WCI | 5

44 4 1
                                    

"MACAM mana dengan projek yang Tuan Nazri beritahu hari tu? Berjalan ataupun tidak?" soalan itu diajukan kepada pembantu peribadinya. Langkah kaki Adwa masih berjalan ketika itu.

"Lulus Tuan. Projek boleh mula dalam dua atau tiga minggu mulai sekarang." Balas Yana selaku pembantu peribadi Adwa.

"Okay. Terima kasih." Balas Adwa lalu masuk ke dalam pejabatnya. Sementara Yana masuk ke ruang pejabat yang hanya berada bersebelahan dengan ruang pejabat Adwa.

Sebaik sahaja Adwa masuk ke dalam biliknya, dia melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya. Suis komputer dinyalakan dan dia mencapai telefon pintarnya yang berada di dalam poket seluar.

Dia cuba untuk menghubungi Saira untuk entah ke berapa kali. Dia yakin yang Saira sengaja tidak datang ke rumah orang tuanya kerana takut terserempak dengannya dan juga Wafa, kakaknya. Isteri kepada lelaki itu.

"Aku masih sayangkan kau Saira." Kata-kata itu terbit dari bibir Adwa.

Beberapa minit selepas itu, tiba-tiba pintu pejabat diketuk seseorang.

"Masuk!"

Muka Yana timbul di situ.

"Tuan. Ada seseorang nak jumpa Tuan."

"Bagi dia masuk."

Selepas itu, tumit kasut itu berbunyi memasuki ruang pejabat Adwa sementara Adwa masih menantikan kehadiran itu.

"Sai?"

"Ya. Saya nak jumpa awak." Adwa bertindak bangun dari kerusi itu.

Dia mempelawa Saira untuk duduk di atas sofa yang berada di sebelah pintu masuk pejabatnya.

"Ada apa Sai nak jumpa abang?" tanya Adwa.

Hairan. Perempuan itu langsung tidak menjawab panggilannya dan membalas mesejnya. Hari ini, tiba-tiba sahaja perempuan itu muncul di hadapannya.

Dapat melihat gadis itu sahaja dia sudah gembira.

"Sai nak baiki hubungan kita."

"Hah?"

"Sai masih sayangkan abang. Walaupun abang suami kepada kak Af, Sai tak mampu nak lupakan abang." Kata-kata itu jujur keluar dari mulut Saira.

Adwa terkedu.

"Macam mana dengan kak Af?" Adwa menyoal Saira.

"Abang boleh ceraikan dia kan? Demi Sai?" rayuan Saira membuatkan Adwa tersentak.

Kalau dia ceraikan Wafa, tak mustahil Puan Azizah akan mengamuk. Apatah lagi Encik Khalid, ayahnya.

"Abang boleh teruskan Sai. Tapi bukan dalam masa terdekat untuk abang ceraikan kak Af." Tutur Adwa.

Saira tersenyum. Asalkan hubungannya dengan Adwa masih terjalin, dia sanggup. Dia tak nak sesiapa hancurkan kehidupannya lagi.


"DAH makan ke?" sebaik sahaja Adwa masuk ke dalam bilik tersebut, suara Wafa sudah menyapanya. Adwa berjalan menuju ke arah almari pakaiannya. Soalan Wafa dibiarkan tanpa jawapan.

"Dah makan ke belum Al?" Wafa tanya sekali lagi. Dia melipat kain sejadah yang baru sahaja dia gunakan.

"Dah." Tipu Adwa. Tiba-tiba perutnya berkeriuk berbunyi tanda lapar. Wafa geleng kepalanya.

"Kalau lapar, cakap. Saya turun panaskan lauk makan malam tadi kejap. Awak pergi la solat dulu." Ujar Wafa. Dia lipat set kain sembahyangnya pula selepas itu.

"Terima kasih." Tanpa reaksi, Adwa mengucapkan terima kasih kepada Wafa. Wafa hanya mengangguk dan menjawabnya dalam hati sahaja.

