Epilogue

35 2 0
                                    

Rambut yang dahulunya berwarna coklat gelap, sekarang sudah diluntur menjadi blonde. Aku berjalan dipesisiran pantai, angin mengibar rambut ku yang tidak diikat. Sudah setahun sejak kejadian yang menimpaku. Aku kehilangan Rafael tanpa pengetahuan dan keinginanku, aku juga meninggalkan Venefico. Kau ingat aku nak duduk satu kumpulan dengan Austin. Heh, not a chance. Kali terakhir aku bertemu dengannya adalah ketika aku datang ke Mansion D'perez buat kali yang terakhir. Aku juga kehilangan gelaran 'Mrs Sanchez' akibat Austin.

Selama setahun itu jugalah aku tidak henti-henti menjejaki Rafael. Contohnya sekarang, aku berada di Santander. Sudah 1 bulan aku menetap disini. Sepanjang 1 bulan itu juga, langsung tidak ada tanda-tanda Rafael berada disini. Is he even alive?

*Brrt brrt*

Aku mengeluarkan telefon pintar ku daripada kocek seluar jeans ku. Terpapar nama Herra Diaz di skrin telefonku. Tanpa berfikir panjang aku terus mengangkat panggilan tersebut.

"Yes Mrs Diaz, what do you want?- Wait don't tell me you're pregnant?!" Lupa pula nak bagitahu, Danial dan Herra sudah selamat menjadi pasangan suami isteri sebulan yang lalu, iaitu hari terakhir aku berada di Rome.

"Ms Perez, please comeback to the headquarters immediately after you land to Barcelona tomorrow, IMMEDIATELY," dia menekan perkataan 'immediately' kuat. Aku menjeling manja seolah-olah Herra sedang berdiri dihadapanku.

"Why would I?" sengaja aku ingin membuat dia panas. Sudah sebulan aku menyerahkan ScarletRose, gang mafia ku sendiri kepada Herra dan Danial untuk sementara waktu since aku tidak dapat mengawal dari Santander dan sepanjang sebulan itu juga mereka langsung tidak memerlukan bantuanku. Tetapi kenapa tiba-tiba mereka memerlukanku secepat mungkin?

"Maybe because our rival this time is much stronger than us, and only you can handle the situation. They told us they want to meet you, and they'll come back tomorrow, so please come here as soon as possible Ms Aurelie," terang Herra panjang lebar.

"How strong are they sampai orang-orang terkuat kita pun kalah?" tanya ku. I've hired the best men of all. Macam mana mereka boleh tumpas ditangan musuh yang katanya 'kuat' ni.

"Kau nak tahu sangat kan, jangan terkejut pula because our rival this time bukan kaleng-kaleng. The Venefico is back Aurel. I guess you're going to fight your own family this time," senyuman nakalku hilang serta-merta lalu cepat-cepat aku menutup panggilan telefon tadi dan melangkah keluar dari kawasan pantai, aku mesti balik malam ni jugak, NO MATTER WHAT.

Aku terlalu fokus memikirkan tentang Venefico dan ScarletRose sampai aku tidak sedar aku sudah terlanggar seorang lelaki berbadan sasa tetapi hati ku langsung tidak tergerak untuk meminta maaf kepadanya.

"ralentiza mi corazón, podrías haberte lastimado," ujar lelaki itu lembut. No way. Aku terus menoleh kebelakang memandang kearah jejaka itu. God, I missed him so much. Him? Yes him. Rafael Matteo Sanchez.

To be continued... In the next story 😘

Forever, Ser Mio | ✓Where stories live. Discover now