WCI | 17

27 2 0
                                    

PUAN Embun berhadapan dengan Adwa dan Saira. Raiyan ada sekali memandangkan Puan Embun tidak tahu malu letak Raiyan di mana kerana adanya Wafa di dalam rumah tersebut. Walaupun Raiyan dan Wafa adalah sepupu rapat sejak kecil lagi, dia tak akan sesekali lakukan hal yang dia sendiri tahu apa hukumnya.

"Setelah apa yang kamu berdua dah buat dekat Wafa, kamu berdua nak minta maaf macam tu je?" soal Puan Embun. Tajam mata itu melirik ke arah Saira. Kemudian pandangan itu tertusuk pula kepada Adwa.

"Bukan macam tu nek..." belum sempat Saira habiskan ayatnya, Adwa sudah menyampuk.

"Al tahu Al banyak salah. Al tak sepatutnya jalinkan hubungan dengan Saira selepas kahwin dengan Wafa. Tapi Al bodoh nek. Al bodoh." Adwa dengan wajah yang agak bersalah menjawab.

Saira diam.

Ini semua salahnya. Manakan adanya monyet kalau tak diberikan pisangnya. Jika dia berjaya melawan hawa nafsunya ketika itu, pasti ini semua tak akan terjadi. Dia tahu Adwa mencintainya namun dia menambahkan lagi bara api tersebut. 

"Ni salah Sai. Sai minta maaf banyak-banyak nenek." Saira minta ampun Puan Embun. Tangan wanita tua itu dia ambil lalu dicium.

Puan Embun diam memandang Saira yang sudah mencium tangannya itu. Wafa memang cucu kesayangannya. Namun, kalau ini benar salah Wafa maka dia akan marahkan Wafa juga. Semua cucunya dia sayang tapi Wafa yang dilebihkan.

"Sai nak minta ampun dengan nenek dan kak Af sebelum Sai bertolak ke  Tokyo." Puan Embun lepaskan tangannya daripada Saira.

"Buat apa kau ke Tokyo?" tanya Puan Embun tegas.

Saira diam. Dia pandang Raiyan.

"Dia dapat sambung belajar sambil bekerja di sana nenek." Balas Raiyan bagi pihak Saira.

Adwa pun turut terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Raiyan sebentar tadi. Puan Embun diam. Dia kemudiannya bangun lalu masuk ke dalam rumah tersebut.



"SAI minta maaf sebab dah rosakkan rumah tangga abang dengan kak Af. Sai tak sepatutnya buat macam  tu. Sai sepatutnya terima je yang jodoh kita tak ada. Tapi Sai bodoh. Sai tak waras bila dalam hubungan." Saira akui kesalahannya.

Sepanjang makan tengah hari tadi, Wafa langsung tak bersuara. Hanya Raiyan yang cuba menceriakan suasana, namun tidak berhasil. Suasana tegang sehingga habis makan. Wafa juga menolak permintaan Saira untuk menolongnya di dapur tadi.

Janggal seketika Saira apabila kakaknya berkelakuan sebegitu sekali dengannya.

"Abang dah maafkan Sai. Abang harap kak Af pun maafkan Sai." Kaki Adwa menguis-nguis batu-batu kecil yang berada di tanah itu.

"Ini pun salah abang. Kalau abang tak buat kerja gila untuk jadikan Sai sebagai kekasih abang di belakang kak Af, mungkin ini semua tak akan terjadi." Balas Adwa. Dia juga mengakui kesalahannya.

Saira pandang wajah Adwa.

"Abang pula macam mana? Kemaafan abang sudah diterima kakak?" soalan Saira membuatkan Adwa tersentak.

Adwa geleng kepalanya perlahan. Saira tersenyum kelat. Adwa mendoakan agar Wafa memaafkan dirinya tapi diri sendiri pun belum dimaafkan. Bertapa baiknya lelaki itu di matanya.

"Kakak sayangkan abang. Sai yakin yang kakak akan maafkan abang." Sayu suara Saira mengucapkan kata-kata itu.

Wafa di sebalik pintu rumah tersebut mendengar sahaja perbualan antara adik dan abang ipar itu. Tiba-tiba dadanya menjadi sebak. Adik kesayangannya akan pindah ke Tokyo dengan memikirkan masalah yang terjadi dengannya.

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now