WCI | 9

36 4 1
                                    

SETENGAH tahun mereka menjalani ujian rumah tangga. Setengah tahu inilah membuatkan Wafa dalam keadaan yang bermacam jenis ragam. Kadangkala dia rasa tidak bersuami. Kadangkala bersuami. Adwa sebenarnya mahukan siapa? Dia ataupun Saira? Mungkin keduanya sekali? Tak mungkin! Jika Adwa betul-betul sayangkan Saira, dia akan minta Adwa untuk lepaskan dia. Kalau dengan perempuan lain mungkin dia masih boleh bertimbang rasa untuk bermadu.

Ini adik dia yang dia diajak bermain sejak kecil lagi. Bukan sahaja itu, dia yang mengajar melihat bertapa indahnya bumi yang diciptakan Allah. Tak tahu nak gambarkan bagaiana. Terlalu banyak memori indah bersama Saira. Seketika itu, kenangan bersama Saira diingat kembali tanpa sedar.

"Since I want to be a doctor, how about you?" soalan Saira membuatkan Wafa tersengih.

"Lawyer, Insha-Allah." Balasan Wafa membuatkan kepala Saira terangguk-angguk.

"Sai harap suatu hari nanti bila kita dah capai cita-cita kita, kita mampu bahagiakan umi dan abi. Sai nak sangat kita sekeluarga pergi buat umrah sama-sama dan hadiahkan umi dan abi dengan gelaran hajah dan haji." Terang Saira. Dengar dia bercakap pun dah tahu yang dia sememangnya mengharapkan hal itu terjadi.

Bertapa terujanya apabila Saira memberitahu sebegitu. Wafa sudah mula berangan-angan yang kaki mereka akan menjejaki tanah suci Mekah itu. Manik mata mereka memandang langit yang berawan. Gerakan awan seakan membawa manik mata mereka ke dalam satu tempat yang boleh dikatakan rahsia.

"Cukup ada keluarga yang lengkap, akak dah bahagia. Tak dapat akak bayangkan kalau kita sekeluarga berpecah." Saira pantas menoleh ke arah Wafa. Raut wajah terkejut mula terpapar pada wajah putih yang dihiasi solekan yang senipis tisu itu.

Wafa masih tenang memandang langit ketika itu.

"Kenapa pula macam tu?" nada suara Saira sangat dalam dan membuatkan Wafa berpaling memandang si adik.

Saira sudah bangun dari baringannya dan duduk ayu di sebelah Wafa. Wafa angkat tubuh dan duduk di sebelah sang adik. Serta merta kedudukan mereka yang tadi berbaring di atas rumput segar itu kini tegak duduk hanya kerana kata-kata Wafa yang membuatkan Saira terkejut.

"Kita mana tahu perancangan Tuhan. Kalau DIA nak buat keluarga kita berbelah bahagi pun, mana kita tahu." Wafa bersuara perlahan dengan perasaan sebak di dada di tahan.

Tapi sekarang, dia sedar yang itu adalah kenyataan dari mulutnya sendiri. Kenapalah, mulutnya lancang berkata begitu dahulu. Kalau tidak, pasti semua ini tak akan terjadi. Dalam banyak cara berbelah bahagi yang DIA ingin turunkan kepada mereka, kenapa dengan cara begini?

Percayalah, tidak mudah untuk menerima ini semua. Namun Waf ayakin yang dia pasti dapat hadapi ini dengan tenang. Dari dulu Wafa berpegang pada satu kata di mana dia berbunyi seperti ini, Tuhan tak akan turunka ujian kepada hambanya yang tidak mampu.

Pada akhirnya, kata-kata dia dahulu seakan memakan diri sendiri. Wajah Saira, si adik tiba-tiba bermain di dalam fikiran. Wajah cantik mulus itu siaa sahaja tidak terpikat. Tak dihairankan kalau Adwa seakan sayang sangat kepada Saira.

"Eh Af, dekat sini rupanya. Puas ibu cari dekat bilik, dekat dapur. Rupanya dekat laman ni." Puan Azizah duduk di sebelah Wafa. Wajah tua itu membuatkan Wafa tersengih-sengih.

"Ada apa ibu cari Af?" tarikan bibir Puan Azizah membuatkan dada Wafa bersenam. Ingatkan anak je buat dada dia bersenam, rupanya emaknya juga sama.

"Umi dengan abi cakap dia nak datang sini malam ni. Makan malam dekat sini. Mari la kita keluar beli bahan masakan dulu." Patutlah Puan Azizah nampak gembira semacam je.

Umi pun tak beritahu dia yang dia nak datang makan malam dekat sini. Puan Azizah ni bahagia la kalau dah umi nak datang sini. Boleh la dia ajak umi berbual-bual. Abi pun apa kurangnya, kalau dah jumpa abah memang abah tu kalau boleh nak tunjukkan setiap inci pusat pengajian ni. Walaupun abi dah tahu dah selok belok pusat pengajian ni.

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now