WCI | 6

43 3 0
                                    

HARI demi hari perjalanan hidup mereka diteruskan. Walaupun makin ramai suara-suara yang kedengaran bertanya akan perihal zuriat, Wafa hanya mampu diam sahaja. Apa yang dia harus jawab?

Hari ini, perihal anak itu sekali lagi menusuk ke dalam telinga Wafa. Tapi kali ini berbeza kerana Adwa berada di samping apabila soalan itu ditanya oleh mak saudara Adwa.

"Takkan tak berisi lagi Af?" Puan Rusliza, selaku mak sedara kepada Adwa bertanya semasa Wafa baru sahaja meletakkan dulang air di atas meja.

"Tak ada rezeki lagi mak lang." Jawab Wafa halus.

Kemudian, dia duduk di bawah dan mengisi air ke dalam setiap cawan yang dibawa keluar tadi. Selepas selesai, Wafa labuhkan punggung di sebelah Adwa.

"Jemput la minum." Pelawa Wafa.

"Kalau masih tak ada lagi, seeloknya la pergi buat rawatan. Takut-takut ada masalah dalaman." Tak berinsurans betul mulut Puan Rusliza apabila berkata-kata.

Wafa tarik nafas perlahan. Dia cuba berdamai dengan hati. Macam mana dia nak ada anak sedangkan Adwa begitu? Apa kata Puan Rusliza ganti sahaja tempatnya sebagai isteri kepada Adwa.

"Tak apa la lang. Tak ada rezeki lagi nak buat macam mana." Suara Puan Azizah pula kedengaran.

Adwa yang tadi kaku melihat Wafa di sebelah. Kemudian matanya melirik ke arah Puan Azizah dan Encik Khalid. Seketika itu, dia pun bangun lalu menarik tangan Wafa.

Wafa yang terkejut hanya mampu melangkah mengikuti sahaja jejak langkah Adwa yang entah mahu membawanya ke mana. Adwa pijak tangga untuk naik ke tingkat atas dan Adwa membawa Wafa masuk ke dalam bilik.

"Al, sakit lah." Ujaran Wafa tidak diendahkan oleh Adwa.

Betul-betul sampai di hadapan katil, Adwa lepaskan pergelangan tangan Wafa. Dengan drastik Wafa mengelus pergelangan tangannya yang sakit tadi.

"Awak nak apa?"

"Kau tak pernah beritahu aku pun yang diorang ada tanya pasal zuriat sebelum ni?" Adwa pandang Wafa.

Suaranya agak nyaring semasa bercakap.

"Saya..."

"Kalau dah susah sangat, kita jujur je lah." Kata-kata Adwa membuatkan Wafa memandang lelaki itu.

"Tak. Saya tak nak ibu sakit jantung lagi. Saya tak nak sakit jantung ibu kembali lagi bila dengarkan hal ni." Sepanjang lebih kurang enam bulan bersama Adwa, bermacam perkara yang dia sudah lalui.

Ada yang diketahui Adwa dan ada juga yang tidak diketahui Adwa.

"Sejak bila ibu ada sakit jantung?" tak semena-menanya, tangan Adwa naik bertindak mencekik leher Wafa.

"Al, sakitlah." Badan Wafa yang sudah menyandar pada dinding itu membuatkan dia semakin tidak mampu untuk bernafas.

"Tak cukup awak seksa perasaan saya, awak nak dera saya pula ke?" jeda, dalam kesusahan Wafa bercakap.

Tiada reaksi serba salah yang Wafa lihat pada wajah Adwa. Rahang Adwa bergerak-gerak menandakan dia masih dalam fasa kemarahan.

"Saya boleh laporkan awak dekat polis atas sebab keganasan rumah tangga dan hal ni akan dibincangkan di mahkamah di bawah akta 521 Hafiz Al-Adwa bin Khalid." Habis sahaja Wafa bercakap, Adwa terus melepaskan leher Wafa.

Wafa batuk sambil memegang lehernya. Mata Wafa naik memandang wajah Adwa. Lelaki itu menyisingkan lengan bajunya. Kemudian, berjalan ke arah sofa dan buka buku kegemarannya lalu dilihat.

Wafa tahu yang Adwa lihat bukanlah sebarang huruf dalam buku tersebut, namun gambar Saira yang masih tersimpan kemas di dalam buku itu. Kalau ikut kan hati dia, mahu sahaja dia ambil dan buang gambar tersebut.

"Saya keluar dulu."

"Baikilah diri kau dulu sebelum keluar." Pesan Adwa yang nampak akan tudung Wafa yang sedikit serabai itu.

Selesai baiki, terus Wafa keluar dari bilik tersebut. 


"DAH la Af. Aku rasa lebih baik kau minta cerai je lah dengan dia Af." Rasha dah makan hati sangat dengan perangai Adwa ni. Dari zaman berada di pusat pengajian Al-Hikmah, Adwa memang sejenis yang begitu.

Memang itu hak dia. Dia lelaki dan berhak untuk buat keputusan. Tapi, jika dia mampu buat Wafa begitu tak mungkin tidak untuk Saira.

Ya, mungkin juga. Sebab Saira adalah perempuan yang dia cintai. Tapi dia tak sepatutnya buat Wafa begini. Dia ingat dia suami, dia berhak untuk sakitkan Wafa ke? Adakah perkahwinan dijadikan untuk menyakitkan hati pasangan?

"Kau gila ke Ras? Berdosa seorang isteri minta cerai dengan suaminya, Ras." Wafa dengan riak wajah yang terkejut menjawab kata-kata daripada Rasha, kawan baiknya.

"Ya aku tahu Af. Tapi dia tak menjaminkan hidup kau Af. Dia tak layan kau seperti berhaknya kau dapat layan dari dia sebagai seorang isteri. Kau tak berhak dapat layanan tu Af." Tegas perempuan yang bekerjaya sebagai seorang pensyarah itu berkata.

"Ya aku tahu Ras. Aku akan cuba ubah dia." Wafa tak mahu mengalah.

"Sampai bila? Sampai kau dah menyesal dengan perkahwinan ni?" tebak Rasha dengan nada yang sangat geram.

Kalau ikutkan hati dia, memang dia nak sahaja laporkan hal ini kepada Encik Ghani dan Puan Wahida.

"Tak. Aku tak akan menyesal dengan perkahwinan ni Ras." Nampak riak wajah Rasha yang terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Wafa.

"Suka hati kau la Af. Aku cakap, bukannya kau nak dengar pun. Aku beritahu untuk kau. Bukan untuk aku." Makin nak marah Rasha rasa.

"Ini untuk kebahagiaan kau juga. Aku nak kau hidup bahagia. Kalau apa-apa jadi nanti, macam mana dengan abi dan umi?" tiba-tiba Wafa kaku dengan soalan Rasha.

"Mereka masih ada Saira, Ras." Wafa dah muak nak bercakap.

Wajah Rasha tiba-tiba jadi sayu.

"Tak Af. Bukan Sai seorang yang mereka perlukan. Kenapa kau wujud kalau mereka hanya perlukan Saira?" hati Rasha pula tersebak, sayu.

"Aku faham apa yang kau cuba sampaikan dekat aku Ras." Wafa pandang wajah rakan baiknya, Rasha Irdina.

"Tapi aku cintakan dia Ras. Macam mana aku nak cakap tentang perasaan ni Ras. Dia suami aku yang sah. Walau apapun jadi, aku akan pertahankan rumah tangga aku Ras. Itu janji aku kepada diri sendiri setelah aku tahu kebenarannya." Wafa tunduk sayu.

Wafa menangis.

Rasha yang melihat terus mendekat dan memeluk Wafa dengan erat. Dia tak nak rakannya menjadi mangsa. Apabila dia dengar yang ADwa mencekik Wafa, tak mungkin lelaki itu tidak mampu lakukan benda lain kepada Wafa.

"Kau jangan la risau Af. Aku akan sentiasa sokong kau dari belakang." Rasha beri kata-kata semangat buat Wafa. Dia tahu rakannya itu bergelombang dengan pelbagai rasa sekarang ini.

Tapi dia yakin yang Wafa adalah seorang perempuan yang sangat kuat. Wafa Suhaila, itu adalah kunci kekuatan dia. Nama menjadi peranan untuk dirinya. Kesetiaan yang berada dalam diri dia membuatkan dia terima sahaja apa adanya Adwa.

Walaupun lelaki itu melayannya tak ubah seperti musuh, namun dia tidak pernah tangguhkan tugasnya sebagai seorang isteri kepada Adwa. Kadangkala lelaki itu agak menyakitkan hati, tapi dia tahan sahaja.

Dia harus sabar.

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now