"Seriouslah weh kau buat nenek kau macam tu Iris?" Soal Dean sambil ketawa terbahak-bahak. Sesekali meja kafe ditepuk-tepuk. Orang-orang di kafe memandangnya pelik sahaja.
"Kelakar ke? Yang kau beria gelak sangat kenapa?" Seronok eh kau gelakkan orang. Gelak lah gelak lagi! Sokong kawan kau ni buat benda jahat," sindir Ana sambil pakej jelingan tajam sekali diberikan kepada Dean.
Terus terhenti tawa Dean melihat jelingan tajam Ana itu. "Ala kau ni Ana, serious sangat lah. Aku mana ada sokong Iris buat jahat, aku baik tau." Ujar Dean sambil menjongketkan kedua-dua keningnya ke atas.
Ana menggulingkan mata ke atas. Baiklah sangat. Padahal dia bapak segala setan. Nama dah lawa dah, tuan punya nama pun boleh tahan handsome tapi tu la perangai pula tak semenggah.
Ni lagi sorang kawannya. Iris yang sedang santai minum air dipandangnya. Nama dah cantik dah, orangnya pun boleh tahan lawa, kalau tak, tak adalah bersusun-susun lelaki beratur nak minta nombor telefon, tapi macam Dean la, nama tak sesuai langsung dengan tuan badan. Keras kepala, degil, tak dengar nasihat semuanya bagi dekat dia.
"Iris...aku tahu la kau nak balas dendam dekat nenek kau, tapi takkan la sampai tolak orang tua tu jatuh kot. Kaki dia dahlah lemah, buatnya kau tolak makin teruk kaki dia macam mana? Tak pasal-pasal naik wheelchair pula nenek kau tu." Geleng kepala Ana dengan perangai Iris. Entah macam mana lah kawannya ini boleh jadi kejam begitu. Terkejut dia bila Iris cerita apa yang berlaku di kampung beberapa hari lepas. Lepas sahaja peristiwa itu, Iris terus paksa Zafran hantarnya balik ke Kuala Lumpur. Sepatutnya malam itu ada barbeque di rumah nenek Iris bersama saudara mara yang lain, sudahnya terpaksa dibatalkan begitu sahaja.
"Kau dengar tak aku cakap ni!" Meja ditepuk kuat. Sakit pula hati dia, kemain dia cakap panjang lebar, Iris buat donno je. Santai je minum air tanpa rasa bersalah. Yang si Dean pula tersengih-sengih macam kambing.
"Hmm...dengar." Balas Iris acuh tak acuh.
"Ish! Menyampah aku dengan korang berdua ni!" Bercakap dengan dua orang manusia ni memang menyakitkan hati. Punyalah berjela dia bercakap tapi semuanya bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja.
"Lagipun sampai bila kau nak hidup macam ni? Kau tak kesian ke dekat Daddy kau, mama tiri kau lagi-lagi nenek kau yang dah tua tu. Mereka dah insaf kan Iris. Jangan sampai ikutkan hati, kau menyesal pula suatu hari nanti." Sambung Ana lagi.
"Aku lagi kesian dekat diri aku." jawab Iris.
Ana mengeluh perlahan.
"Iris...kau kira masih beruntung tau sebab kau masih ada Daddy kau. Orang yang paling sayang kau. Ada orang lain dekat luar sana yang lebih teruk nasibnya daripada kau."
"Aku tahu. Dan kau tahu Ana...sebenarnya itulah yang paling teruk. Hakikat yang aku masih ada keluarga, tapi sayang...tak sempurna."
Dean menyiku Ana disebelahnya dengan perlahan. Tanda menyuruh Ana hentikan berbahas tentang topik ini segera. Lagipun hal keluarga terlalu sensitif untuk Iris.
"Kau pernah dengar? Orang kata...cinta pertama anak perempuan ialah ayahnya. Mereka silap. Daddy aku...orang pertama yang tinggalkan luka besar dalam hidup aku." Ujar Iris lagi sambil berpeluk tubuh merenung ke arah pelajar yang sedang sesak membeli makanan di kafe.
Tercengang Ana mendengar kata-kata Iris. Sedar yang dirinya sudah melampau menyentuh hal kehidupan Iris. Patutnya dia perlu sedikit memahami perasaan Iris juga.
Beberapa ketika suasana sepi menyelubungi mereka.
Dean yang dari tadi ralit memicit telefon diperhati oleh Ana. Berkerut kejap dahinya. Entah kenapa semenjak dua menjak ini dia rasa Dean sedikit lain.
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...