#1

6.7K 117 4
                                    

Hi uols, for your info versi cetak tak available buat masa ni. Tapi jangan risau, korang boleh grab versi ebook from E-Sentral.
Just download apps E-Sentral di playstore and korang perlu reg kat apps tu tau before making your own purchase.

Do leave your vote here darlings. Really appreciate it.💞
.
.
"TAK sangka," terletus suara dari bibir si gadis. Terlalu perlahan hingga sukar untuk ditangkap gegendang telinga.

Bibir mungil si gadis bergetar tanpa kata. Mata mula berkaca. Melirik pada aksi pasangan di hadapan mata. Tangan lelaki erat di pinggul si perempuan. Murah!

Terlalu sakit melihat kecurangan seorang lelaki. Lagi-lagi lelaki pilihan sendiri. Lelaki yang dipercayainya. Lelaki yang buatkannya berani meletakkan harapan untuk bersandar di bahu itu.

Malangnya semua itu hanya angan-angan yang tak kesampaian. Dia terlalu naif. Menyangka lelaki itu serius. Setia pada yang satu.

"Kau buat apa kat sini?"

Suara garau sang lelaki bergema saat mata mereka bertembung. Beradu seketika. Menyalahkan sesama sendiri. Masing-masing punya persepsi sendiri.

"Antara aku dengan kau... dah tamat," putus si gadis.

Kali ini suaranya kedengaran begitu tegas. Lagak seorang majikan yang memberikan arahan pada pekerjanya.

Tiada lagi getaran di bibir itu. Yang tinggal hanya satu tekad untuk memutuskan hubungan yang terjalin baru setahun jagung. Tiada mutiara jernih yang tumpah di pipi. Mata yang tadinya berkaca kini kering tidak bersisa.

"Kau ingat aku peduli?" bidas lelaki itu sinis. Terlorek senyuman yang cukup sinis di bibir itu.

"Kau tak peduli?" ulangnya dengan nada sama sinisnya.

Matanya jatuh pada si perampas tidak tahu malu yang melentikkan tubuh di sisi lelaki itu. Sepadan sangat. Jauh berbeza dengannya.

Patutlah mudah benar lelaki itu berpaling arah. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya hubungan yang terjalin belum cukup mendalam. Belum cukup untuk membuatnya tidak mampu melupakan.

"Kau ingat aku akan setia dengan kau aje ke?" Soalan itu cukup sinis. Seperti mengejek si gadis.

'Ya. Aku ingat kau akan setia.' Balasan itu hanya bergema di sudut hati yang paling dalam. Tak akan diluahkan pada lelaki yang akan mempermainkan harapannya.

"Hidup aku masih panjang. Belum puas tengok dunia. Kau nak aku pilih kau jadi satu-satunya perempuan dalam hidup aku? Kau mimpi ke?"

Si gadis tertawa sinis tanpa kata. Matanya memandang simpati pada si perampas yang tentunya mahukan kesetiaan lelaki itu. Nampaknya itu takkan terjadi.

Melihat si gadis yang seperti mempermainkannya, wajah kacak itu berubah keruh. Tidak puas hati. Bukan begini sepatutnya reaksi si gadis.

Rahangnya terketap kuat. Matanya tajam memandang gadis comel itu. Bengang!

Bagaikan dia tak membawa makna apa-apa buat gadis itu. Hanya sekejap sahaja menayang luka. Dan kini wajah comel itu kelihatan tenang seperti tiada apa yang menyakitkan berlaku.

Dia lelaki yang punya ramai peminat. Ramai gadis yang cuba mencuri perhatiannya. Buat seketika perhatiannya tertumpu pada gadis comel yang tidak pernah cuba mengejarnya. Dia yang memulakan langkah memikat.

"Perempuan macam kau... sekali aku petik sepuluh yang datang tau."

Tawa kecil meletus lagi dari bibir mungil itu. Siapa yang buat onar sebenarnya ni? Kenapa bunyinya seperti dia yang cuba menyakitkan hati lelaki itu? Bukan sebaliknya.

"Aku tak kisah berapa yang datang. Yang penting antara aku dan kau dah tamat," balas si gadis. Nadanya cukup dingin membekukan hati lelaki itu.

Si gadis melangkah pergi tidak berpaling lagi. Tidak lagi berminat untuk berbicara dengan lelaki yang membuang masanya itu. Lagi tidak sudi menonton adegan murah lelaki itu dengan si perampas. Rosak mata!

NAARAWhere stories live. Discover now