Epilog

16 0 0
                                    

Malam ini dingin. Saya duduk di balkoni sambil memerhatikan pemandangan seluruh koloni. Langit malam ini juga cerah berbanding semalam. Dari jauh, bayang-bayang bangunan tinggi berdiri bagaikan sekumpulan manusia yang sedang berkabung dalam pengebumian.

Saya duduk bersila di atas lantai balkoni lalu meletakkan buku yang saya peluk sejak tadi di atas ribaan saya. Buku ini sepatutnya diberikan kepada Amirul pada hari itu.

Kulit buku bertulisan tangan itu saya usap perlahan. Cahaya bulan menerangi pintalan-pintalan tulisan di atasnya. Saya gagal menahan diri daripada membuka muka surat paling belakang – sekali lagi. Ada sebuat rangkap puisi, dan ia bukan ditulis oleh saya.

Bercakap dengan pena

Mendengar dengan mata

Siapa dia dikata bisu

Setiap hari kudengarkanmu.

Saya senyum. Ia puisi seorang Analyst.


***

TAMAT

Koloni (M)Where stories live. Discover now