BAB 3

4.5K 191 21
                                    

Dari awal naik kereta sampai sekarang Iris hanya membisu. Sepatah kata tidak keluar dari mulutnya. Ada beberapa kali Zafran melakukan percubaan bercakap dengan Iris tapi tiada sebarang jawapan yang diterima. Iris hanya membisu sahaja sambil merenung ke luar tingkap kereta.

Sekarang mereka dalam perjalanan ke kampung nenek Iris di Johor. Tiada majlis apa-apa pun di kampung, cuma saudara mara ajak berkumpul. Daddy, mama dan Zara sudah sampai tengahari tadi di sana. Zafran terpaksa menyelesaikan beberapa urusan di pejabat sebab itu dia bergerak pulang sedikit lambat. Dia ingatkan Iris akan balik kampung bersama Daddy, sehinggalah Daddy call dan beritahunya supaya membawa Iris sekali. Tahulah dia Iris tak sudi naik kereta bersama Daddy dan lebih rela balik bersamanya. Dia ikutkan saja, asalkan Iris mahu balik kampung pun sudah bersyukur. Kesian nenek, dah lama rindu mahu bertemu satu-satunya cucu yang dia ada.

"Iris..."

"Iris ada nak beli apa-apa tak? Beli coklat ke, keropok ke, air ke? Nak? Kalau ada, abang boleh je berhenti singgah dekat mana-mana kedai. Lagipun lambat lagi nak sampai ni," pancing Zafran. Mana tahu Iris tiba-tiba mahu bercakap kalau sebut makanan.

Diam.

"Tak apalah. Kalau Iris nak singgah mana-mana bagitahu abang tau." Melihat kebisuan Iris, Zafran ambil pendekatan untuk follow the flow sahaja. Dia tahu semua ini tak mudah untuk Iris setelah apa yang terjadi dulu. Lagi-lagi sekejap lagi Iris akan bertemu dengan orang yang pernah menjadi salah satu punca arwah Mommy Iris memilih untuk pergi. Jadi, seeloknya dia beri ruang kepada Iris untuk bertenang.


Flashback

"Jadi, bonda tahu yang abang Irfan dengan Hani tu..." tersekat-sekat Rose mahu menyudahkan kata-katanya.

"Ye, bonda tahu." jawab Bonda Irma ringkas.

Mendengar jawapan bonda, tangisan Rose semakin kuat. Tidak sangka bonda turut bersekongkol merahsiakan perkara ini daripadanya.

"Kenapa bonda? Kenapa bonda sanggup buat Rose macam ni?" Esakan Rose semakin kuat. Dada dicengkam bagi mengurangkan rasa sakit yang kian menghimpit dada.

"Aku dah pernah bagitahu kau Rose. Aku terpaksa terima kau sebagai menantu. Hani sesuai untuk Irfan, mereka sama level."

End Flashback


"Kau tahu apa yang perempuan tua tu pernah buat dekat Mommy aku dulu?" soal Iris.

Tersentak Zafran mendengar soalan itu. Dari tadi Iris membisu, sekali bersuara soalan begini yang diberi kepadanya. Jika dia tahu begini, lebih baik dia diam sahaja dari tadi. Bukan apa, dia kalau boleh tidak mahu membahaskan perkara ini. Melihat Iris sedih, jiwanya turut sakit.

"Abang tahu," jawab Zafran ringkas. Tidak mahu mengulas apa yang pernah dilakukan oleh nenek dahulu.

"Aku tak sangka perempuan tua tu masih boleh hidup dengan baik selepas apa yang dia buat dekat Mommy aku dulu."

"Mana Iris tahu nenek hidup dengan baik? Kalau Iris nak tahu, setiap hari nenek menyesal dengan apa yang berlaku dulu. Setiap saat dia rindukan Iris. Iris tahu kan, Iris je satu-satunya cucu kandung nenek."

"Cucu kandung yang pernah dia benci dulu! Kalau mama kau boleh bagi dia cucu, kau rasa dia akan sayang aku lagi ke?!" suara Iris naik seoktaf.

Zafran mengeluh perlahan. Biarkan saja Iris melepas perasaan kepadanya, kalau itu boleh membuatkan Iris sedikit tenang. Sekalipun dia menjadi punching bag Iris, dia rela.

"Iris masih tak boleh maafkan nenek?"

"Kalau dengan maafkan dia boleh hidupkan Mommy aku balik, dengan rela hati aku akan maafkan dia."

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now