⎎ STEP INTO THE OBLIVION WITH ME

20 4 0
                                    

[Drip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Drip.]

Bunyi detikan air jatuh daripada kepala paip yang tidak ditutup kemas kedengaran di seluruh bilik apartmen. Anak mata Ice hanya fokus memandang dinding sambil tangannya menarik kedua belah lututnya ke dada, terbaring dalam posisi mengiring.

Beberapa helaian kertas berselerak di sekeliling, kehadirannya datang daripada sebuah buku nota yang sudah pun koyak rabak dikerjakan oleh Ice. Kemungkinan dia menggunakan sebatang gunting yang dibiarkan di atas lantai.

Kuku ibu jarinya digigit. Tidak lama kemudian, Ice menoleh ke arah lengan tangannya. Walaupun semakin pudar, bekas parutnya masih dapat dilihat.

Sejujurnya, hatinya berasa gelisah.

Sebaik sahaja dia pulang daripada balai, Ice mendapati bahawa dia menerima lagi sebuah bungkusan tanpa pengirim. Rasa curiga memenangi dirinya. Memandangkan sesi persekolahan Atlas dan Ava pada hari itu belum tamat, Ice memutuskan untuk membuka bungkusan itu selepaa dia membersihkan diri.

Tanpa amaran, bungkusan itu sekali lagi menyebabkan fikiran Ice menjadi semakin tidak waras. Jika sebelum ini pengirim tanpa nama itu memberikannya minyak wangi yang sering dibeli abangnya, kali ini, pengirim itu menghantar pula sebuah buku yang dipenuhi dengan gambar Gempa semasa dia masih berada di sekolah menengah.

Bukan itu yang membuatkan dia ingin muntah. Gambar abangnya itu diconteng dengan pen berwarna merah, setiap muka surat dipenuhi kata-kata yang kesat adalah penyebab sebenar.

Takut.

Bagaimana jika si dia mula menganggu Atlas dan Ava selepas ini? Mungkin ideanya untuk mengambil mereka sebagai anak angkat adalah bodoh. Ice mengetap bibirnya.

"Apa gunanya kalau aku semakin pulih? Apa gunanya kalau aku semakin gembira?" Dia berbisik sendirian. Semuanya sia-sia jika Ice tidak dapat melindungi orang yang dia sayangi.

[Ding. Ding.]

Pantas Ice duduk bersila dan mencekup helaian kertas yang bersepah di atas lantai serta buku tersebut lalu meletakkannya di atas katil. Selimut dicapai oleh tangannya dan dibentangkan untuk menyembunyi barang-barang tersebut.

Dia melihat wajahnya pada cermin, memastikan tiada kesan lebam mahupun bekas air mata pada pipinya. Tisu diambil lalu menghembuskan sisa hingus yang berada di dalam rongga hidungnya.

"Kejap!" Ice memulas tombol pintu biliknya, berlari ke arah pintu utama dan membukanya.

"Atlas, Ava," panggilnya sambil tersenyum apabila menyedari anak-anaknya sudah pulang daripada sekolah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OPPOSITE | BLAZE AND ICEWhere stories live. Discover now