WCI | 7

50 4 0
                                    

"BILA abang nak ceraikan kak Af?" pertanyaan Saira membuatkan Adwa terkelu lidah. Tak tahu nak jawab apa akan pertanyaan Saira itu. Bila difikirkan semula, Wafa adalah seorang isteri yang sangat baik. Tak mungkin dia akan lepaskan Wafa tanpa sebarang sebab.

Perempuan itu tak pernah pula minta cerai walaupun tahu yang dia ada hubungan dengan Saira. Tapi bila dia lepaskan Wafa, apa pula perasaan ibu dan ayah? Puan Azizah dan Encik Khalid.

Mampukah Puan Wahida dan Encik Ghani terimanya sebagai menantu buat kali kedua? Dia tak rasa apa yang dia lakukan sekarang betul. Tapi dia memang cintakan Saira dan tak pernah cintakan Wafa.

"Tak ada sebab yang munasabah untuk abang ceraikan kak Af sekarang, Sai." Dia tak sangka yang Saira sangat agresif akan perhubungan mereka setelah Adwa sudah berumah tangga.

"Dia masih tak tahu yang kita ada hubungan?" soalan Saira sekali lagi membuatkan Adwa tersentak. Perempuan itu dah bangun lalu berjalan ke arah meja kerja Adwa.

"Sai yang beritahu abang supaya tak beritahu Wafa tentang hubungan kita kan?" Adwa naik pening, apa yang cuba Saira sampaikan kepadanya sebenarnya ni?

"Sai rasa kita dah boleh beritahu dia. Sai nak kebahagiaan Sai. Kak Af dah rampas kebahagiaan tu daripada Sai." Tutur bicara Saira membuatkan dia semakin serabut.

"Bukan itu masalah abang. Abang tak kisah bila orang nak cakap abang macam-macam tapi tak untuk ibu dan ayah. Bila orang tahu abang ada hubungan dengan adik ipar abang sendiri, akan ada yang pandang serong dekat ibu dan ayah nanti." Jeda, Adwa pandang wajah Saira yang sudah menaikkan sebelah keningnya.

"Abang tak nak itu terjadi. Air muka dan maruah ibu dan ayah sangat penting untuk abang." Adwa dalam kegelapan dunia sekarang ini. Dia tak pasti sama ada jalan mana yang harus dia pilih.

Antara Wafa yang sememangnya isteri sah dan Saira kekasih gelapnya yang merangkap adik ipar kepadanya.

"Habistu? Sampai bila Sai nak kena berada dalam keadaan yang macam ni?" Saira mula bangun dari duduknya dan suaranya dilantangkan sedikit.

"Sai ada perasaan juga." Sambung Saira.

"Habistu Wafa? Dia apa? Robot ke?"

"Abang dah pandai nak sebelahkan kak Af?" Adwa tak tahu apa yang dia sedang lakukan ini.

"Dia isteri abang dan dia baik terhadap abang. Sai tak rasa ke apa yang abang akan lakukan nanti bakal menyakitkan hati dia?" Adwa bersuara kuat.

Siapa pun nak dengar suka hati mereka lah. Untuk sekarang, memang dia tengah serabut. Lagi-lagi bila dipanaskan dengan Saira di situ pula.

"Habis tu, sakit hati Sai macam mana? Siapa nak tanggung? Dari mula-mula abang buat keputusan untuk jadikan kak Af isteri abang, Sai sabar je bang. Sai anggap mungkin kita tak ada jodoh. Tapi bila sekarang ni, Sai lebih fikirkan tentang perasaan Sai sendiri." Adwa dah gosok-gosok rambut dia.

Serabut!

"Apa pasal dengan Sai ni? Kenapa tiba-tiba Sai jadi macam ni!"

"Kenapa abang tanya Sai! Abang sepatutnya tanya diri abang kenapa Sai jadi macam ni. Abang ingat Sai perempuan simpanan abang ke? Sai buat keputusan untuk kahwin dengan kak Af ada fikir perasaan Sai tak? Tak kan!" muka Saira sangat merah ketika dia mengeluarkan kata-kata tersebut.

Kaki yang mengenakan kasut bertumit 6 cm itu kini berjalan meninggalkan ruang bilik kerja Adwa. Seketika kemudian, hembusan nafas Adwa sahaja yang memenuhi ruang bilik itu.


