WCI | 1

87 6 1
                                    

MAJLIS perkahwinan anak tunggal dan anak sulung dalam keluarga. Kedua-dua mereka belajar di sebuah pusat pengajian agama yang dinamakan sebagai pusat pengajian Al-Hikmah.

Pusat pengajian yang disegani ramai kerana setiap murid yang masuk mesti dikeluarkan dengan baik dan bersifat sopan santun, dek lelaki mahupun perempuan. Di samping itu, pusat pengajian tersebut adalah milik Encik Khalid dan isterinya, Puan Azizah.

Hari ini pada tarikh 19 Mac 2020, anak kepada pemilik pusat pengajian tersebut bersama bekas seorang pelajar dari pusat tersebut kini menjalankan majlis perkahwinan yang sangat gah.

Majlis dihadiri dengan saudara mara, rakan-rakan dan orang sekeliling termasuk juga pelajar dan guru di pusat pengajian itu. Semuanya memenuhi kawasan pusat pengajian yang cantik dihiasi dengan pelbagai hiasan.

"Aku nikahkan engkau dengan putriku Wafa Suhaila Binti Ahmad Ghani dengan mas kahwinnya 1200 ringgit tunai."

Tarik nafas perlahan, barulah suara terkeluar.

"Aku terima nikahnya Wafa Suhaila Binti Ahmad Ghani dengan mas kahwinnya 1200 ringgit tunai."

"Para saksi, sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah." Selepas itu doa dibaca lalu Adwa berpusing ke belakang. Wajah pertama yang dia nampak bukan Wafa, si isteri malah Saira, yang dia tidak pasti sama ada masih bergelar teman wanitanya mahupun tidak.

Perempuan itu cantik berpakaian abaya hijau yang menjadi pakaian pelengkap tema perkahwinan tersebut. Namun bukan Saira yang akan menjadi pasangannya pada hari ini namun Wafa, kakak kepada Saira.

Adwa menuju ke arah Wafa. Cincin disarungkan di jari Wafa. Selepas itu, Wafa bersalaman dengan Adwa lalu Adwa bertindak mencium dahi Wafa. Seketika itu, semua juru kamera sedang memotret gambar mereka berdua.

Saira yang melihat hanya mampu menahan geram dan rasa cemburunya. Tak ada apa yang dia boleh lakukan. Itu sudah menjadi hak kakaknya. Bukan lagi hak nya.

Wafa melakukan hal yang sama sebaik sahaja Adwa melepaskan ciuman tersebut. Semua ahli keluarga baik belah Adwa mahupun Wafa ada di situ bagi merayakan majlis perkahwinannya.

Tidak menunggu lama, malam itu terus diadakan majlis resepsi di dalam dewan di pusat pengajian tersebut yang diberi nama dewan Al-Nabawi.

"Kenapa?" tanya Saira kepada Wafa.

"Saira rasa, boleh ke akak jadi isteri yang baik untuk abang Al?" persoalan yang terbit dari mulut kakaknya hanya mampu memendam rasa yang mendalam untuk Saira.

"Mestilah. Kakak Saira kan seorang yang baik, cantik, lemah lembut dan pandai dalam melakukan apa sahaja." Dalam terpaksa, Saira tenangkan hati Wafa yang berada dalam kegelisahan.

Hatinya yang dari pertama kali mendengar khabar bahawa Adwa dan Wafa akan disatukan tiada siapa yang kisah termasuk Adwa sendiri. Dia rasa seperti tidak pernah muncul di dalam diri lelaki itu. Bahkan, hubungannya dengan Adwa tiada siapa yang tahu. Adwa seperti tidak membantah langsung ketika diberitahu yang dia akan disatukan dengan Wafa.

"Terima kasih Saira."

"Sama-sama." Balas Saira sambil tersenyum kepada Wafa. Senyuman Saira mampu dilihat Wafa dari dalam cermin meja solek yang berada di hadapannya.

"Kenapa kakak yang dijodohkan dengan abang Al? Kenapa bukan Saira?" mata mahu mengeluarkan air mata, mulut berkata lain namun hati yang mengetahui segala kebenarannya. Kata-kata itu juga hanya mampu dia luahkan secara dalam hati sahaja.

Majlis resepsi berjalan dengan sangat meriah. Ramai yang memuji kecantikan Wafa pada malam itu. Baik di mata semua, hakikatnya mereka saling tidak bersapa mahupun Wafa ataupun Adwa sendiri.

WAFATKAN CINTA INI {HIATUS}Where stories live. Discover now