"Ibu dengan abah ada ke?" sebaik sahaja Wafa menyarungkan kain tudungnya, Adwa bertanya sambil dia duduk di atas sofa.

Tenangkan diri dulu.

"Mereka pergi masjid. Saya tak ikut, tunggu awal balik." Balas Wafa.

Adwa mengangguk faham.

"Lain kali kau tak perlu la nak tunggu aku bagai."

Wafa tak mengendahkannya. Dia terus sahaja keluar dari bilik tersebut. Mahu turun dan panaskan nasi serta lauk yang telah dimasaknya tadi dan dimakan dengan Encik Khalid dan Puan Azizah tadi.


"KAU ni, dia dah jadi hak orang dah pun. Kenapa la kau masih nak harapkan dia? Banyak lagi perempuan yang jauh lebih baik daripada dia." Masih lekat di kepalanya akan kata-kata mama nya sebaik sahaja mereka pulang dari rumah agam Encik Ghani dan Puan Wahida tempoh hari.

"Raiyan Rifqi, kau kena move on! Wafa dah jadi isteri orang Raiyan. Kau jangan jadi pemusnah rumah tangga orang Raiyan. Jangan." Raiyan duduk dengan kekesalan di atas kerusi meja yang berada di dalam bilik tersebut. Badannya disandarkan pada kerusi tersebut.

Raiyan Rifqi adalah sepupu kepada Wafa. Anak bongsu daripada hasil perkahwinan pak lang dan mak lang nya. Raiyan berkerjaya sebagai seorang juruterbang. Kerap kali dia ke luar negeri mahupun luar negara atas urusan kerjanya itu.

"Kenapa aku terikat dengan kau Af. Aku harap aku dapat move on daripada kau Wafa Suhaila." Tutur bicara Raiyan membuatkan dia sendiri mengeluh.


SEBAIK sahaja habis kerja, Saira terus pulang ke rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah, dia singgah untuk duduk di atas sofa di ruang tamu itu. Beg tangannya diletakkan di tepi. Seketika selepas itu, Puan Wahida datang menghampiri si anak bongsu.

"Aih. Letih sangat ke ni?" soal Puan Wahida.

Saira betulkan kedudukannya sedikit. Melihat wajah uminya, dia teringat dengan kata-katanya kepada Adwa petang tadi. Apakah patut? Tapi dia cuma mahu mencari kebahagiaannya.

"Ya umi. Banyak sangat benda nak kena buat tadi. Pesakit ramai sangat." Balas Saira, menipu.

Dia sebenarnya keluar bersama-sama dengan Adwa. Jadikan rutin harian mereka yang selalu kembali. Hari-hari sebelum dia mengetahui bahawa Wafa akan dikahwinkan dengan Adwa.

"Patut la. Umi tunggu awak petang tadi. Ingatkan balik petang." Puan Wahida capai bekas yang berisi popia nestum yang baru sahaja dia beli daripada sebuah kedai tadi bersama-sama dengan Puan Azizah.

"Kak Af macam mana? Sihat?" tanya Saira. Semalam, semasa Wafa pulang ke sini dia tak ada.

"Sihat, alhamdulillah. Umi pun nampak dia bahagia je dengan Al." Jawab Puan Wahida.

Bekas yang berisi popia nestum itu dihulurkan kepada Saira juga. Saira ambil je. Dia tak berkira bab makan ni. Makan je. Wajah Saira nampak lain daripada tadi.

Sentuh sahaja bab bahagia itu, Saira macam nak sahaja pergi cekik Wafa.

"Baguslah kalau macam tu. Sai naik atas dulu ya umi. Nak mandi, solat." Jawab Saira sambil bekas popia tadi dihulurkan kembali kepada Puan Wahida.

Puan Wahida mengangguk. Faham apabila anaknya letih kerana seharian bekerja. Tapi hakikatnya, dia tak tahu anak bongsunya itu sedang menipu.

Saira memang tak tahan emosi. Kalau dia tahu begini jawapan uminya, mungkin dia tak akan bertanya perihal Wafa kepada uminya tadi.

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now