WCI | 4

49 3 2
                                    

SUDAH hampir sebulan mereka mendirikan rumah tangga dan hampir sebulan juga katil itu menjadi tempat tidur Wafa dan sofa itu menjadi tempat tidur Adwa. Petang itu, Wafa tak ada nak buat apa-apa. Dia masih terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Adwa tengah hari tadi.

Teringat akan kejadian tadi membuatkan Wafa rasa macam nak cekik diri sendiri sahaja. Bukan dia yang minta tapi itu memang idea orang tua mereka. Apa yang boleh dia katakan lagi?

"Dah nak dekat sebulan dah kamu berdua kahwin. Pergi la bulan madu. Luangkan masa berdua, lebih seronok." Sekali lagi hal bulan madu disebut. Namun kali ini daripada Puan Wahida pula bukan Puan Azizah.

Tengahari ini Encik Ghani dan Puan Wahida makan tengahari di rumah Encik Khalid dan Puan Azizah. Ini semua kerana pelawaan daripada Puan Azizah yang katanya sudah lama tidak bersua muka dengan birasnya itu.

Wafa hanya mampu tunaikan sahaja permintaan daripada si ibu. Dia baru sahaja pulang ke rumah Encik Ghani semalam, tanpa Adwa. Hari ini, terpaksalah Adwa pulang makan tengahari di rumah.

"Kan. Mereka masih nampak kekok walaupun dah hampir sebulan berkahwin." Ayat sokongan itu ditutur oleh Puan Azizah yang sememangnya dari hari pertama kahwin lagi mahukan mereka berbulan madu.

Wafa tersenyum. Nasib baik Saira tidak datang. Dia harus bertugas di syif pagi pada hari ini. Selalunya syif pagi akan sehingga petang. Kalau tidak, mahunya membara budak itu mendengar kata-kata daripada Puan Wahida dan Puan Azizah ini.

Adwa mencuit Wafa. Wafa memandang si suami.

"Umi." Puan Wahida pantas menoleh ke arah si anak sulung.

"Tak payah la nak bulan madu bagai. Af dengan Al okay je. Kadangkala kami penat sangat dengan kerja." Ujar Wafa.

Adwa pura-pura menyokong kata-kata Wafa dengan menganggukkan kepalanya. Wafa tarik nafas perlahan. Nampak raut wajah Puan Azizah dan Puan Wahida seakan tersenyum sahaja. Mungkin sudah faham dengan kondisi mereka berdua.

Lepas sahaja selesai makan, Wafa naik ke bilik. Mahu menunaikan solat Zuhur yang masih belum dia kerjakan. Dia terlalu asyik berbual dengan Puan Wahida dan Puan Azizah. Nasib baik Encik Ghani datang menegur. Kalau tidak, ketiga-tiga mereka terlepas waktu Zuhur.

"Af." Sebaik sahaja Wafa keluar dari bilik air, suara itu memanggilnya.

Wafa menoleh ke arah Adwa yang baru sahaja masuk ke dalam ruang bilik tersebut.

"Awak nak apa?" tanya Wafa, malas nak melayan perangai Adwa yang seperti tidak matang.

"Kau sebut lagi pasal bulan madu tu kan dekat umi dengan ibu?" soal Adwa tidak puas hati.

"Awak fikir saya ada masa ke nak buat semua benda tu? Saya pun banyak kerja yang lebih bermanfaat boleh saya lakukan daripada pergi berbulan madu dengan awak." Mulut memang mampu berkata. Tapi hati adalah saksi segalanya.

"Baguslah. Tolong halang dia daripada terjadi." Adwa keluar dari bilik tersebut. Wafa terduduk di atas katil.

Air mata mengalir.

"Sekali pun hati awak bukan milik saya, takkan tak boleh awak nak jaga hati saya walaupun sedikit, Al." Kata-kata kosong apa yang kau baru ucap ni Wafa?

Wafa tersentak apabila satu tepukan hinggap di bahunya. Terkejut dia. Ingat kan siapa la tadi.

"Kau nak apa?" tanya Wafa.

"Aik. Tadi bukan ke kau mesej aku suruh aku datang?" Rasha bertanya kepada Wafa yang senang duduk di bangku di sebuah pondok yang berada dalam kawasan pusat pengajian Al-Hikmah.

Manakala, Puan Azizah dan Puan Wahida sudah keluar. Kata Puan Azizah, datang pun sekali sekala jadi dia nak luangkan waktu dengan birasnya. Encik Ghani pula dibawa Encik Khalid ke bahagian mengaji pelajar-pelajar pusat pengajian tersebut.

"Iya. Aku telefon kau. Aku bosan la duduk dekat sini. Tak ada siapa-siapa." Beritahu Wafa sambil tersenyum.

"Suami kau mana?"

"Keluar. Pergi pejabat."

"Kau dengan dia okay ke tak okay, Af? Aku rasa macam tak okay je. Kau berdua bergaduh ke?" Wafa tarik nafas sedalamnya. Matanya tertutup seketika.

Kemudian mata itu dibuka dan dia melihat Rasha. Tangan kanan Rasha dipegang dengan tangan kanannya. Rasha pelik. Kenapa pula dengan Wafa ni?

"Kenapa ni? Kau ada sesuatu nak luahkan dekat aku ke?" Rasha tak sedap hati. Dia dah gelisah tak tentu arah.

Wafa masih diam.

"Af?"

"Aku dengan Al tak ada apa-apa." Kata-kata Wafa membuatkan Rasha hairan.

"Hah? Maksudnya?"

"Aku ni masih dara Ras."

"Kenapa? Kau takut ke? Atau Al masih tak berani?" senget punya kawan. Ada ke soalan macam tu ditanya.

"Bukan."

Habistu?"

"Dia sendiri yang cakap dekat aku yang dia tak akan sentuh aku. Sebab dia tak cintakan aku." Wafa tertunduk menangis. Sudah lama dia pendam perasaan ini.

Akhirnya dapat juga dia luahkan kepada Rasha. Selepas majlis perkahwinan mereka, Rasha terbang ke Sarawak. Pulang ke rumah keluarga jauhnya. Baru minggu lepas Rasha pulang ke sini semula. Bila dah duduk sana, tak boleh duduk sekejap sahaja. Mesti kena lama-lama.

"Untuk apa korang kahwin kalau tak cinta?" Rasha macam nak membentak tapi dia masih kawal perasaan.

"Dia cintakan Saira, Ras. Dia sendiri yang beritahu yang mereka berhubungan." Teringat kepada Saira, nasib baik perempuan itu tidak datang hari ini.

Rasha bingung. Saira? Bukankah Saira itu adik kepada Wafa?

"Saira Wardani? Adik kau sendiri?" nampak dari raut wajah Rasha yang tersangat terkejut. Wafa hanya mampu mengangguk sahaja.

Pipinya sudah habis dibasahi dengan air mata. Rasha bertindak menenangkan Wafa dengan menggosok belakangnya. Tak ada ucapan yang mampu dia keluarkan. Tapi dia tak sangka. Tak sangka yang Adwa akan berbuat demikian.

Kalau dah tak nak kenapa dia terima keputusan Encik Khalid dan Puan Azizah untuk mengahwini Wafa, rakan baiknya. Sungguh Rasha terkilan dengan sikap Adwa yang tak semengah itu.

Wafa kini berada dalam pelukan Rasha. Perempuan itu masih lagi menitiskan air mata kesedihan. Simpati dia terhadap apa yang dilalui Wafa selama sebulan dia mendirikan rumah tangga bersama Adwa, lelaki yang bukan juga pilihannya dalam hidup.

Wafa cuba untuk mencintai Adwa dengan harapan Adwa juga akan cuba mencintainya. Tapi semuanya musnah apabila pada malam pertama mereka sendiri Adwa sudah mengatakan kebenaran.

"Habistu kenapa dia kahwin dengan kau? Kenapa tak tolak je?" bengang pula Rasha dibuatnya.

"Sebab ibu dan ayah. Ini semua permintaan ibu dah ayat Ras." Wafa pandang Rasha dengan muka yang habis lencun dibasahi air mata.

Perempuan secantik Wafa pun ditinggalkan, apatah lagi dia nanti.

"Sabar la Af. Ni semua dugaan. Allah nak uji kau." Rasha rangkul tubuh Wafa dan menggosok-gosok lengan belah kiri perempuan itu.

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now