WCI | PROLOG

173 10 1
                                    

"Hanya akad yang berjalan, bukan tanggungjawab. Hanya sosok yang mampu dilihat rapi namun tidak mampu mendengar suaranya. Untuk apa mencintai kalau tidak dicintai. Sekarang, terserah kamu mahu melakukan apapun yang kamu ingin lakukan. Aku bebaskan kamu dari dakapanku mulai sekarang."

...

Tujuan perkahwinan itu benar. Tapi bukan untuk dua orang yang tidak mencintai antara satu sama lain. Siapa cakap? Perasaan akan hadir apabila kita sering bersama. Apabila sudah selesa, dengan yakin perasaan itu dengan sendiri akan datang. Walau apapun, ini bukan tentang siapa yang disatukan dan bagaimana itu terjadi. Tetapi ini tentang dua hati yang bersatu tanpa perasaan. Tanpa rasa.

Sekarang, hanya kuburnya sahaja yang mampu dilihat. Benar apa yang orang cakap, bila sudah tiada baru kita akan tahu apa itu erti menghargai. Air mata itu dari tadi lagi keluar. Tidak berhenti. Air mata jantan yang kini tumpah membasahi pipi.

Hanya pusaranya yang mampu dia pegang bukan orangnya. Namun rasa itu sangat mendalam. Rasa cinta yang entah kenapa tiba-tiba muncul dalam diri. Sedangkan selama ini, dia tidak pernah menghargai pun.

"Saya rindukan awal Af. Terima kasih sebab dah berikan sinar dalam hidup saya selama ini." Kata-kata Adwa mampu menumpahkan air mata Encik Khalid dan Puan Azizah yang turut serta berada di situ.

Tanpa mereka sangka, akhirnya Wafa kembali kepada penciptanya. Berasal dari tanah dan dikembalikan ke tanah. Itulah kata-kata yang sesuai untuk situasi sekarang. Tak lupa juga Encik Ghani dan Puan Wahida, selaku ibu bapa kepada Wafa.

Dari jauh, Saira hanya mampu memandang keberadaan Adwa yang duduk di hadapan pusara kakaknya, Wafa Suhaila. Nama itu kini berada dalam kenangan. Ibu bapanya yang sudah menitiskan air mata. Dan juga raut wajah Encik Khalid dan Puan Azizah yang seakan turut berduka cita akan keadaan tersebut.

Namun dia? Dia hanya mampu melihat dari jauh pusara kakaknya sendiri kerana takut untuk berdepan dengan semua yang berada di situ. Takut untuk menunjukkan mukanya di situ. Semua yang terjadi salahnya.

"Sai sayang kakak. Semoga kakak tenang dekat dunia baru kakak. Maafkan Sai sebab dah rampas kebahagiaan kakak." Ucap Saira lalu air mata menitis jua.

Belum sempat berbuat apa-apa, Adwa tanpa sengaja terpandang Saira yang berada di pagar perkuburan tersebut. Saira yang perasan dengan cepat mengelap air matanya. Lalu dia memakai cermin mata hitam dan berlalu pergi. Adwa hanya memandang sepi.

Kini, perasaannya kepada Saira sudah pudar semuanya. Tak ada rasa yang istimewa lagi apabila melihat Saira. Tak ada lagi bait-bait bunga yang dahulunya selalu mekar apabila melihat perempuan tersebut.

Sekarang, semuanya pudar. Dengan serta merta. Tanpa dia sangka, perempuan yang sebenarnya berada di hatinya ialah Wafa bukanlah Saira.

"Saya cintakan awak, my tulip."

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now