Bab 11

248 7 6
                                        



"ORITE, very pleasant to having you sir."

Senyuman Isaac mati sebaik sahaja Google Meet itu dimatikan. Macbook itu terus dia tutup tanpa turn-off langsung. Blazer ditanggalkan dan dia letak di kerusi sendiri. Lelaki itu mula mengeluh berat memikirkan beban dan masalah yang semakin bertimbun.

Rose hanya memerhati sahaja lagak Isaac yang menyandar di kerusi dan termenung seminit dua. Macam bad news je.

Maklumlah, sepanjang meeting itu berjalan memang Isaac mempamerkan riak wajah yang tertekan. Walaupun senyuman di wajah Isaac cukup terserlah, tetapi lelaki itu tidak mampu menipu keadaan.

Isaac menghela nafas berat. Mendapat khabar berita dan juga keputusan yang berat untuk dia laksanakan. Kata orang atasan yang pulangan hotel tidak mampu menampung gaji staff. Sudah dimaklumkan bahawa pengambilan staff perlulah selaras dengan keuntungan dan perkembangan hotel tetapi Navaro Group tetap menyelaraskan sekian-sekian jumlah pekerja di bawah Pearl Hotel   ini.

Yang akan menanggung dan menjawabnya nanti ialah Isaac, bukannya orang atasan yang lain.

"Kenapa bos? Boss okay?" Tanya Rose teragak-agak.  Dia tahu yang tidak sepatutnya dia bersuara pada saat begini, tetapi ada kerja yang perlu dia laksanakan nanti. Lagi pun memang  Rose tidak begitu mengerti kerana sepanjang mesyuarat itu berlangsung, Isaac banyak menggunakan bahasa ibunda.

"Haih, I serabutlah. Nak bayar hutang kredit, pekerja kena buang sebab tak dapat pulangan." Isaac meraup kepalanya.

"Bos wanna talk about this?" Tanya Rose terlebih dahulu.

"Yes  please." Angguk Isaac.

"Kejap, I buka kertas. Berdasarkan monthly record, keuntungan yang hotel dapat tidak begitu memuaskan.  Dan mungkin sebab tu kan? Bos, sejak dulu lagi hotel ni memang macam ni. Hampir bankrap juga tapi tiba-tiba Navaro Group beli. Benda sama jadi berulang kali." Rose menggeleng kecil.

"Yaa, macam tu lah. Apatah lagi ada hotel lain yang lagi moden, yang lagi murah. Morib ni kecik je, tapi hotel ke resort semua tumbuh macam cendawan. Susah nak bersaing Rose. I dah bagi tahu dia orang yang kita kena buat imej baru. Dah tukar owner, takkanlah imej masih sama?" tanya Isaac.

"Eh, hari tu bukan bos ada cakap ke yang dia orang memang nak renovate tempat ni?" pertanyaan kembali dilontarkan oleh Rose.

"Bajet tak cukup. Sebab Infra ada bagi overall punya quotation. Dia orang tak mampu tanggung semua. Yang kita dapat tu sikit je. Navaro Group suruh rolling sendiri. Cam sial. Dah sale pun ciput, nak rolling jadah?" kutuk Isaac tidak berpuas hati. Dia geram.

"Sikit pun dia orang tak nak tolong?" Rose tercengang.

"Ada, tapi kalau sale target lah. Tapi nak target macam mana kalau dah macam ni? Ya tohan, aku stress.
Sekarang ni memang tak cukup nak rolling gaji pekerja. Utilities lagi, maintenance lagi, barang topap lagi. Arrgh!" Isaac menggaru kepalanya secara agresif.

Rose terdiam melihat Isaac. Sudah seperti orang gila pun ada, dengan rambut yang kusut berserabut, tali leher sudah senget sebelah. Macam ni rupanya kerja bos. Menipu betul yang dok tayang dalam drama tu.

"I tahu je hotel ni sendu. And I redha gila bila kena handle sini.  Dia orang dah brief dah and I pun dah buat survey. Memang banyak benda kena ambil kira. Tapi Navaro Group tu bodoh. Pergi rekrut sepuluh juga staff kat hotel ni.

Man power tak perlu pun sampai sepuluh orang bagi setiap role. Tapi nak jugak rekrut sampai beribu, customer pun bukan selalu sangat ada. Patutnya bila hotel ada perkembangan nanti baru tambah pekerja.

BOSS : Isaac Navaro.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang