Tasik yang terbentang luas di hadapan dipandang sepi. Kardigan di badan dipeluk erat ke badan, melindungi dari rasa sejuk. Rambut yang terbuai-buai ditiup angin diselit ke belakang telinga.
Tasik ini, ada memori indah Iris bersama arwah mommynya.
Ketika mommy masih ada, tasik inilah tempat mereka selalu lepak petang-petang. Tasik ini dekat sahaja dengan rumah mereka. Disinilah dia cipta momen indah bersama mommy. Main kejar-kejar. Berkelah. Hanya dia dan mommy...berdua sahaja. Dia ingat lagi waktu itu dia selalu tanya mommy kenapa Daddy selalu jarang ada masa bersamanya seperti dulu.
Kata Mummy...
"Daddy sibuk,"
"Daddy kena pergi kerja jauh,"
"Daddy jumpa kawan,"
Dan bodohnya, dia percayakan kata-kata mommynya itu. Sehinggalah suatu hari dia tahu, rupanya Daddy ada keluarga baru. Pernah dia tanya mommy, kenapa Daddy perlu ada keluarga lain, tidak cukupkah dia dan mommy sahaja? Kata mommy, definisi bahagia setiap orang berbeza. Itu sahaja jawapan mommy dan dia sekadar mendengar sahaja. Ketika itu, dia masih belum mengerti sepenuhnya apa yang berlaku.
Di sini juga tempat kali terakhir dia meluangkan masa bersama Mommy. Sehari sebelum Mommy meninggal dunia, mommy bawanya ke sini. Dan disini juga dia berjanji dengan mommy...yang dia tidak akan bencikan Daddy.
Flashback
"Mommy...kenapa semalam Iris nampak Daddy tampar Mommy?" tanya Iris polos. Semalam dia sudah tidur, tapi terbangun bila dia dengar bunyi yang agak kecoh di tingkat bawah. Bila dia turun ke bawah, dia lihat Mommy dan Daddy sedang bertengkar di ruang tamu. Dan lebih teruk lagi dia lihat Daddy angkat tangan menampar wajah Mommy hingga Mommy tersungkur ke lantai.
Tercengang sekejap Rose Helena mendengar kata-kata Iris. Tidak sangka yang Iris masih ingat peristiwa semalam. Sangkanya bila Iris bangun pagi ini, Iris akan lupa dan menganggapnya sebagai mimpi sahaja.
"Mana ada la sayang Mommy. Daddy tak tampar Mommy. Semalam Iris mimpi je. Ini mesti lupa baca doa tidur kan sebab tu mimpi bukan-bukan." ucap Rose sambil mencuit hidung Iris seraya tersenyum manis.
"Iris mimpi?"
"Ye. Iris mimpi. Semalam Iris mengigau, Mommy yang dodoikan Iris sampai Iris tidur. Tak ingat?" Rambut Iris yang lurus itu diusap perlahan.
Berkerut-kerut dahi Iris. Memang Mommy ada dodoikan dia semalam sampai dia tertidur. Tapi betul ke dia mimpi je?
"Iris tak mimpi. Iris nampak Daddy tampar Mommy semalam."
"Betul...Iris mimpi je. Iris tak percayakan Mommy?"
Diam.
'Mommy tak pernah tipu Iris' desis Iris.
"Hmm...Iris percaya." balas Iris perlahan.
Rose Helena tersenyum nipis melihat Iris. Tiba-tiba matanya bergenang. Iris Mikayla, satu-satunya tanda cinta dia kepada suaminya Irfan. Dia harap bila dia tiada nanti, Irfan akan menjaga Iris dengan baik. Walaupun Irfan tidak mencintainya sepenuh hati, tapi dia tahu yang Irfan menyayangi Iris sepenuh hatinya.
"Iris..." tubuh Iris yang sedang bersila di atas tikar diangkat lalu diletakkan ke atas ribanya lalu dipeluk erat.
"Iris boleh janji dengan Mommy?"
Mendongak Iris memandang Mommynya. "Janji?"
Rose Helena tersenyum manis.
"Ye, janji dengan Mommy, boleh sayang?"
Iris tersenyum lebar. "Boleh!" Jawabnya teruja. Biasanya kalau dia berjanji dengan Mommy, Mommy akan berikan dia hadiah. Selalu dia kalau nakal dan Mommy mintanya berjanji jangan nakal lagi, Mommy kemudiannya akan beli dia aiskrim, coklat, buku mewarna dan teddy bear.
"Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy. Boleh?"
"Iris janji!" jawabnya dengan yakin. Mommy kata kalau berjanji kena yakin. Sebab manusia berpegang pada janji.
"Janji dengan Mommy lagi yang suatu hari nanti Iris akan hidup baik-baik, jadi seorang gadis yang kuat dan sentiasa happy?"
"Iris janji!" Jawab Iris sekali lagi dengan yakin. Siap diangkat tangan lagi tanda berikrar.
"Okey. Pinky promise!"
Lalu...jarinya dan Mommy ditautkan. Rose Helena kemudiannya dengan pantas membawa Iris ke dalam dakapannya. Setitis demi setitis air matanya membasahi pipi.
'Mommy minta maaf Iris, Mommy tak dapat bertahan...'
End Flashback
Itu kali terakhir moment dia bersama mommynya. Keesokkan harinya, mommy telah pergi meninggalkannya untuk selamanya. Hidupnya selepas itu berubah total. Rumah yang dulu dihuni olehnya dan mommy kemudiannya diisi dengan orang lain selepas beberapa bulan sahaja mommy pergi. Puan Sri Hani, Zafran dan Zara berubah menjadi ahli keluarga barunya.
Ketika itu barulah dia mengerti sepenuhnya...
Kenapa,
Mommy selalu menangis seorang diri malam-malam.
Kenapa,
Mommy selalu tertidur di meja yang penuh dengan makanan.
Kenapa,
Mommy tiup lilin kek harijadinya seorang diri.
Kenapa,
Mommy selalu pergi ke hospital sendiri jika sakit.
Dan kenapa,
Daddy tampar Mommy.
Semuanya dia mengerti.
Iris menyandarkan belakang badannya ke pokok besar yang berada di belakang. Kaki yang dari tadi bersila di atas rumput dilipat dan dibawa rapat ke dada. Kedua tangannya pula memeluk erat lutut sementara mukanya pula disembam ke lutut. Air mata laju menuruni pipi mulusnya. Iris melepaskan tangisannya hingga terhinjut-hinjut badannya.
"Mommy, Iris rindukan Mommy sangat-sangat..."
****************************
Dari tadi setiap tingkahlaku Iris diperhatikannya tanpa lepas. Dari awal Iris termenung hingga sekarang Iris yang sedang terhinjut-hinjut menangis.
Melihat Iris sedih begitu. Jiwanya lagi sakit.
Kerana...Iris adalah belahan jiwanya.
Dia tahu setiap kali Iris sedih, pasti Iris datang ke sini kerana disini banyak moment indah Iris bersama arwah mommynya, Aunty Rose.
Melihat Iris yang masih melayan kesedihan, ingin sekali dia pergi dan memujuk Iris. Tapi bimbang dia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Iris perlukan ruang untuk sendiri.
Tambahan pula...
Dia adalah anak kandung kepada wanita yang merampas kebahagiaan arwah Mommy Iris. Sudah tentu kehadirannya sekarang akan merobekkan lagi hati Iris.
'Ah! Dia bencikan kenyataan ini.'
Dengan perlahan, Zafran menuju ke belakang pokok besar yang sedang disandar oleh Iris. Seperti tadi Iris masih lagi menyembamkan wajahnya ke lutut dan terhinjut-hinjut menangis. Tanpa buat sebarang bunyi, Zafran duduk bersila dan menyandarkan belakang badannya di pokok besar yang turut sama disandar oleh Iris ketika itu sambil ditemani bunyi tangisan dan esakan Iris.
Apa komen anda tentang Zafran?
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...