LAMA Rose termenung melihat Misha, rakan satu bilik nya bersiap-siap untuk masuk shift after, sedangkan dia masih tiada pekerjaan. Sudah hampir seminggu, malahan segala usaha yang dia semai juga masih tidak menimbulkan hasil. Tidak tahulah apa nasib Rose nanti, takkanlah dia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur dan kembali pada takuk yang lama? Eish, tak mahu aku. Aku dah bertaubat!
Kebanyakan yang diberhentikan telah pun 'cabut' dari hotel dan meninggalkan sisa ketidakpuasan hati pada pemilik lama hotel ini. Kecuali ada dua tiga orang yang senasib sepertinya. Terpaksa menanti tanpa hala tuju.
Rose runsing, hari-hari dia bertanya pada dirinya mengapa dia yang perlu dibuang? Bukannya hidup dia berakhir, tetapi dia masih terfikir entah di mana salahnya. Takkanlah dia orang buang aku sebab aku ada surat amaran?
Tapi macam ramai aje yang kerja elok clean pun kena buang, ke dia orang main buang je? Gila lah owner baru ni, kalau kekalkan pekerja lama kan senang? Kami sudah tahu banyak benda.
"Hang tak jumpa lagi ka kerja baru, Rose?" tanya Misha sambil membetulkan awning tudungnya di depan cermin, sempat ditiup-tiup tudung tersebut.
"Tak.. Ada kerja tempat lain, tapi nak cari rumah jauh-jauh kat tempat baru, mana aku ada duit." monyok Rose.
Misha tersenyum sumbing memandang Rose. Simpati dengan rakan sekerjanya. "Tapi, yang aku habaq kat hang pasal masuk sini semula tu hang dah mohon kan? Hang tak mau follow up ka?"
Rose terdiam, memandang Misha. "A'ah kan, aku hampir terlupa. Tapi aku hantar dah resume apa semua, diorang senyap je. Tak tahulah."
Sinar gembira Rose kembali suram.
"Hang follow up lah Rose, hang tanya depa. Kalau senyap gini nanti hang pun tak tau apa, hang rugi. Kalau memang tak dak rezeki nanti memang kena cari tempat lain. Tapi aku ghasa hang dapat ni, sebab hang memang pernah kirja sini. Hang goreng-goreng lah nanti." Misha tersengih-sengih kepada Rose.
Sebenarnya Misha juga terasa hati dengan pemilik yang baru kerana bukan sahaja Rose, tetapi ada juga beberapa rakan kerjanya yang lain dibuang begitu sahaja. Hanya cuma yang paling rapat ialah Rose, jadi tipu lah Misha terlebih sedih dan merungut sejak berita itu dilayarkan.
Siapa nak makan dengan aku? Sental baju pukul dua pagi dengan aku kalau bukan hang Rose? Hmn. Misha bermonolog di dalam hati.
Rose mengangguk kecil. "Doakan aku eh."
"Inshaallah Aaamin.." Misha menadah tangan dan dia sapu pada wajah. Berdoa yang terbaik untuk rakan baiknya.
Rose terus mengambil telefonnya yang dia biar di charge, lalu menyarung tudung dan melangkah keluar dari bilik asrama itu. Dia tidak mahu menghubungi pihak yang penting di dalam bilik, kerana bimbang akan gangguan bunyi yang tidak sepatutnya. Sempat Rose berjalan-jalan sedikit mencari di manakah tempat yang sesuai.
Rose menyapu sedikit debu pasir yang berada di atas lantai kaki lima asrama pekerja itu. Setelah dipastikan bersih, punggungnya dilabuhkan di tempat tadi. Telefon dikeluarkan dan dicarinya contact number yang dia save.
Rose tidak mengendahkan beberapa orang pekerja yang lalu lalang keluar masuk asrama di depannya. Sambil telefon ditekap di telinga, matanya melilau menanti panggilan dijawab dengan penuh debaran.
Beberapa saat kemudian, panggilannya mula diangkat. Ada terukir senyuman gemuruh di wajah Rose.
"Hello, maaf mengganggu, selamat tengah hari. I Rose Hannan Tarmizi, I ada submit resume untuk kekosongan housekeeping sebelum ni. Boleh I dapatkan sebarang follow up? Adakah I akan dipanggil untuk sesi temu duga tu? Andaikata I tak menepati kriteria, boleh beritahu I terus. " tanya Rose dengan ramah. Tangannya dia genggam untuk mengurangkan gelodak jiwa.
ANDA SEDANG MEMBACA
BOSS : Isaac Navaro.
RomantizmRose Hannan, wanita yang lari dari masa lalu itu menjadi assistant kepada Isaac Lozano selepas pertukaran pemilik hotel yang dia bekerja. Dari seorang housekeeping kepada pembantu peribadi. Bekerja di bawah Isaac Navaro yang liar itu bukan mudah, le...
