WCI | 2

56 6 0
                                    

MENANGIS tak ada guna juga. Dalam pukul 7 pagi Wafa turun ke bawah. Melihat Puan Azizah yang sedang sibuk menyediakan sarapan itu membuatkan Wafa terkesima. Mengapa dia tidak turun dengan lebih awal. Dengan itu, boleh lah dia menolong Puan Azizah.

"Ibu."

"Eh Af. Awalnya bangun." Puan Azizah letakkan seteko air tea ke atas meja.

"Awal? Selalu kalau Af tidur sini, sama je Af bangun macam hari ni. Ibu tak ada cakap apa-apa pun." Hairan. Wafa hanya mampu tersenyum sambil geleng kepala selepas itu.

Puan Azizah juga.

Selalunya kalau hari dia cuti ataupun tiada kes yang hendak diuruskan, ada juga dia tumpang tidur di rumah Puan Azizah. Adwa pula memang tak akan nampak sangat batang hidungnya. Wafa kadangkala sahaja bertembung mata dengannya.

Kalau tidur di rumah Puan Azizah, paginya boleh la dia mengajar di pusat pengajian Al-Hikmah. Selepas sahaja habis mengajar, dia akan keluar berjalan-jalan dengan Puan Azizah. Puan Azizah tak tumpah macam uminya sendiri, Puan Wahida.

"Ada apa-apa yang ibu nak Af tolong? Ibu dah masak? Ke ibu nak Af tolong masakkan?" tanya Wafa.

Puan Azizah hanya mampu tersenyum. Memang tak salah pilihan dia menjadikan Wafa sebagai isteri untuk Adwa. Orangany rajin. Tak cukup dengan itu, cantik pula. Semua cukup. Cukup lengkap.

"Tak ada apa-apa, duduk je." Puan Azizah tolak Wafa sehingga ke kerusi meja makan tersebut.

"Assalamualaikum." Encik Khalid tiba-tiba muncul.

"Waalaikumussalam." Wafa pandang Encik Khalid.

"Ayah. Selamat pagi." Wafa bangun dari duduk lalu menyalami tangan Encik Khalid.

"Selamat pagi. Ibu masak apa?" tanya Encik Khalid. Kerusinya ditarik lalu dia duduk di kerusi utama meja makan tersebut.

"Tak tahu. Ibu tak bagi Af tolong dia ayah." Wafa macam sedikit hampa. Selalunya, dia menolong sahaja Puan Azizah. Tapi entah kenapa hari ini Puan Azizah tidak beri dia untuk menolong perempuan itu.

"Kamu kan baru kahwin, bagi la ibu layan kamu sebagai menantu dulu. Selalu sebagai seorang kawan rapat je. Sekarang dah bertukar dah." Jawab Puan Azizah bahagia.

Bahagia apabila Wafa menjadi menantunya tapi sebaliknya Wafa yang tidak selesa dengan Adwa disebabkan dia mengetahui bahawa Adwa dan Saira bercinta.

"Selama ni Af tolong je ibu. Tak ada masalah pun." Wafa pandang Puan Azizah yang sedang duduk di hadapannya. Puan Azizah hanya tersenyum. Mengharapkan bahawa Wafa akan mengetahui jawapan untuk soalannya sendiri

"Mana Al?" soalan Encik Khalid membuatkan Wafa diam seketika.

"Masih dekat atas ayah." Jawab Wafa acuh tak acuh.

"Sambung tidur? Dia ingat dia masih bujang ke?" Encik Khalid menyoal selepas itu dia kembali meniup air kopi susu yang berada di dalam cawan.

Masih panas air itu. Hangat. Sesuai untuk dinikmati di pagi hari yang sejuk begini. Wafa hanya diam setelah si bapa berkata begitu. Siapa yang mampu lawan Encik Khalid?

"Nanti Af panggilkan dia sekejap ya ayah."

"Eloklah. Cakap ayah tunggu dia dekat bawah." Wafa mengangguk apabila suara Puan Azizah berbunyi sedemikian lalu dia bangun dan menuju naik ke bilik.

Sampai di bilik, pintu bilik dibuka. Selepas sahaja seluruh tubuh memasuki ke dalam kawasan bilik tersebut, pintu bilik kembali ditutup. Dia pandang Adwa yang masih nyenyak lena di atas sofa.

"Al." Wafa kejut Adwa dengan menggoncangkan sedikit badan lelaki itu.

"Al." Wafa tarik kain selimut pula selepas itu.

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now