Notes: Saya beritahu awal-awal, saya hanya akan post bab yang awal sahaja untuk bacaan percuma (mungkin dalam 10 bab pertama sahaja). Jika mahu bacaan penuh boleh dapatkan ebook Boss di instagram saya @qiydenneskala. Terima kasih.
Boss telah dibaca sebanyak 132K di apps sebelah tetapi terpaksa ditakedown atas sebab tertentu.
Selamat membaca!
Update: Jika berminat untuk preorder novel fizikal BOSS boleh join telegram saya, link ada di Instagram bio!
SEORANG lelaki membelai-belai rambut rambut wanitanya yang sedang terlena di sisi. Kadang melirik mata di skrin telefon, dan kembali pada wajah jelita itu. Mesej yang masuk ke dalam telefonnya menandakan ada kerja yang perlu dia selesaikan, jadi sebelum membuat keputusan untuk berlalu, Robert mencium pipi Miss Indira beberapa kali sambil tersenyum kecil. Lalu lelaki itu bisik sepatah dua kata.
"Today is the big day, wait for me ya. Don't try to run.."
Robert meletakkan kepala Miss Indira di atas bantal, bingkas dia menuju ke bilik mandi dalam master room itu untuk bersiap-siap. Lelaki itu menyarung jeans denim dan juga kemeja linen di tubuh, tidak lupa juga rantai di leher juga dipakainya.
Selepas memastikan semuanya siap, sekali lagi Robert mengintai Miss Indira yang masih tertidur di atas katil. Lelaki itu berlalu keluar dari penthouse dan mengunci pintu.
Setelah dipastikan Robert berlalu, mata Miss Indira bulat terjaga. Dia memandang sekeliling dan memastikan lelaki itu sudah benar-benar keluar dari dalam unit tersebut.
Dengan agak tergopoh-gapah wanita itu mula bersiap dan membawa barang apa adanya. Dia mahu melepaskan diri daripada cengkaman lelaki tersebut. Sudah dua tahun lamanya dia berada di dalam permainan dan cinta yang obses Robert.
Wanita itu mendapatkan kunci BMW M3 di dalam kotak kunci.
Dia menyarung bagpack nya dan memakai kasut. Wanita itu menyanggul rambut rosegold nya dan mengeluarkan gugusan kunci yang dia sudah salin dari kunci asal. Perlahan-lahan dia membuka pintu dan mengintai ke arah luar.
Dengan teliti, Miss Indira membuka segala kunci pintu dan segala benda untuk keluar. Dia berlari menuju ke lift dengan berhati-hati dan mendapatkan keretanya.
Setelah dua bulan lamanya Miss Indira menyusun strategi untuk melepaskan diri dari cengkaman Robert, akhirnya dia berjaya. Wanita itu memandu laju keluar dari kawasan kondominium mewah itu tanpa mengetahui ke mana arah dan tujuan.
Sorry Robert, I love you but this is too much. I'm not your puppet..
Satu tahun kemudian....
CUACA mendung meniupkan angin yang sepoi-sepoi bahasa di pekan kecil yang bernama Morib, di mana ada seorang wanita yang memakai kemeja pekerja menolak troli housekeeping di koridor hotel sambil bernyanyi riang sendirian.
Sesudah dia sampai di depan sebuah bilik nombor di mana dia ditugaskan, Rose terus membuka pintu bilik tersebut dan membuka lampu. Tercengang sekejap wanita itu dibuatnya melihat keadaan bilik yang agak bersepah.
Rose menghela nafas dan menggeleng kecil. Segalanya diperhatikan, dengan lampin pakai buang berada di atas lantai, tuala-tuala basah bergelimpangan, selimut dan cadar yang sudah tercabut.
"Apooo la sampai macam ni sekali.." bebel Rose mula mengutip sampah-sampah yang bertaburan di atas lantai lalu dimasukkan ke dalam plastik sampah.
Sebenarnya keadaan bilik itu tidaklah teruk mana, ada yang lebih dahsyat. Tetapi Rose hairan dengan perangai segelintir manusia begini, bagai tiada 'common sense' langsung dalam kehidupan.
YOU ARE READING
BOSS : Isaac Navaro.
Storie d'amoreRose Hannan, wanita yang lari dari masa lalu itu menjadi assistant kepada Isaac Lozano selepas pertukaran pemilik hotel yang dia bekerja. Dari seorang housekeeping kepada pembantu peribadi. Bekerja di bawah Isaac Navaro yang liar itu bukan mudah, le...