Bab 9

95 7 0
                                        

"OH, memang dah penuh la ni? Eh takpe, terima kasih tau."

Senyuman pahit Rose jelas sangat nyata di wajah. Termasuk yang ini, sudah sepuluh buah rumah yang dia cari, tetapi masih tidak menemui rumah mahupun bilik kosong.

Wanita itu ada buat simpanan jika hal seperti ini berlaku, dia ada wang tetapi tiada rumah mahupun bilik. Takkanlah dia mahu 'menyewa' bilik di hotel ini pula? Satu bilik sahaja berharga dua ratus lebih, itu pun yang paling murah..

Wanita itu mula baring dan merengek kecil. Dia semakin buntu!

"Kenapa Rose?" tanya Misha memandang sahaja Rose yang bergolek di atas katil, lagak seperti budak kecil pun ada.

"Aku tak jumpa lagi bilik kosoooong. Mati lah aku." Rose mengomel kecewa.

"Kak Leha dah bising ke?" tanya Misha bimbang. Kak Leha ialah warden kepada para penduduk hostel pekerja.

"Takde lah, tapi aku kesian lah sebab dia asyik pendingkan semua ni. Aku risau dia pula yang kena marah."

"Kalau camtu hang tidur lah kat katil aku. Kita boleh share." senyum Misha lebar.

Rose hanya tersenyum kelat melihat rakannya, lalu wanita tadi menggeleng. "Tak boleh macam tu Misha."

Misha monyok sekejap memikirkan masalah Rose. Nampaknya dia sendiri tidak mampu untuk membantu. Bukannya dia tidak membantu Rose dari segi mencari bilik kosong, dia sudah cuba. Tetapi banyak pula masalahnya. Kebanyakan mahu penyewa lelaki sahajalah, orang berkahwinlah, itu lah, ini lah.

Misha seakan mengingati satu perkara. Wanita itu segera menghenyak ganas di atas katil Rose, menepuk paha rakannya dengan agak kuat.

"Adoi, kau ni. Apa benda?" Rose mendebik Misha dengan geram lalu mengusap pahanya sendiri yang kepedihan.

"Bos hang tak gay, tadi aku nampak girlfriend dia. Lawa aih." Misha ketawa terkekeh.

"Ha? Mana kau tahu?" Rose berkerut pelik. Terus lupa masalah bilik sewa itu, biarlah. Kalau berguling sampai pagi esok pun belum tentu bilik sewa tiba-tiba muncul.

Misha mengangguk  teruja. "Aku tengah ngemas bilik tadi, lepas tu nampak bos hang dengan awek dia lalu depan bilik tu. Aku pun intai lah. Dok sweet-sweet.
Padan wei sama cantik sama segak. Mami sukaaa."

"Kan, nampak macam classy couple gitu." angguk Rose setuju. Dia tidak mampu menipu diri, Sekar memang cantik.

Seorang lagi pekerja hotel mula masuk ke dalam bilik Misha dan Rose. Wanita itu memandang ke arah Rose. 

"Rose, Kak Leha nak jumpa kau kejap. Kat Lobi."



ISAAC yang baru sahaja habis kerja keluar dari biliknya. Angka menunjukkan pukul sembilan malam sudah. Lelaki itu mula mengatur langkah keluar dari kawasan pengurusan untuk pulang ke bilik bersama dengan Sekar. Memandangkan Sekar menetap di sini, jadi dia juga 'berminat' untuk menemani teman wanitanya sendiri.

Sedang dia menuju ke satu selekoh. Telinganya menangkap satu perbualan. Kakinya terhenti dan berdiri setempat memasang telinga sambil jari-jemari membuka butang baju sedikit memberi udara untuk masuk. Paneh.

"Tak boleh ke saya minta lagi seminggu dua?" tanya Rose.

Zaleha Mariam menggeleng kepala. "Koi mintok maaf sangat ke aok Rose, memang koi tak boleh dah nak hold. Minggu depan nanti karang memang ada tiga budak nak masuk. Nak tak nak aok kena jugok keluo sebab pasal aok bukan budok housekeeping dah. Aok tak cari rumoh kat luo ke Rose?"

"Kak, koi bukannya tak cari rumoh. Tapi payoh kat sini. Tapi kalau boleh bagi la koi menetap seminggu lagi. Boleh eh? Lepas tu koi pergilah mana-mana pun." ucap Rose meniru loghat Pahang Zaleha.

BOSS : Isaac Navaro.Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang