WCI | 8

41 4 0
                                    

KERETA honda itu cantik terparking di hadapan pusat pengajian tersebut. Dari jauh, kelibat lelaki itu Wafa nampak dan sudah boleh dia duga siapakah gerangan tersebut. Semestinya sepupunya yang seorang itu. Buat apa dia di sini dan mengapa?

"Assalamualaikum." Wafa sapa Raiyan dengan salam sebaik sahaja dia menghampiri lelaki yang bergelar sepupu itu.

"Waalaikumussalam." Balas Raiyan lalu betulkan kedudukannya yang tadi menahan diri di atas kereta.

"Ada apa awak datang sini Yan?" sambil tersenyum, Wafa bertanya kepada Raiyan yang segak berpakaian kemeja dan seluar slack.

Kemeja tersebut pula dimasukkan ke dalam seluar. Gaya ala-ala orang kerja pejabat begitu. Biasalah, dah berumah tangga ni dia selalu siapkan pakaian Adwa dan melihat bagaimana pemakaian Adwa sebagai seorang pengurus syarikat.

"Berkebetulan lalu dekat sini, aku pun singgah la kejap. Lagipun dah lama tak jumpa kau kan." Raiyan pandang Wafa dan selamba menjawab pertanyaan wanita tersebut.

Wafa pun membalas dengan senyuman.

Memang agak lama la dia tidak bersua muka dengan Raiyan. Sebelum dia kahwin lagi. Maklumlah, jadual lelaki tu bukan boleh diatur sangat

Kalau dah ada yang ambil cuti, Raiyan memang tak boleh nak cuti la jawapannya. Lagipun jadi juruterbang ni bukan mudah, jadi disebabkan terlalu minat dengan kerjayanya akan dia lakukan hingga selesai.

"Aku ada hadiah untuk kau." Raiyan menuju ke arah bahagian penumpang keretanya.

Selepas itu, dia keluarkan kotak yang agak besar dari penglihatan Wafa. Apa pula la yang dia bawa ni. Kata nak jumpa je, takkan la lama tak jumpa sampai nak beri hadiah bagai pula.

"Apa pula ni?" berkerut-kerut dahi Wafa memikirkan apakah yang berada di dalam kotak tersebut.

"Hadiah perkahwinan kau la. Aku kan tak datang majlis haritu... Jadi biarlah aku berikan kau hadiah saja." Jawab Raiyan lalu kotak tersebut dihulurkan kepada Wafa.

Wafa menyambut baik kotak tersebut.

"Terima kasih sebab susah-susah berikan hadiah ni. Semoga awak dimurahkan rezeki dan diberkati selalu." Semasa kotak yang dihulurkan Raiyan telah berada dalam tangannya, Wafa bersuara.

"Rezeki aku, terselit juga rezeki orang lain. Termasuk rezeki kau dan ahli keluarga terdekat aku yang lain." Raiyan dah mula buka pintu keretanya.

Agaknya lelaki itu sudah mahu ke destinasinya yang seterusnya. Raiyan Rifqi ni adalah salah seorang sepupunya yang boleh dikatakan digilai adik sepupunya yang masih belum matang atau yang mahu meningkat remaja.

Tak dinafikan bahawa dia sendiri juga pernah terpesona dengan kekacakan yang dimiliki lelaki itu. Tapi disebabkan terlalu banyak membaca dan mendalami ilmu agama, dia tak terpengaruh dengan jauh.

Kalau tidak, mungkin dia dah terima lamaran Raiyan beberapa bulan yang lalu sebelum Encik Khalid dan Puan Azizah datang meminangnya. Namun dia bersyukur kerana Raiyan dapat menerima hakikat bahawa mereka tidak dapat bersama.

"Aku balik dulu la. Terima kasih untuk waktu yang dah kau bazirkan demi jumpa aku ni." Raiyan berkata lalu memasukkan badannya ke dalam perut kereta.

"Apa pula membazir, tak ada apa la." Serba salah pula bila Wafa tengok Raiyan ni. Tapi dia memang dah tak simpan apa-apa perasaan pun kepada Raiyan.

Jadi bagaimana untuk dia menerima lelaki itu bukan? Tak mungkin!

Seketika itu, kereta tersebut memecut laju meninggalkan perkarangan pusat pengajian tersebut. Wafa ambil langkah masuk ke dalam rumah. Sambil-sambil itu mahu lihat Puan Azizah juga. Bagaimanalah keadaan wanita tua itu agaknya.


WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now