza dengan si nakal yang asyik muncul di hadapan mata.

    "Saya tahu kita baru kenal. Mungkin Naara tak selesa. Tapi saya ikhlas nak kenal Naara," luah Fitri tanpa silu.

    Dia dan Naara, masing-masing sudah dewasa. Berjaya dalam karier. Tidak perlu ayat berbunga-bunga. Lebih senang bersikap jujur. Meluahkan apa di hati.

    Naara tidak terus membalas. Sebaliknya menganalisis lelaki yang duduk bertentangan dengannya. Dia sudah berjanji dengan mama untuk mencari calon suami. Tidak salah bermula dengan Fitri.

    Fitri punya perwatakan menarik. Tidak nampak mendesak. Punya kerja yang mantap. Jika dipadankan boleh dikatakan setaraf dengannya.

    Bila cuba dibandingkan, ada wajah nakal yang terlayar di mata. Wajah yang membuat lelaki di hadapannya tidak menarik di mata.

    Memilih jodoh bukan untuk hari ini sahaja. Dia mahukan lelaki setia yang sanggup bersamanya hingga ke hari tua. Mungkin jika bernasib baik timbul rasa cinta.

    Dia tidak dapat membayangkan Fitri memegang watak suaminya. Nalurinya mengatakan tidak. Dan nalurinya tidak pernah salah. Selalu tepat mengena sasaran.

    Naara tidak suka membuang masa. Secepat mungkin akan dikotakan janji pada mama. Setiap masalah perlu diselesaikan dengan segera. Lagi pula dia tidak mahu membiarkan lelaki terluka dan kecewa kerananya.

    Biar cepat membuat keputusan. Cepat juga memutuskan harapan. Sakitnya sekejap cuma. Lebih baik begitu. Dari Fitri dikecewakan setelah mereka lebih lama kenal.

    "Saya tak rasa kita sesuai," putus Naara dengan nada cukup serius.

    "Mana awak tahu? Kita belum cuba..."

    "Tak perlu buang masa. Saya tak sesuai untuk awak," tegas Naara tidak ingin mendengar bantahan lelaki itu.

    Fitri tersenyum pahit. Harapan yang berbunga sekelip mata dipijak gadis itu. Agak kejam. Langsung tidak beri peluang.

Mungkin bagi si gadis lebih baik putuskan awal dari mengheret masa tapi akhirnya jawapan yang sama juga dilontarkan.

"Saya hantar awak balik," tutur Fitri akhirnya mengalah. Kecundang tanpa sempat berbuat apa-apa.

"Thanks," ucap Naara lembut. Wajah kecewa lelaki itu tidak dipandang. Tidak mahu terbit rasa bersalah di hati sedangkan dia tidak berbuat salah.

NAARAWhere stories live. Discover now