BAB 9

3.7K 170 9
                                    

Bagaikan mahu terlompat Zara bila keluar sahaja dia dari bilik air lihat Iris yang sedang elok duduk bersilang kaki atas katil biliknya. Lagi bertambah bulat matanya apabila jambangan bunga yang diterimanya petang tadi yang berada di atas meja kecil berdekatan katilnya sedang dibelek-belek oleh Iris. Tapi nasibnya baik sebab kad yang mengandungi nama pemberi sempat disimpannya.

'Bodoh Zara. Macam mana kau boleh lupa nak sorok bunga tu?'

Lantas, langkah kaki dibawa ke arah Iris. 

"Err...Iris buat-buat apa dalam bilik Zara?" Sedikit tergagap suara Zara.

Iris mendongak memandang Zara yang sedang berdiri di hadapannya. Sorotan mata Iris dibawa ke wajah Zara. Zara mengalihkan matanya ke arah lain bila ditatap oleh Iris. Sorotan mata Iris kemudiannya dibawa ke bawah melihat tangan Zara yang tidak duduk diam, sekejap dibuka, sekejap ditutup, sekejap jari-jarinya dimain-mainkan dan sekejap diramas-ramas. Zara nampak gelisah. Terus tersungging senyuman sinis di bibir Iris. 

'Something fishy.'

Bangun dari duduk, langkah kaki Iris dibawa beberapa meter di hadapan Zara. Jambangan bunga yang terletak elok di atas meja diambil lalu dibelek-belek di hadapan Zara. 

"Aku tak tahu pula kau dah ada boyfriend." Ucap Iris mendatar.

Beku lidah Zara seketika untuk menjawab. Dalam Zara menarik nafas sebelum mulut dibuka. 

"Zara mana ada boyfriend Iris." Jawabnya penuh yakin.

Iris mencebik. "Hmm, I see...habistu siapa yang bagi bunga ni?" Soal Iris sedikit serius.

"Bunga tu...ka-kawan Zara yang bagi. Iris kenal kan Daniel? Bunga ni dia...yang ba-bagi." balas Zara pula. Tersekat-sekat suaranya. Daniel itu rakannya di universiti. Iris pun kenal sebab dia, Daniel dan Iris satu course di universiti. Dalam kelas selain Zuyyin, dia juga rapat dengan Daniel. 

Harapnya Iris percayalah apa yang dikatakannya ini.

Kening Iris terjongket ke atas. Sedikit pelik dengan jawapan Zara. "Oh Daniel yang bagi. Kenapa pula dia bagi kau bunga ni? Kau couple dengan dia ke?"

"Bu...bukan. Bunga ni Daniel bagi sebab dia nak pujuk Zara. Semalam dia janji dengan Zara nak tengok wayang lepastu dia tak datang sebab ada hal. Zara tengok wayang sorang-sorang je. Sebab tu dia bagi Zara bunga ni sebab dia nak pujuk Zara." Hentam sajalah Zara, semoga Iris percaya sudah.

Tiada reaksi yang diberikan oleh Iris. Jujur, alasan yang diberikan oleh Zara tidak logik langsung tapi tidak mengapa dia akan pura-pura percaya sahaja dulu. Ini Iris! Bukan senang nak tipunya bodoh-bodoh begini.

Jambangan bunga kemudiannya diletakkan kembali ke atas meja bersebelahan katil. Secarik senyuman Iris berikan kepada Zara. Seriau pula Zara lihat senyuman Iris itu. Nampak biasa tapi menggerikan. Dari kecil membesar bersama Iris dalam satu rumah cukup buat dia kenal segalanya tentang Iris. Itu memang bukan senyuman biasa.

"Hmm...macam tu rupanya. Tak apa lah. Zara nak couple dengan siapa pun, bukan masalah Iris. Zara janganlah gelisah. Zara buat macam Iris ni jahat tau. Macam Iris ni nak rampas boyfriend Zara pula." Selamba Iris berkata sambil tertawa kecil.

