"BOLEH I tinggal bag kat dalam kereta?" tanya Rose.
"Boleh, letak kat belakang. Bahagian bawah." angguk Isaac. Kereta itu mula masuk ke kawasan drop point berdepan dengan KLCC.
Setelah selesai Rose meletakkan begnya di belakang, wanita itu mula membuka pintu untuk keluar dari perut kereta. Jujur Rose juga tidak tahu mahu ke mana. Memanglah dia lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Tetapi sudah satu tahun lamanya dia tidak menjejakkan kaki ke sini, jadi Rose agak kekok.
Takpelah, dua jam bukan lama sangat pun. Rose menguatkan diri sendiri.
"Rose, wait." Isaac menyeluk poketnya dan mengeluarkan wallet kulit coklat itu. Dia mengeluarkan tiga keping not lima puluh dan dia hulur kepada Rose.
"Duit apa ni bos?" tanya Rose memandang duit yang diberi kepadanya.
"Ambik lah, tengok wayang ke apa ke ikut lah. I'll be here in two or three hours. Enjoy. Dah keluar." Isaac meletakkan duit itu di paha Rose dan menghalau wanita itu keluar.
Rose mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Wanita memegang beg tangannya dan memandang sahaja kereta Camaro itu meninggalkan dirinya seorang.
Isaac terus keluar dari kawasan KLCC menuju ke satu tempat. Setelah menempuh setengah jam perjalanan yang sibuk dan sesak, lelaki itu mula tiba di destinasi.
Lelaki itu memarkingkan kereta dan keluar dari dalam kenderaan, sempat dia menanggalkan kotnya dan dia letak di dalam kereta. Lelaki itu mula menyising lengan baju dan melipatnya, butang baju satu dua dibuka mempamerkan alur di dada bidang itu.
Lelaki itu membetulkan sedikit rambutnya di cermin kereta dan berlalu pergi.
Sambil mengangkat panggilan, Isaac masuk ke dalam bangunan Pavillion.
"Babe, you kat mana? Oh, orite-orite. I dah masuk dalam Pavi dah ni. Japgi I sampai okay? Hehe, I miss you jugak sayang."
Setelah beberapa minit berjalan, Isaac mula menangkap tubuh teman wanitanya yang menunggu di koridor mall. Wanita itu mula memandang dirinya dan menghadiahkan senyuman yang cukup manis.
Sekar Zaskia, wanita berkulit hitam manis namun mempunyai kecantikan yang cukup exotik. Dengan bibir yang tebal, dagu yang runcing.
Tidak ubah seperti Brazt Doll. Wanita itu jelita bergandingan dengan dress biru bermotif bunga. Rambut coklat berkilau wanita itu juga digayakan dengan ropol gulung-gulung. Tidak lupa juga stiletto.
Sama padan dengan lelaki bekerjaya seperti Isaac Lozano.
"Babe! Oh my god I miss youuu!!" Sekar mula memeluk tubuh sasa Isaac, menjerit kecil sambil mengeratkan dakapan nya.
"I miss you more amor!" Isaac tersengih lebar mencium dahi Sekar. Dia juga membalas pelukan wanita itu sampai mengangkat sedikit Sekar dari lantai kemudian dilepaskan semula.
"My papi chulo, you look handsome as always." Sekar menggigit bibir sambil meraup dada bidang Isaac dengan nakal. Kuku di jari Sekar juga cantik diwarnai dengan berbentuk almond.
Isaac ketawa kecil. "Of course,"
"How do I look today?" tanya Sekar, sempat wanita itu berpusing sampai skirt pendeknya beralun sekali.
"Even angels can't compete you baby." puji Isaac.
Sekar tersenyum simpul. Mereka berdua mula berjalan beriringan sambil memegang tangan erat.
Banyak benda yang mereka berdua bualkan, ketawa mesra dan bahagia.
"Nasib baik you sudi keluar dengan I. I ingat you keluar dengan Harry." selar Isaac halus.
YOU ARE READING
BOSS : Isaac Navaro.
RomanceRose Hannan, wanita yang lari dari masa lalu itu menjadi assistant kepada Isaac Lozano selepas pertukaran pemilik hotel yang dia bekerja. Dari seorang housekeeping kepada pembantu peribadi. Bekerja di bawah Isaac Navaro yang liar itu bukan mudah, le...