BAB 1

5.7K 250 11
                                    

"Kau memang betul ke nak ikut Daddy kau balik kampung nenek kau?" Ana menyoal sambil menyisip air coklat yang dipesannya tadi.

"Hmm..." balas Iris santai. Macam tiada mood pun ada.

Mendengar jawapan Iris itu, tahulah Ana yang Iris bukannya betul-betul ikhlas nak berjumpa dengan neneknya itu. Tapi hairan juga lah dia, apa sebab Iris tiba-tiba berubah fikiran hendak berjumpa neneknya. Setahunya, sudah bertahun Iris mengelat dari berjumpa neneknya. Setiap kali neneknya datang ke rumah keluarga Iris di Kuala Lumpur, Iris selalu mengelat, dan kalau ada urusan di kampung pula, Iris tidak pernah pulang.

"Dah kenapa kau tiba-tiba nak balik kampung sekali? Kau jangan nak buat hal, Iris. Nenek kau tu dah tua, kan ada juga terlantar dekat hospital orang tua tu. Kau ni bukan boleh percaya sangat."

Iris mendengus sekali pakej jelingan tajam sekali diberikan kepada Ana. Air di tangan dihempas perlahan ke atas meja. Tangan disilangkan ke dada.

"Selama ni, aku mengelat jumpa dia sebab aku benci sangat-sangat dekat dia. Sekarang aku rasa dah tiba masanya aku tunjuk muka aku. Biar dia ingat apa dia pernah buat dekat aku dan Mommy aku dulu."

Ana mengeluh perlahan. Geleng kepala Ana melihat perangai sahabatnya itu. Entah bila Iris hendak hidup dalam keadaan berdendam sebegini.

"Aku rasa nenek kau dah terima balasannya, Iris. Kau satu-satunya cucu yang dia ada. Kau pula tak pernah kisah langsung pasal dia, aku rasa itu dah cukup buat dia menyesal."

Tawa Iris meletus mendengar kata-kata Ana itu. Entah kenapa baginya benda itu kelakar. Neneknya menyesal? Kalau pun orang tua itu sudah menyesal, semuanya sudah terlambat.

Ana tepuk perlahan tangan Iris. "Okey, cuba jujur dengan aku. Kau balik, kau nak buat apa? Apa rancangan kau sebenarnya?"

"Aku akan renggut ketenangan dia."

*************************

Dari tadi Iris berdiri dan termenung di hadapan kolam rumahnya yang luas dan besar itu. Iris matanya memerhati sahaja air kolam yang sedang beralun tenang. Namun disebalik ketenangan ini, tiada siapa tahu betapa berkocak jiwanya saat itu. Momen-momen indah bersama arwah Mommynya bagaikan bergentayangan di ruang matanya. Dia rindukan saat itu. Saat bahagianya bersama Mommynya. Air mata usah dikata, dari tadi mengalir di pipinya bagaikan air terjun.


Flashback

"Kejar dia!"

Imej dia yang sedang bermain kejar mengejar bersama Mommynya di kolam ini sewaktu kecil bagaikan ternampak-nampak sahaja sekarang.

"Argh Mommy! jangan kejar Iris!"

End Flashback


"Sweetheart!"

Terhinggut bahu Iris mendengar suara yang tiba-tiba datang dari arah belakang. Tersentak Iris dari momen indah tersebut. Dia membuka mata dan mengerdipkan matanya yang bergenang dengan air mata itu beberapa kali. Air mata yang membasahi pipinya dari tadi kemudiannya lantas diseka. Dari panggilan itu dia tahu siapa yang berdiri dibelakangnya ini kerana hanya insan itu yang memanggilnya dengan gelaran tersebut.

"Iris! Iris okey? Dari tadi Daddy panggil Iris tapi Iris tak menyahut pun." Terlalu lama anaknya itu termenung seorang diri di tepi kolam ini sehingga tidak sedar dia yang dari tadi berdiri di belakang dan memanggilnya beberapa kali.

Diam.

"Dari tadi Daddy tengok Iris berdiri tepi kolam ni. Iris okey ke? Iris ada masalah ke? Nak share dengan Daddy?"

Masih diam.

Tan Sri Irfan menghembus nafas perlahan dengan kebisuan satu-satunya anaknya itu. Mukanya diraup. Sisi wajah jelita anaknya itu direnung.

"Okey takpelah kalau Iris tak nak beritahu daddy. Daddy faham,"

"Nak apa?" Soal Iris dingin.

Tan Sri Irfan mengukir senyuman nipis apabila anaknya itu menjawab pertanyaannya walaupun apa yang dijawab tidak seperti yang dia mahukan. "Daddy datang ni nak ajak Iris masuk dalam. Tak elok berdiri depan kolam lama-lama. Nanti Iris sakit. Jom kita masuk dalam dan makan sama-sama. Mama ada masak makanan kegemaran Iris. Abang Zafran dengan Zara pun tengah tunggu Iris nak makan sekali."

Diam.

Panjang berjela dia berkata namun sepatah pun tidak dibalas oleh Iris. Tan Sri Irfan tersenyum tawar. Dia sudah biasa dengan situasi ini dimana dia dianggap seolah tidak wujud dan segala perbicaraannya tidak diendahkan oleh anaknya. Jujur kadang kadang dia agak berkecil hati dengan sikap anaknya ini namun dia juga faham kenapa anaknya bersikap sebegini kepadanya. Dia selayaknya diperlakukan seperti ini. Ini hanya sedikit tak sebanding dengan apa yang dilakukannya dahulu.

"Jom makan sama sama. Daddy rindu nak makan sama dengan anak kesayangan Daddy," ujarnya lagi.

Iris Mikayla membisu untuk beberapa ketika sebelum memusingkan badan dan menghadap Daddy nya. Di hadapan mata Tan Sri Irfan terhidang dengan wajah jelita anaknya, Iris Mikayla. Anaknya persis sekali arwah isterinya, Rose Helena. Berkulit cerah, tinggi lampai, mempunyai sepasang mata yang bundar, bulu mata yang lentik, hidung yang mancung dan bibir yang mungil. Semuanya sama seperti arwah isterinya itu. Namun wajah jelita itu tidak ceria malah kelihatan merah dan sembap. Tahulah dia bahawa dari tadi anaknya itu menangis.

"Jom masuk dalam, makan sama-sama. Semua orang tengah tunggu Iris." ujarnya lagi buat kesekian kali.

Seperti tadi Iris hanya diam membisu sambil memandang daddynya. Tanpa banyak kata, Iris berjalan masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Daddynya itu.

Tan Sri Irfan mengeluh berat sambil memandang belakang tubuh anaknya itu.

'Apa yang Daddy patut lakukan supaya Iris dapat maafkan Daddy?'

Apa pandangan anda tentang bab ini? By the way, jangan lupa vote ya!

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now