1.34

16 2 0
                                    

Herra menarik pergelangan ku masuk ke guest bedroom. Aku cuma mengikut jejaknya.

"I've found his location," Theo, aku sudah lupa tentang itu.

"Good, we'll start our mission tomorrow," kemudian aku meninggalkan Herra keseorangan didalam bilik tidur tetamu. Baru sahaja aku menjejakkan kaki kedalam ruang tamu. Oh no. Not again.

"HAHAHAKHOKKHOKHAHAHA" kelihatan wajah Enzo yang tadi garang sekarang turut tertawa selepas mendengar tawa oink oink Danial. Kesian kau Danial. Orang tak gelak sebab lawak kau, tapi gelak kau lagi lawak. Eh kenapa lain je.

"Boys, coffee or tea?" aku yang sudah berada di dapur bersama Herra menjerit berharap mereka boleh mendengar pertanyaanku.

"Coffee!!!" jerit mereka bertiga yang berada diruang tamu.

"Salah, jawapan dia teh!" Herra mengejek kepada Danial, Rafael dan Enzo. Aku merenung tajam kearah Herra yang cuma tersengih.

"Nah kopinya tuan putera sekalian," aku menyindiri mereka yang sedang bermain PUBG di telefon masing-masing. Sejak bila Rafael main PUBG??

-

Hari ini sudah masuk sebulan Venefico, iaitu gang mafia kami menjalankan misi menjejak Mateo. Tetapi masih tidak berjaya. Kami sudah hampir dengan lokasi telefonnya tetapi apabila kami tiba di lokasi, hanya telefonnya sahaja yang ada. Licik juga budak ni.

"Rafael tak cari kau ke dik? Takkan dia tak suspect kau?" aku menggelengkan lemah kepalaku. Sepanjang sebulan kami beroperasi, Rafael langsung tak mencurigaiku. Bagus lah kalau macam tu. Tapi, cakap pasal Rafael, aku rasa tak sedap hati lah pulak harini. Kenapa eh. .

"Hah okey lah kalau macam tu, kau pergi lah balik office kau, nanti apalah pekerja kau tengah buat," aku tersenyum manis kearah abangku. Lalu mempamitkan diri untuk pergi.

-

Dari tadi aku tidak tenang duduk dikerusi. Aku cuba menenangkan diriku, tapi tak boleh. Aku berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru. Lalu kedengaran ketukan dipintu pejabat ku. Aku yang tidak sedap hati terus menghalakan pisau karambitku kearah pintu.

"Woi, kau dah kenapa?!" jerit Herra dimuka pintu. Aku memasukkan karambit tadi kembali ke dalam sarungnya lalu diletakkan didalam poket seluar ku.

"Kenapa kau datang?" Herra menyerahkan beberapa keping kertas yang tertulis Curriculum Vitae. Huh. Aku lupa pula Herra akan berhenti bekerja denganku kerana dia akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi dia sendiri yang pergi mencari penggantinya.

"Kenap-"

*Brrt brrt*

Telefon ku bergetar dihujung meja. Aku membuka mesej daripada satu lagi nombor yang tidak dikenali.

"Tak kacak pun laki kau ni, kenapa kau kawin dengan dia?"

Oh no. Inikah sebab aku tidak sedap hati. Aku memberi signal tangan untuk menyuruh Herra keluar daripada pejabat ku. Lalu aku menekan keyboard telefon ku.

"Jangan sesekali kau sentuh suami aku" aku membalas mesejnya.

"Hmmm, mari lah jumpa aku kalau nak suami kau selamat. Meet me on the rooftop"

Telefon ku dibiar terbuka diatas meja lalu aku cepat-cepat meninggalkan ruangan pejabatku.

To be continued...

Forever, Ser Mio | ✓Where stories live. Discover now