WCI | 10

44 3 2
                                    

{Papan pintu gerbang PPAH idaman sayer hehe}

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{Papan pintu gerbang PPAH idaman sayer hehe}


JAM SUDAH berganjak pukul 7.30 malam. Adwa baru tiba di rumah milik Encik Khalid dan Puan Azizah. Dia nampak ada banyak selipar di luar dan ada juga kereta milik Encik Gahni. Satu kasut bertumit tinggi dia nampak dan dia yakin itu adalah milik Saira. Dugaan apa ni? 

"Assalamualaikum." Beri salam, Adwa buka pintu rumah tersebut. Wafa yang berada di ruang tamu memandang ke arah pintu rumah. Kemudian, dia pandang Saira. Dapat dilihat wajah Saira tak senang ketika itu.

"Awak dah balik. Petang tadi cakap dah gerak balik." Wafa salam Adwa lalu dia ambil beg kerja Adwa dari tangan lelaki itu. Adwa pandang Wafa, lelaki itu cium dahi Wafa.

Saira yang melihat hanya buat-buat tenang sahaja. Dia menjeling kepada Adwa dan lelaki itu perasan akan jelingan mata Saira kepadanya. Nampak perasaan dengki melanda Saira semasa lelaki itu mencium dahi Wafa.

Adwa kemudiannya berjalan ke arah ruang tamu. Dia bersalaman dengan kedua-dua orang tuanya. Kemudian, bergerak ke arah Encik Ghani dan Puan Wahida. Kemudian dia hanya sedekahkan senyuman untuk Saira di hadapan semua kalangan ibu bapanya.

"Al, naik mandi, solat dulu. Lepastu turun, kita makan sama-sama." Puan Azizah memberi arahan. Adwa hanya mengangguk.

Dia menarik tangan Wafa untuk mengikutinya naik ke tingkat atas. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik, Wafa sangkut beg kerja lelaki itu di belakang pintu setelah pintu bilik ditutup.

"Kenapa kau tak beritahu aku yang Saira datang?" tanya Adwa.

"Saja saya tak nak beritahu awak, takut awak tak nak balik makan pula nanti." Balas Wafa. Dia keluarkan baju dan kain pelikat dari dalam almari untuk Adwa.

"Aku tak boleh tau kalau ada dia. Aku jadi gugup." Adwa nak marah, tapi dia sabar je. Entah kenapa, dia tak boleh nak tengok sangat muka Saira. Lagi-lagi depan Wafa dan ahli keluarga yang lain.

Aura dia tu lain macam.

"Sama je Al. Awak pergi la mandi dulu. Saya tunggu sampai awak siap mandi." Katil itu menjadi tempat penyinggahan Wafa untuk duduk.

"Kau turun dengan aku?" tanya Adwa.

"Ya, pergi mandi." Wafa bangun dan ambil tuala milik Adwa yang tersidai elok di penyidai khas untuk tuala.

Dia tolak Adwa hingga ke bilik air selepas itu.

"Jangan turun dulu. Tunggu aku. Kalau tak aku tak turun." Ewah, main ugut-ugut pula dia. Pandai eh, siapa ajar ni? Rotan kan.

Hampir sepuluh minit juga Adwa mandi dan Wafa luangkan masa dengan melihat media sosial sebentar. Bukan selalu dia buka media sosial ni. Jarang sangat. Lama pula dia rasa Adwa mandi. Lelaki itu buat apa ni? Mandi tu nak kena buat sabun dulu ke baru dapat mandi?

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now