WAKTU ini sepatutnya Puan Azizah yang mengajar di kelas Al-isra' tetapi Puan Azizah ditimpa sakit kepala pula. Jadi Wafa suruh Puan Azizah tinggal di rumah sahaja. Tak usah la wanita berusia lima puluh lapan tahun itu datang mengajar. Dia bakal mengambil alih kerjanya.

Lagi pula Wafa tengah lapang. Tak ada apa-apa yang dia harus lakukan.

"Assalamualaikum ustazah." Selain daripada panggilan Puan yang dikenakan di pejabat guamannya, dia juga mempunyai panggilan ustazah daripada anak murid di situ.

"Waalaikumussalam." Begitulah adab di pusat pengajian Al-Hikmah.

Walaupun guru berada di dalam kelas, jika guru tersebut berada berdekatan dengan pintu maka murid yang melalui jalan tersebut harus memberi hormat. Bukan sahaja itu, kelas antara murid perempuan dan lelaki mereka adalah dalam satu kelas yang sama.

Jika tiada waktu pembelajaran, masing-masing boleh keluar dari kelas dan belajar di mana-mana pondok dan meja batu yang sudah tersedia di sekitar pusat pengajian. Tak dilupakan, kantin juga adalah salah satu tempat utama yang menjadi tarikan para pelajar perempuan untuk melakukan aktiviti pembelajaran mahupun menghafal.

"Ustazah." Salah seorang murid perempuan memanggil Wafa.

"Ya?"

"Kami sebenarnya tak berapa setuju dengan pencampuran jantina antara lelaki dan perempuan begini. Boleh ustazah jelaskan tak kenapa pusat pengajian Al-Hikmah dijadikan begini." Wafa tersenyum lebar.

Soalan itu mengingatkan dia seperti mana dia mula-mula masuk ke pusat pengajian tersebut. Dia juga hairan, pusat pengajian ini adalah pusat pengajian yang ternama. Namun jantina antara lelaki dan perempuan disatukan.

"Ustazah akan jelaskan. Semasa pertama kali ustazah masuk ke pusat pengajian ni, ustazah pun menanyakan soalan yang sama seperti mana Cirah tanya ustazah hari ini." Jeda, Wafa tersenyum dan memandang semua wajah anak muridnya yang berada di hadapannya.

"Ayah adalah seorang lelaki yang tidak bergaul dengan mana-mana perempuan ketika di bangku sekolah dahulu. Sebab sekolah dia adalah khas untuk jantina lelaki sahaja. Tapi bila bertemu dengan ibu, ayah yakin yang lelaki harus mengenali perempuan." Sekali lagi dia jedakan ayatnya.

Kini, Wafa berjalan perlahan-lahan dari hadapan ke belakang. Semua mata tertumpu padanya walaupun dia berada di belakang. Kesungguhan pelajarnya ingin mengetahui akan cerita yang disampaikan olehnya membuatkan Wafa makin bersemangat ingin bercerita.

"Ayah tubuhkan pusat pengajian ini adalah untuk mendidik anak-anak muda macam kamu semua. Apa yang ayah dan ibu harapkan daripada pusat pengajian ini adalah pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sopan santun." Jeda, Wafa berjalan ke hadapan semula.

"Sebab itulah, kerja antara kumpulan amat penting ditugaskan di pusat pengajian ini." Berhenti di situ, Wafa pandang ke arah muka pintu kelas tersebut.

Seseorang berdiri di muka pintu.

"Puan Af, ada seseorang datang nak jumpa." Wafa mengangguk.

"Saya keluar dulu. Kamu semua boleh bersurai." Wafa mengikuti langkah penjaga pusat pengajian tersebut.

Seketika kemudian, murid-murid di dalam kelas mengambil langkah keluar dari kelas. Masing-masing mencari hala tuju mereka. Pada setiap malam, Encik Khalid akan menjadi imam di masjid pusat pengajian tersebut.

Ketika Adwa masih belajar di situ dahulu, sering juga lelaki itu menjadi imam. Tapi sekarang, sebulan sekali pun susah untuk menyuruh Adwa menjadi imam di masjid pusat pengajian keluarganya sendiri.

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now