Hari ini kandunganku sudah masuk 8 bulan, hari ini juga kami mengadakan gender reveal party. Aku dan Rafael mengenakan baju biru bermaksud kami team baby boy. Acara kami diadakan di halaman rumah kami.
Aku dan Rafael bertentangan mata sambil memegang belon hitam yang tertulis 'boy or girl' dan jarum ditangan Rafael, manakala keluarga kami menghitung 1 2 3 dan...
*Boom*
“It's a boy!!!”teriak Danial hingga suaranya berubah lalu memeluk Herra erat.
Rafael mengucup lembut kepala ku sambil mengusap lembut perut ku.
“Jom makan!!!”haishh, Austin ni kacau mood orang lah. Aku dan Rafael berjalan menuju ke meja makan. Kami duduk berhadapan dengan mama dan papa Rafael, iaitu ibu dan bapa mertuaku. Baru sahaja aku mengalihkan gelas ku, terdapat satu kertas dibawahnya.
“you're still far away from the truth, wake up Aurel”
Aku melihat kearah Rafael, dan dia melihat kearah ku dengan wajah bahagia. Kenapa aku selalu disuruh bangun?
“Excuse me,” aku berdiri bergerak menghampir grandmama. Dia tersenyum kearahku.
“Grandmama, apa maksud pesan grandmama masatu,” aku tanpa ragu-ragu bertanya kearahnya.
“One day, you're gonna face the truth Aurel,” dia mengatakan kearah ku. But when? Baru sahaja aku ingin bertanya Rafael datang menghampiri ku.
“Sayang, tak makan ke, perut masih kosong tu, jom,” Rafael menarik ku kembali ke meja makan. Aku melihat kearah grandmama yang sedang berborak bersama Renee, apa yang terjadi sebenarnya.
-
“Boy's names start with A or R eh,”Dari tadi aku tidak dapat tidur kerana mendengar bebelan Rafael. Semangat dia nak fikirkan nama baby boy. Aku pula malas hendak memilih, kerana apa yang aku pilih mesti tidak kena dengan citarasa Rafael, jadi aku biarkan dia pilih sendiri.
“Daripada hubby pilih A atau R, baik cantumkan saja Ar, hah cari lah sendiri,”aku memejamkan mata ku rapat, aku nak tidur.
“Arthur Sanchez,” aku membuka mata ku lalu melihat kearah Rafael yang melihat kearah ceiling. Aku tak tahu kenapa, tapi nama tu buat aku tertarik.
“Cantik, keep it that way, now sleep hubby, dah lewat,” aku memejamkan mataku sekali lagi. Beberapa saat kemudian aku terasa tangan sasa Rafael memeluk pinggangku. Belum lama kemudian aku terdengar dengkuran halusnya. Lah, dia dulu tidur, letih agaknya.
To be continued...
YOU ARE READING
Forever, Ser Mio | ✓
AléatoireSeperti didalam setiap drama percintaan, hadir seorang gadis yang jatuh cinta kepada seorang jejaka yang tidak dapat digapainya. 𝓡𝓪𝓯𝓪𝓮𝓵 𝓢𝓪𝓷𝓬𝓱𝓮𝔃 , jejaka yang sudah menambat hati si gadis yang lemah. Namun si gadis bukanlah penghuni dida...