Iris melangkah perlahan ke arah meja makan yang diduduki oleh Puan Sri Hani, Zafran Malique dan Zara Medina. Punggung dilabuhkan di kerusi berhadapan Puan Sri Hani dan di tepi Zafran Malique. Semua figura yang berada di meja itu memandangnya tidak berkelip. Mungkin tidak menyangka yang dia akan menyertai mereka pada hari ini kerana dia jarang makan bersama mereka. Hari ini pun bukan dia hamak hendak makan bersama mereka, tujuannya adalah untuk menyakitkan hati mereka sahaja.
Puan Sri Hani bangun dari kerusi dan tersenyum ceria. Dia mula mencedokkan nasi ke pinggan sambil dibantu oleh pembantu rumahnya Cik Liza. "Mama masak makanan kegemaran Iris, ikan keli berlada. Iris makan banyak-banyak tau."
"Aku taknak." Terhenti pergerakan Puan Sri Hani yang sedang mencedok ikan keli berlada untuk diletak ke dalam pinggan Iris. Senyum yang tadi mekar di bibir mula memudar.
"Cik Liza, mana satu makanan yang Cik Liza masak?" soal Iris.
Diam. Cik Liza yang berdiri berdekatan Iris itu mula tidak keruan. Sesekali dia memandang ke arah wajah muram Puan Sri Hani. Dia serba salah untuk menjawab pertanyaan Iris itu.
"Kau pekak ke?! Aku tanya mana satu makanan yang kau masak?!" Suara Iris naik seoktaf apabila dari tadi pertanyaannya tidak dijawab oleh pembantu rumah itu.
"Err...yang ni Cik Iris," jawab Cik Liza sambil menunjuk ke arah beberapa makanan yang dimasaknya.
Setelah ditunjuk oleh Cik Liza, Iris mula mencedok makanan tersebut ke dalam pinggannya dan mula makan tanpa mempedulikan mereka yang berada di meja itu. Tan Sri Irfan mengeluh perlahan dan memandang Puan Sri Hani sambil menepuk tangannya beberapa kali sambil menggeleng. Puan Sri Hani hanya mampu tersenyum hambar. Dari tadi dia bertungkus lumus di dapur memasak ikan keli berlada itu kerana itu adalah makanan kesukaan Iris. Dia tahu Iris tidak pernah terimanya namun dia tidak akan berputus asa. Tapi, entah ke berapa kali lagi dia kecewa. Iris tidak pernah ingin menjamah air tangannya. Matanya mula bergenang dengan air mata. Tiba tiba serasa tangannya digenggam.
"Sabar mama..." ucap Zara sambil memandangnya. Puan Sri Hani mengangguk perlahan.
Beberapa ketika semua orang hanya diam dan mula menjamah makanan masing-masing.
"Iris, Daddy nak tanya sikit, semalam Iris tidur mana?" Soal Tan Sri Irfan memecah suasana sepi di meja makan itu.
Iris yang sedang menyuapkan makanan terhenti pergerakannya. Dia mengangkat wajah dan memandang daddynya. "Rumah kawan. " jawabnya ringkas. Semalam selepas sahaja bertemu sahabatnya Ana di kafe, dia tumpang tidur di rumah Ana. Lagipun kedua ibu bapa Ana tiada di rumah, jadi dia temankan Ana. Petang tadi barulah Iris balik ke rumahnya semula.
"Kawan yang mana? Ana ke? Kenapa Iris tidur rumah kawan?"
Iris yang mendengar soalan daddynya itu mencebik. "Rumah siapa Iris tidur, bukan urusan Daddy nak ambil tahu."
"Iris, Daddy bukan nak kongkong Iris. Daddy cuma risau bila Iris selalu keluar malam-malam dan kadang kadang tak balik rumah langsung. Kalau Iris tidur rumah kawan, lagi-lagi kawan yang Daddy kenal, Daddy okey je cuma kalau Iris pergi tempat lain, Daddy risau, Daddy taknak jadi apa-apa dekat Iris,"
" Iris dah besar, Iris tahu apa yang Iris buat. Jangan risau, Iris tak balik rumah pun, Iris tak pergi mana-mana, just pergi tidur rumah kawan. Bukan pergi tidur rumah jantan macam perempuan tak ada maruah."
Deg
Terhenti pergerakan Puan Sri Hani dan Tan Sri Irfan. Tahu yang Iris sedang menyindir mereka. Membangkitkan apa yang pernah dilakukan mereka dahulu. Tan Sri Irfan memejam mata rapat dan mengeluh lemah.
"Iris..."
"Tak payah sibuk nak tentukan hidup Iris, daripada sibuk pasal hidup Iris, tu! Iris rasa better Daddy jaga si Zara tu, bukan apa Iris risau dia jadi macam mama dia je. Orang kata apa, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Takut dia ikut perangai sundal mama dia dulu pula." tambah Iris lagi sambil tersenyum sinis kearah Puan Sri Hani dan Zara.
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...