Bab 3

145 7 9
                                        



ROSE membetulkan sedikit tudungnya, baju kurung itu di kibas-kibas supaya tampil kemas dan teratur. Handsocknya dia sarung, bersama juga dengan stocking di kaki. Dia perlu memastikan yang dia kemas dalam bermacam segi kerana ini ialah hari pertamanya bekerja di dalam hotel yang sama namun posisi yang berbeza.

Wanita yang memakai heels rendah berwarna beige itu mengatur langkah terus ke kaunter receptionist untuk mendapatkan bantuan berkomunikasi dengan orang dalam. Masih ada seorang staff lama yang bekerja di situ bersama dengan seorang lagi staff baru yang dibawa oleh Navaro Group.

"Roseee! Apa kau buat kat sini Ya Allahh!!" Eddy berdiri tersenyum memandang Rose yang muncul di kaunter. Comelnya! Dah lama aku tak nampak dia pakai baju kurung ayu macam ni, kalau tidak selebet dengan baju housekeeping tu memanjang.

"Kerja sini lah.." Rose tersengih kecil.

"Eh kau kerja sini lagi? Yeayy. Dapat jumpa Rose lagi. Eh, aku ingat dah tak dapat jumpa kau tau. Sedih aku bila kau kena cancel. Misha tu dah rupa apa dah takde kau, sampai cakap sorang-sorang dah. Diorang tak tahu Rose paling rajin dan paling cantik kat sini ha kauu!" Eddy tersenyum girang. Dengan tangan-tangan sekali berlenggok sakan sambil berbicara dengan Rose.

"Aku pun happy jugak dapat jumpa kau semula." Rose senyum.

"Eh, kau dapat position apa? Tengok outfit kau yang cantik ayu macam Gadis Melayu Terakhir ni. Kerja dalam office ea?" Eddy melihat pemakaian Rose. Jarinya dinaikkan ke atas dan ke bawah lalu berakhir di dagu sendiri.

"Jadi personal assistant boss." Maklum Rose.

"Boss? Boss mana? Sini banyak boss."  Eddy mendekatkan diri di kaunter.

"Big boss.. Sir Isaac Lozano." Rose cuba mengingati semula nama bos barunya.

Eddy menjuih bibir lalu menekup mulutnya mendengar nama itu.

"Uih! Nok! Boss baru kita tu hensom kau tahu? Pan Mexican kauu! Eee untungnya kau dapat kerja bawah dia. Ya Allah, dah lah tinggi, ketak-ketak. Tan-tan sweet. Aih kakak kennod jah, tak kuatt." Eddy sudah tersengih mengulat sekejap.

"Eh kau ni lain macam." Rose menggeleng kepalanya. Jap, tinggi? tan-tan sweet? Aih takkanlah..

"Eleh nanti kau jumpa dia, tahulah kau ovari meletup ke tidak noh. Kau tunggu.. Ovari aku dah cair dah ni." Eddy menjeling kecil kepada Rose. Mencapai kipas cina dan mengibas diri sendiri dengan wajah yang cukup dramatik ala-ala ibu tiri sinetron.

"Kau bertelur nok, ovari celah mana."  Rose mencekak pinggang.

Seorang wanita yang memakai kemeja kerja berwarna biru laut menegur Rose dari belakang. "Cik Rose Hannan? Mari ikut saya."



"BOSS, I nak kenalkan you pada Personal Assistant baru." Puan Sabrina tersenyum kecil kepada bosnya yang berkemeja kelabu, sedang terduduk di kerusi kulit berwarna krim itu.

"Personal assistant? Is that necessary?" Isaac menjongket keningnya, mencekak pinggang di hadapan Sabrina.

"Yes and necessary bos. Sebab kita baru lagi kat tempat ni and we need someone to assist us also bos. Lagi pun bos memang dah takde assistant kan? Why not dia yang gantikan?" senyum Sabrina yang bertudung hitam itu.

"Apa jawatan dia sebelum ni?" soal Isaac Lozano.

"Lah, boss tak tengok ke resume dia yang I bagi Jumaat tu?" tanya  Puan Sabrina.

"You ingat I ada masa ke takat nak tengok resume budak bawahan macam tu?" perli Isaac kepada Sabrina.

Puan Sabrina mencebik dalam hati. Eleh dia jugak yang mintak, lepastu lupa. Memang masalah faktor usia betul Si Isaac ni.

BOSS : Isaac Navaro.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang