WCI | 15

40 3 0
                                    

KELAM kabut Adwa pagi itu kerana sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Wafa, perempuan itu sudah tiada di bilik tersebut. Segenap hospital Adwa cari Wafa. Terus sahaja dia telefon Encik Ghani dan Puan Wahida selepas itu.

"Sai!" Saira yang sedang berbual dengan jururawat tentang pesakit yang harus dia obati itu terus berpaling memandang Adwa. Lelaki itu berjalan laju ke arahnya.

"Awak pergi dulu." Ujar Saira. Dia berjalan mendekat sedikit dengan Adwa dan langkah kaki lelaki itu terhenti.

Wajah Adwa bengis. Macam marah.

"Ada apa?" tanya Saira. 

Mata Saira pandang wajah Adwa yang berpeluh.

"Af mana? Mana kau letak Af?" tanya Adwa dengan reaksi yang bengang. Mana tak sakit hati kalau dia datang sahaja Wafa sudah hilang dan bilik itu sudah dipenghuni oleh pesakit lain.

Suara masih perlahan kerana dekat situ masih ramai orang dan dia tidak mahu orang sekeliling mendengarnya. Apatah lagi dia sedang bercakap dengan doktor. Takut la kalau dia akan malukan muka doktor ini.

"Kenapa tanya Sai?"

"Kau doktor dia kan!" jerkah Adwa.

Saira terkejut. Dia sedikit terkesan dengan jerkahan itu.

"Umi dah tukar la Al. Saya bukan doktor kak Af lagi." Saira berbalik dan berjalan mahu menuju ke kaunter kaunter. 

Adwa ikut langkah Saira.

"Jadi... Mana Af?" tanya Adwa. Langkah kaki mereka masih berjalan.

"Saya tak tahu. Jangan tanya saya. Kenapa awak tanya saya? Saya dah cakap kan yang saya bukan doktor kak Af." Saira terus melangkah. Lari daripada Adwa. Namun lelaki itu tetap mengekorinya.

Sebaik sahaja sampai di kaunter, Saira tekan loceng yang berada di situ. Jururawat yang berada di dalam bilik di belakang kaunter terus keluar apabila menampakkan sosok tubuh Saira di luar.

"Doktor. Selamat pagi." Ucap jururawat tersebut.

"Pagi. Saya nak tanya, bilik 142 pesakit nama Wafa Suhaila Binti Ahmad Ghani ada dipindahkan ke?" tanya Saira.

"Eh... Tak doktor, dia dah discharge petang kelmarin. Dalam jam 7.00 petang macam tu." Dahi Saira berkerut mendengar apa yang jururawat tersebut bicarakan.

Adwa juga sama. Macam mana dia boleh tak tahu ni?

"Dia balik dengan siapa?" soalan itu diajukan oleh Adwa.

"Saya tak pasti la Encik. Dia cakap dah ada yang tunggu dia dekat bawah." Balas jururawat itu lagi.

Saira bingung.

"Siapa doktor dia?"

"Doktor Yaya tak silap saya." Jawab jururawat tersebut.

Sebaik sahaja Saira berbalik mahu ke arah bilik Yaya, Yaya tiba di situ. Niat dia hanya mahu berikan fail kepada jururawat tersebut. Namun dia disekat oleh Saira pula.

"Yaya." Saira panggil perlahan.

"Ya?"

"Mana kakak aku? Macam mana dia boleh discharge macam tu je? Bukan lama lagi ke sepatutnya?" tanya Saiara hairan. 

Yaya adalah doktor yang sepangkat dengannya. Dia dan Yaya berkawan boleh tahan juga. Tapi tak rapat sangat.

"Ya. Dia minta discharge dengan aku. Aku tengok dia dah sihat jadi aku bagi la. Bila aku tanya dia balik dengan siapa dia cakap umi kau datang ambil dia dekat bawah." Yaya terangkan kepada Saira.

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now