"Iris bukan macam mama Zara tau. Rampas hak orang lain lepastu bolot buat macam hak sendiri. Iris tak jahat macam tu. So Zara jangan risau eh." Bahu Zara kemudiannya ditepuk-tepuk perlahan.

"Hmm...cuma Iris nak nasihat sikit. Nak couple tu hati-hati tau. Bukan apa, Iris risau Zara ikut jejak mama Zara, rampas hak orang lain. Cukup-cukuplah mama Zara perangai teruk macam tu, Zara pun jangan ikut sekali. Nanti orang kata apa, dah maknya begitu, anaknya pun begitulah, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi."

Zara hanya membisu sahaja. Tiada niat hendak membalas kata-kata Iris. Lagipun apa yang dikatakan oleh Iris itu betul. Hidup sebagai anak seorang perampas sudah cukup membuatnya lelah dengan pandangan orang ramai. Oleh itu, kesalahan lampau mamanya tidak akan sesekali dia ulang kembali.

"Iris keluar dulu tau?"

Belakang badan Iris yang melangkah keluar dari biliknya dipandang.

'Jangan risau Zara, kau bukan macam mama'

********************************

Iris yang ingin menuju ke dapur terhenti pergerakannya apabila terdengar perbualan antara Daddy, Zafran dan Puan Sri Hani di ruang tamu. Nama Amalina yang disebut sebagai isi perbualan mereka menarik perhatian Iris. Lantas badannya disorokkan sedikit ke dinding berdekatan rumah tamu yang sedikit terlindung dengan pasu bunga besar untuk mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas.

"Zafran dah tengok jawatan apa yang kosong. Buat masa ni jawatan kerani tengah kosong Daddy. Tak apa ke kalau kita bagi Amalina kerja sebagai kerani je dekat syarikat kita?" Bukan apa dia risau Maksu Ilyana tidak puas hati pula.

"Tak apa. Maksu cakap bagi jawatan apa-apa pun tak apa, Amalina tak kisah, asalkan ada kerja pun dia dah bersyukur."

"Baguslah macam tu. Zaf bukan apa Daddy, risau Maksu tak puas hati pula Amalina dapat jawatan biasa-biasa je. Tapi itu la, jawatan tu je yang tengah kosong sekarang."

'Jadi Amalina akan bekerja di syarikat Daddy? Wah wah wah. Dulu anak tiri diangkut kerja di sana, sekarang cucu angkat neneknya pula mahu diangkut sekali. Daddy memang melampau.'

"Jangan risau. Maksu okey. Ada satu lagi hal, Maksu cakap kalau boleh dia nak Amalina tumpang dekat rumah ni sekejap sementara Amalina dapat cari rumah sewa berdekatan syarikat. Jadi, abang nak tanya Hani, tak apa ke kalau Amalina tumpang tidur rumah ni sekejap? Ye lah, sebab Hani yang banyak uruskan hal rumah jadi abang nak tanya pendapat Hani."

Tangan suaminya ditepuk lembut. "Apa pula tanya Hani macam tu. Hani okey je abang. Lagipun Amalina tu bukan siapa-siapa dengan kita. Anak adik abang juga. Cakap dengan angah, datanglah, nanti Hani sediakan bilik untuk Amalina. Jangan risau." ucap Puan Sri Hani sambil tersenyum manis.

'Nak tumpang rumah pula. Wah. Senang betul. Lagi senang nak menggatal. Bukan dia tidak tahu yang Amalina itu sukakan Zafran. Tak apa, atleast ada juga dia hiburan'. 

Iris tersenyum sinis.

Terus batal niat Iris ingin ke dapur. Badannya dipusing ke belakang lalu langkah kaki dibawa menaiki tangga tingkat atas menuju ke biliknya.


Agak-agak betul tak Zara single?






Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now